31 Disember 2012

Tambah Pelaburan TH via Maybank2u

Maybank2u ni banyak sangat kegunaannya untuk bayar bermacam-macam bil. Biasanya aku gunakan maybank2u utk bayar PTPTN, WIMAX, CELCOM, KERETA dan paling terbaru yang aku belajar nak tambah pelaburan dalam TH. Kat bawah ni, aku tuliskn langkah-langkah nak tambah pelaburan menggunakan maybank2u, tapi dikenakan cas RM1.50 ye.

1. Login Maybank2u macam biasa.
2. Kemudian pilih Bill Payment pada Quick Link dan klik butang 'Go'.










3. Kemudian klik pada 'Add favourite payee'.











 4. Akan keluar pelbagai 'Corporation name' - pilih Lembaga Tabung Haji.









5. Kemudian, masukkan no akaun TH dan nama - kena berhati-hati, pastikan no akaun yang dimasukkan adalah sama seperti no akaun yang terdapat dalam buku akaun TH.
6. Klik butang 'Register' dan minta TAC utk teruskan langkah berikutnya








7. Klik semula pada Bill Payment untuk menambah pelaburan.
8. Klik pada 'Make a payment to favourite payee'.












9. Kemudian akan keluar senarai favourite payee yang telah dibuat.

17 Disember 2012

Aku Pergi Menunaikan Haji 2056M/1477H

Alhamdulillah, akhirnya dapat jugak aku daftar menunaikan haji. Aku daftar di Bank Islam Ampang. Tahun peruntukan aku pergi menunaikan haji tahun 2056. 43 tahun dari sekarang, tuanya la aku masa tu. Tapi target aku, kalau boleh nak pergi waktu muda, dalam umur 40 - 50 tahun, insyaAllah, tapi kalau ada rezeki pergi lagi awal, lagi bagus.. mana la tau tiba-tiba ada dermawan lagi budiman yang nak sponsor...

Mari kita berkira-kira simpanan untuk mengerjakan ibadah haji. Katakan dalam sebulan kita peruntukan RM300 untuk disimpan dalam Tabung Haji, target pergi Haji umur 45
Tempoh : 45 - 31 = 14 tahun
Simpanan untuk setahun : RM300 x 12 = RM3,600 (untuk 1 tahun)
Dalam masa 14 tahun (kalau simpan secara konsisten) : 14 x 3600 = RM50,400

Dibawah ni, aku kongsikan sedikit mengenai Pendaftaran Haji Ahli KWSP.

Apa Pendaftaran Haji Ahli KWSP?
Ia adalah satu kemudahan yang membolehkan seseorang ahli KWSP yang mempunyai simpanan KWSP membuat pendaftaran haji dengan Lembaga Tabung Haji tanpa perlu mendepositkan simpanan minima sebanyak RM1,300.00 dalam akaun Tabung Haji.

Siapa yang layak untuk Pendaftaran Haji Ahli KWSP?

Ahli KWSP yang layak adalah seperti berikut:
i. Warganegara Malaysia/Pemastautin Tetap
ii. Beragama Islam
iii. Mempunyai simpanan KWSP dalam Akaun 1 sekurang-kurangnya RM1,300.00
iv. Belum mencapai umur 55 tahun
v. Mempunyai akaun simpanan Tabung Haji

Bagaimana hendak memohon?
Ahli KWSP perlu hadir di mana-mana cawangan Lembaga Tabung Haji, Bank Rakyat dan Bank Islam dengan membawa MyKad dan Penyata Ahli KWSP.

30 November 2012

Kerja-Kerja Sukarelawan

18 November 2012 hari tu, aku join Program Volunteering De Zoo anjuran Yayasan SALAM.. Agak baik juga la program ni.. Selama ni, buat kerja sukarelawan untuk manusia, kali ni buat untuk haiwan-haiwan kat zoo pulak. Lokasi program di Zoo Negara.. Ramai juga yang join, kebanyakannya sukarelawan baru. Setiap org dibahagikan kepada kumpulan masing-masing. Dalam satu kumpulan tu, ada 10 orang dan akan diketuai oleh renjer zoo... Kumpulan aku semuanya ok..ada yang doktor, ada yang programmer macam aku, dan macam-macam lagi...Tugasan yang diberi pada kami...bersihkan kandang harimau, unta, seladang...

Masuk je kandang harimau dan singa, berderau rasanya sebab dengar dia mengaum...Ada seekor harimau tu nama dia Ella...Bila renjer tu panggil dia, dia mesti berguling-guling..

Aku dan 3 orang lagi (lupa nama diorg), seorang je aku ingat, Aisya...dia student lagi..aku dan dia kena bersihkan kandang seladang...besar sungguh seladang tu, ada 3 ekor masa tu, susah jugak nak bersihkan kandang diorang ni, bau jangan cakap la...harum semerbak...Lepas dan bersihkan semua, kena siapkan makanan diorang pula, diorang makan rumput dan palet. Nak buat cerita, masa tengah angkat rumput, tiba-tiba si seladang dekat dengan kami, nasib baik la ada pagar, kalau tak ada, mau lari tak cukup tanah... hehe...Seladang tu dekat sebab dia dah lapar sangat, kami pn bagi la dia makan...

Lepas dah siap semua kat kandang seladang, aku dan aisya p lawat 2 orang lagi kat kandang unta.. Kandang unta ni, aku geli sikit...najis dia banyak...lepas tu kandang dia agak basah...Tapi unta yang muda tu manja... 

Tapi memang best dapat buat kerja-kerja macam ni, at least boleh release tension tengok binatang ni. Lagi pun, kita kan kena berguna pada semua makhluk Allah, tak kira la binatang atau manusia.. Pada sesiapa yang berminat sila la like page SIG-SALAM ni...Kita memang tak dapat apa-apa pulangan wang ringgit, tapi dapat kepuasan bila berbakti dengan makhluk Allah ni.. :)
Latar belakang : Kandang harimau dan singa




29 November 2012

Resepi Cik Mek Molek

Sejak dua menjak ni, kerajinan aku untuk ke dapur sangat luar biasa. Ni nak kongsi lagi satu resepi dari pantai timur rasanya, sebab aku belajar resepi ni dari ex-housemate aku merangkap best fren dr sekolah menengah sampai sekarang kan Ina (kalo ko baca mesti terharu kan). Terima kasih Ina ajar aku buat kuih ni. Jom kita start masak.

Bahan-bahan:
1. Ubi keledek yang warna putih.
2. Gula
3. Minyak Masak
4. Tepung Gandum

Cara Membuatnya :
1. Buang kulit ubi keledek dan rebus sehingga lembut (agak-agak boleh dilenyek)
2. Angkat dan toskan ubi keledek yang sudah direbus.
3. Setelah sejuk, lenyek-lenyek menggunakan sudu sehingga lembut.
4. Masukkan tepung gandum dalam keledek yang dilenyek tadi. (aku main agak-agak jer masukkan tepung ni, takda sukatan2)
5. Uli sehingga jadi doh dan boleh dibentuk.
6. Bulatkan doh bulat-bulat kecil.
7. Leperkan doh tadi, dan masukkan gula didalamnya (ala-ala buat buah melaka).
8. Selepas itu, bujurkan doh.
9. Goreng.
10. Siap

Bawah ni gambar kalau dah siap, Aku punya kuih belum siap lagi sebab pagi esok baru nak buat :)
Selamat Mencuba!!!


















26 November 2012

Khasiat Air Lemon

Assalamualaikum... Buat pertama kalinya aku berblog time ofis hour disebabkan task aku dah siap untuk sprint kali ni.. Aku pun mengoggle-goggle pasal air lemon.. Akhir-akhir ni, aku sangat menjaga kesihatan dan kecantikan...hihi..al maklum la dh umur meningkat. Sepanjang pencarian aku pasal air lemon ni, ada satu artikel ni best sangat, dia cerita pasal khasiat air lemon.. Ni aku kongsikan bersama khasiat-khasiat air lemon, bukan je untuk kecantikan, tapi kesihatan jugak..

1. Menambahkan Tahan Ketahanan Dalam Badan: Lemon kaya dengan Vitamin C dan juga Kalium (potassium) yang amat diperlukan badan. Vitamin C juga bagus untuk melawan demam manakala Kalium mampu melancarkan perjalanan fungsi dan perjalanan darah dengan betul. Oleh yang demikian, amalkan meminum segelas air suam dicampur sehiris lemon untuk dijadikan minuman selepas bangun tidur kerana ketika itu, perjalanan dan urat baru mula berasa tekanan kerja.

2. Keseimbangan PH: Lemon merupakan makanan berakali tinggi yang menakjubkan. Percaya atau tidak, lemon bertindak sebagai asid sendiri, tetapi di dalam badan kita ianya alkali (asid sitrik tidak wujud sebagai asid semulajadi setelah metabolisme kita meningkat). Jika anda ingin tahu, keseimbangan alkali dalam badan merupakan kunci kepada kesihatan diri.

3. Membantu Masalah Mengurangkan Berat Badan: Bagi mereka yang mempunyai masalah berat badan yang sedikit gempal, amalkan rutin harian ini untuk memiliki tubuh badan yang diidamkan, kerana lemon mepunyai khasiat serat pektin yang tinggi, dimana ianya mampu melawan kelaparan. Ianya juga menunjukkan bahawa mereka yang kekal alkali di dalam badan boleh mengurangkan berat badan dengan mudah. Oleh yang demikian, bagi mereka yang gemar makan berat di waktu malam, amalkan rutin ini agar kawalan perut anda berada dalam keadaan seimbang.

4. Masalah Penghadaman: Bagi mereka yang berasa ada makanan yang tersekat di ulu hati, cuba tip ini, kerana air suam mampu melancarkan makanan yang tersekat di ulu hati, manakala lemon pula bertindak sebagai mineral dan vitamin yang membantu perjalanan sistem penghadaman anda.

5. Pembersihan Air Kencing: Jus lemon membantu membuang bahan yang tidak diperlukan badan kerana lemon menaikkan tahap kekerapan membuang air kencing dalam satu-satu masa ( ianya bagus untuk badan kerana kencing membuang toksik) . Oleh yang demikian, jika anda amalkan minum Jus lemon, tahap kebersihan air kencing anda akan meningkat dan sihat.

6. Kulit Cerah & Bersih: Seharian kita didedahkan dengan cuaca yang terik dan habuk yang banyak. Mulakan hari anda dengan menghalang kulit anda dari terus rosak dan dari dijangkiti kuman yang tidak menentu dengan minum air lemon. Pasti dalam beberapa lama, kulit anda akan ada perubahan.

7. Mengelakkan Dehidrasi: Air yang mencukupi amat penting untuk membantu perjalanan sistem di dalam badan kita. Lemon membantu menghalang keletihan dan dehidrasi. Apabila badan anda mengalami dehidrasi anda akan automatik merasa keletihan. Fungsi yang mengawal sistem dalam badan yang menghalang dari berasa keletihan dan lesu tidak dapat bergerak dengan betul jika tidak meminum air dengan kuantiti yang banyak dimana ianya akan terus mengurangkan tenaga dalam badan yang membawa kepada stress. 

 So, mari kita sama-sama minum air lemon!!! 
 

24 November 2012

Resepi Nasi Goreng Sardin

Hari ni nak kongsi lagi satu resepi. Tak tau la sama ada pernah dengar ke tak resepi yang aku nak bagi ni. Tapi adik aku suka sangat makan nasi goreng sardin ni, kalo balik kampung je, mesti aku buat nasi goreng ni untuk bekalan masa perjalanan. OK, jom kita cuba resepi ni :

Bahan-bahan :
1. 1 tin sardin (kalau nak sedap guna yg Ayam Brand) saiz yg kecil
2. 5 cawan nasi yang telah dimasak dan disejukkan
3. 10 biji cili padi (ikut suka masing2)
4. Sayur campur yang jual akt pasaraya (ikut suka masing2)
5. Garam secukup rasa.
6. 2 biji bawang merah
7. 2 biji bawang putih
8. Minyak Masak untuk menumis

Cara Membuatnya :
1. Masukkan sardin dalam pinggan dan hancurkan menggunakan garfu.
2. Tumbuk cili padi, bawang merah dan putih serta masukkan sedikit garam.
3. Panaskan kuali dan masukkan minyak masak untuk menumis.
4. Masukkan bahan yang ditumbuk tadi dan kacau hingga masak.
5. Masukkan pula sardin yang telah dihancurkan.
6. Setelah sardin dan bahan-bahan tadi sudah masak, masukkan nasi dan kacau sehingga sebati.
7. Selepas itu, masukkan sayur campur dan kacau lagi.
8. Siap dan boleh dihidangkan.

Selamat Mencuba!!!

Resepi Bubur As-Syura

Hari ni 10 Muharam mengikut tahun islam. Bila 10 Muharam, mesti ingat puasa sunat dn bubur as-syura. Tiba-tiba perut ni teringin nak makan bubur as-syura. Jom kita sama-sama share resepi bubur As-Syura, lepas ni boleh buat :

Bahan-bahan :
1. 1 cawan tepung beras
2. 1 cawan gula merah
3. 3/4 cawan gula
4. 1/2 cawan kacang hijau
5. 1/2 cawan kacang merah
6. 1/2 cawan kacang tanah
7. 1/2 cawan jagung
8. 6 cawan santan
9. 1 sudu perasa pandan (ikut kesukaan masing-masing)
10.Garam secukup rasa

Cara-cara membuatnya :
1. Bancuh tepung beras bersama santan, gula merah, gula pasir, perasa pandan dan garam secukup rasa.
2. Rebus bahan-bahan no 4-7.
3. Tapis bahan-bahan tersebut ke dalam kuali dan masak sehingga mendidih dgn menggunakan api yang kecil.
4. Kemudian masukkan bahan yang telah direbus tadi.
5. Kacau sehingga bubur pekat (kental) dan berkilat.
6. Tuangkan ke dalam loyang/bekas dan ratakan.
7. Biarkan sejuk sebelum dipotong untuk dihidang.

5 November 2012

b!La sEd!h

Jika hati kita terasa kontang maka hiburlah dengan zikrullah,
Jika fikiran kita kusut maka tenangkanlah dengan untaian tasbih,
Bila dada kita terasa sesak maka lapangkan dengan tilawah,
Jika sedih menimpa maka Ingatlah : untuk apa?
“Sedih itu tiada guna… dunia ini untuk bergerak bukan tempat bermuram durja”

28 September 2012

Bestnya Andai Aku Bekerja di Islamic Company....

Ihsan dari Google.
Sementara nak tunggu Review untuk task yang diberikan pukul 3 petang ni, aku saja menulis kat blog ni. Nak tulis pasai tajuk kat atas tu. 

Apa itu 'Islamic Company'? Ini aku punya pendapat ok..Rasa-rasanya tak pernah lagi ada istilah Islamic Company, tapi kalo Islamic Finance tu ada la.. Maksud dia lebih kurang la, syarikat yang melaksanakan segala urusan mengikut landasan-landasan agama islam, dari sekecil-kecil urusan sampai la ke besar-besar urusan... Salah satu contoh nye solat berjemaah sebab solat berjemaah ni dapat menyatukan hati-hati manusia dan juga dapat merapatkan lagi ukhwah sesama insan tanpa mengira pangkat, so takda la sifat-sifat yang buruk seperti dengki, iri hati dan seangkatan dengannya akan wujud.  Selain itu, menurut kajian berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan, mengapa Islam mensyariatkan solat berjemah dan mengapa solat lima waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama.

Semasa kita solat berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki (tapi untuk sama jantina ok, yang tak sama tu, jgn ngada-ngada nak sentuh-sentuh). Tindakan-tindakan yang dianjurkan semasa solat berjemaah itu mempunyai berbagai kelebihan. Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan kanan kita akan menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh tubuh. Ia berlaku apabila cas yang berlebihan-sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.

Sebenarnya dah lama aku mencari kompeni macam ni..Hobi aku kan melompat-lompat kerja, alhamdulillah kat tmpt sekarang ni, agak lama jugak la aku bertahan. Mungkin sebab task dia berbeza-beza dan memerlukan otakku untuk berfikir jalan penyelesaian. Rupa-rupanya aku ni suka cabaran..tak tau pulak sebelum ni..mana tak nya, walaupun tak dibayar gaji lebih, aku gigih buat coding sampai ke 2 pagi sebab nak tengok hasilnya...tapi sampai sekarang masih lagi belum ketemu syarikat yang buat solat Zohor dan Asar secara berjemaah, walaupun kompeni tu semuanya melayu dan lebih spesifik beragama islam...Mungkinkah akan berjumpa suatu hari, atau mungkin kompeni aku sendiri (berangan sebentar aku jadi CEO).

20 September 2012

Pesanan Terakhir Rasulullah Pada Umat Akhir Zaman

Pagi-pagi baca Utusan online, agak sedih sebab ada berita pasal menghina Nabi kita. Klik link ni.

Ni nak kongsi pesanan terakhir baginda pada umat akhir zaman. Artikel ni aku copy dari denaihati (dah mintak permission dr owner dia).

Berikut adalah petikan khutbah haji wida’ Baginda Rasulullah S.A.W yang menjadi pedoman hidup seluruh umat Islam akhir zaman. Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini. Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci.

1. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.
2. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu.
3. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
4. Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil.
5. Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak diatas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah lemah dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
6. Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah
7. Dirikanlah sembahyang lima kali sehari
8. Berpuasalah di bulan Ramadan
9. Tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu
10. Kerjakanlah `ibadah Haji’ sekiranya kamu mampu.
11. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam takwa dan beramal solah.
12. Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
13. Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu.
14. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu.

17 September 2012

Penang Lagi 2012

2 minggu lepas, sambut merdeka kt Penang, duk rumah tmie dr jumaat smp isnin.. kali ni p Penang mmg berbaloi sebab banyak tempat yg dikunjungi..dari Pulau sampai la ke Taiping..teringat la pulak rombongan lawatan ke zoo Taiping masa zaman2 matrik kat KMK bila lalu depan Zoo Taiping.

Hari 1 : Aku sampai Penang Sentral dalam pukul 1.15 mcm tu. Duduk-duduk, rehat-rehat kat rumah tmie sambil2 berborak dengan mak dia, ptg2 sikit p lawat Nana baru dapat baby girl.. Malam tu pulak p makan kt satu tempat tu, restoran dia memang best..nama restoran dia Puncak Mutiara, ni address dia Lot 179, MK 3, Kampung Pelet, 14400 Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Kawan aku cakap dulu yer tempat ni, tempat bela kambing. Ni website address dia pulak http://www.puncakmutiara.com/EN/page/home/sesuai sangat untuk family. Aku mula la berangan, nanti dah ada family dan anak, nak bawak makan kt restoran ni..

Hari Ke-2 : Hari kedua ni, anggota yang terlibat, aku, shima dan tmie..Kami p buat lawatan ke Bukit Bendera, masa nak naik tren tu, terserempak la dengan Profesor Izzi dan family, dia ok la, xsombong. Bila dah sampai Bukit Bendera tu, rasa sejuk dan nyaman je..rasa macam nak tinggal kat Bukit Bendera pun ada. Lepas tu, kami teruskan perjalanan ke Muzium Perang, kt sini memang tak boleh nak lupa sebab tmie dan shima betul-betul kepenatan dek penangan buat lawatan ke sini..tapi rasa macam jadi cikgu sejarah pulak buat lawatan ke sini.

Hari Ke-3 : Anggota yang terlibat, shima, tmie, fathil dan aku, mula-mula ambil fathil kat Nibong Tebal, pastu teruskan perjalanan ke taiping, konon-konon nak berkelah kat tepi tasik taiping, tapi bila sampai terkejut jugak la sebab tasik taiping dah cetek air dia, tapi ini tidak mematahkan semangat kami untuk berkelah. Perkelahan tetap diteruskan. Kami memilih lokasi berhampiran dengan Zoo Taiping, kedengaran la bunyi binatang-binatang dalam zoo berbunyi.

Hari Terakhir : Aku balik ke KL dari Penang Sentral... Tapi paling tak best, aku tertinggal beg telekung kat Penang Sentral. Harap2 sapa yang jumpa, dia manfaatkan la telekung tu sebaik-baiknyer.. Pukul 5.30 aku sampai Pudu.

18 Julai 2012

Ramadhan Datang Lagi

alhamdulillah...Ramadhan telah datang lagi.. InsyaAllah, semoga aku dapat menjalani ibadah dengan baik di bulan Ramadhan yang penuh dengan berkat dan rahmat. Di kesempatan ini, aku memohon maaf di atas segala salah dan silap yang telah dilakukan kepada sahabat2 sekalian. Semoga Ramadhan kali ini adalah yang terbaik untuk kita semua.

24 Jun 2012

Cara Memilih Teman Hidup

Dah lama rasanya tak menulis kat blog ni...Pagi ini, cuaca sangat baik untuk menjemur pakaian.. Hari ini macam malas nak bersiar-siar kt luar..hari ni, duduk rumah diam-diam, surf internet, tgh surf-surf, terjumpa satu artikel dari akuislam.com.. artikel dia bertajuk cara memilih teman hidup... bila aku baca perenggan pertama artikel ini...aku tersenyum sendiri sebab ia terkena batang hidungku... 

Apa yang dapat aku simpulkan dari pembacaan ini adalah seperti di bawah :
1. Bagaimanakah solatnya..Adakah cukup 5 waktu sehari semalam?
- Satu situasi yang berlaku.
G : awak tau jadi imam?
B : ermmm..tau, tapi imam untuk waktu zohor dan asar (gelak) sebab waktu tu, bacaan tidak diperdengarkan.
G : at least tau jugak la pasal solat2 ni. tau baca al-quran?
B : tau, tapi dah xingt la sbb dh lama tinggal masa zaman sekolah2 dulu...knp tanya?
G : xde pape...bakal suami saya tu mesti hafal surah yassin dan boleh jadi imam..
B : mmg sape2 nak kt adik beradik awak kena mcm tu ke?
G : tak la, saya sorg je yg buat syarat macam tu...

2. Bagaimanakah akhlaknya dengan ibu, bapa, adik-beradik dan rakan-rakannya?
- Seseorang yang berakhlak baik terhadap kedua orang tuanya, insyaAllah akan berakhlak baik juga dengan semua orang.
3. Bagaimanakah pula tutur katanya?
- Tidak berkata-kata kesat dan menyakitkan hati orang lain, sentiasa merendah diri walaupun mempunyai pangkat dan jawatan yang tinggi.
4. Siapakah pula rakan-rakannya? kerana dari rakan-rakannya kita boleh mengenali seseorang.
- Seandainya kawan-kawannya adalah dari kalangan orang baik-baik, insyaAllah baik lah dia.
5. Bagaimanakah pemakaiannya?
- Tidak berpakaian mendedahkan aurat tidak kiralah lelaki atau perempuan.
6. Bagaimanakah kebiasaannya?
- Rutin hariannya yang teratur, bangun pagi solat subuh dan sentiasa mengisi masa lapangnya dengan perkara-perkara berfaedah.
7. Adakah dia seorang yang berpegang kepada kata-katanya?
- Bukan seorang yang pandai berkata-kata tetapi tidak mengotakan segala kat-katanya
8. Adakah dia seorang yang sentiasa cuba untuk menjadi lebih baik?
- Sekiranya, dia seorang yang pernah melakukan kesilapan dimasa lampaunya seperti mengunjungi kelab-kelab malam, dia cuba belajar untuk berubah menjadi baik dan menjauhi perkara tersebut.
9. Bagaimanakah sifat semulajadinya?
- Mempunyai sifat-sifat yang positif dan baik seperti sentiasa tenang dalam menghadapi masalah, penyabar, tidak baran dan lain-lain
10. Bagaimanakah pula keluarganya?
- Mempunyai hubungan kekeluargaan yang baik sesama adik beradik.

Tiada orang yang sempurna didunia ini. Tapi yang paling penting adalah menjaga solat 5 waktu sehari semalam kerana ia adalah tiang agama..Andainya tanggungjawab terhadap penciptaNya tidak dilaksanakan, bagaimana hendak memimpin sebuah keluarga.. Saya kongsikan bersama artikel ini untuk bacaan dan muhasabah diri kita bersama..cara memilih teman hidup

31 Mei 2012

Eksperimen 1 : Jahitan Manik

Alhamdulillah...akhirnya berjaya menyiapkan jahitan manik kat tudung dan baju kurung yang nak dipakai masa wedding echah sabtu ni. Tu pun ambil masa 2 minggu nak siapkan....Manik-manik saya beli dari Ampang Point, Kedai Pengantin kat Jelatek (masa p site), Jalan TAR dan Jalan Masjid India. Tapi ada juga kualiti manik yang tak berapa bagus sebab manik dia tak berkilat...Manik yang saya guna untuk jahit kat pergelangan tangan tu berkilat (jenama Apple Beads) tapi yang saya guna untuk jahitan pada tudung kurang berkilat sikit. Jadi lepas ni, kalau nak beli beads kena beli yang jenama di atas...Lepas ni nak beli tudung juma untuk raya, nak jahit bead jugak ala-ala radiusite punye tudung...tak mampu nak beli tudung radiusite sebab mahal...so buat sendiri la.

Teknik-teknik jahitan yang saya gunakan :

 i. Jahitan iring untuk jahitan manik dpergelangan tangan.



Ini pulak, jahitan manik pada tudung bawal Juma.




Ini lah hasil tanganku yang tak seberapa sebab masih dalam proses pembelajaran.

2 Mei 2012

1 Tahun 2 Bulan 16 Hari

Pejam celik, pejam celik, dah 1 tahun 2 bulan 16 hari aku kerja kat company ni. Cepat betul masa berlalu. Rasanya baru semalam berkumpul dengan geng-geng IDIS.. Lunch ramai sama-sama. Sampai kena marah dengan TL kami sebab p makan ramai-ramai dan buat bising kononnya.. Lepas balik office ada je aktiviti-aktiviti sampingan, makan kat Anjung Putrajaya, restoran Presint 9, Food Court Presint 9 dan bagai-bagai la, main bowling kt Mines...panjat Broga (mmg ini impian aku utk tahun 2010)...main air terjun kt Sg Gabai, walaupun aku tak mandi time tu, just duduk kt tempat food dan makan...mmg happening time tu..

Knp tah, sejak dua menjak ni, aku mcm suka ingat barang yang lepas...huhu.... Rasa nye, dalam banyak-banyak tempat yang aku pernah kerja (Solid Milk Sdn Bhd, Leigh Mardon (P) Sdn Bhd, P2i Online Sdn Bhd, MOSTI, IDIS dan now SDSB) masa kt IDIS la plg byk kenangan...wah banyak nye tempat aku kerja dalam masa 6 tahun.. Sampaikan masa interview kerja diorang akan tanya, "Kamu ni memang suka lompat-lompat kerja ye". Paling tragis, bila masing-masing dapat surat cinta a.k.a surat terminate beramai-ramai, mmg sedih la time tu, tapi kitorang pun paham, kalo projek dh terminate, confirm la diorg takde duit nak rolling, nak bayar gaji kitorang kan..kan..kan... Tapi muka maintain cool dan senyum..boleh buat lawak-lawak lagi...

Dari situ jugak la mengajar kita jadi lebih dewasa...lebih matang, lebih memahami situasi..tapi kadang teremo jugak la kan... pikir nak bayar keta, rumah, ptptn dan bagai lagi la, nasib baik la, tak pakai kredit kad...aku mmg tak suka benda-benda kredit ni, hutang sana sini...

So, me now... masih lagi duk berkomunikasi dengan laptop dan cacing yang kadang aku suka, kadang aku tak suka..biasa la adat kerja...sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula saya dan cacing2...Dah takde keja sgt ni, sebab 2 hari ni QA day utk development.. Hari Jumaat ni baru nak review (demo) task yang telah di assignkn.. Hari senin minggu depan, task baru akan diassignkn kepada team member.. Bosan jugak, kalo tak buat keja apa-apa, nak surf intenet dh rasa mcm nak muntah dah...

1 Mei 2012

Selamat Hari Pekerja

Hari ni 2 entry aku buat dalam 1 hari..Terlebih rajin dan teruja tengok layout blog sendiri... Hari ni aktiviti waktu cuti, basuh baju, makan, dan mahu ke Jalan TAR, dah dekat 1 tahun tak p lawat tempat tu. Even gaji blm bank in, tapi ada hati nak p jalan-jalan. Misi p Jalan TAR hari ni, nak survey beads dan peralatan dia.. hari ni mungkin nak cari jarum dulu kot, jarum brand ROYAL dan PONY yang sesuai utk jahit beads ni. Tu pun belajar kat kelas jahit sulaman online.. pastu nak beli bead color pink dan purple utk jahit kat baju dulu, then kalo ada lebih baru buat kat tudung pulak, nanti kalo dah berjaya jahit, aku upload kat blog ni...semangat nak jahit beads kat baju dan tudung, sambil2 tu, p la tgk tudung yang berkenan...

Ahad pulak nak p Book Fair dgn azwa..dah janji nak p ahad ni, kalo tak, mau jugak aku melencong p sana hari ni...huhu...budget2...jgn beli yang bukan2, jgn borong buku banyak2, nanti tak terbaca...hopefully majalah SOLUSI ada diskaun, boleh la beli keluaran yang dolo-dolo...

Layout Baru Lagi!!!

Ni la layout terbaru utk tahun 2012.. Ni semua gara-gara dah rindu sangat kat design yang dah dekat 3 tahun ditinggalkan... Rindu pulak rasa nya kat JOOMLA, ADOBE PHOTOSHOP,... Last kerja dgn JOOMLA tahun 2010 kt MOSTI... Masa tu la belajar pasal JOOMLA ni.. Sebab keja skrg tak guna JOOMLA, memang tak akan jumpa kerja mendesign-design kt tmpt aku skrg...yang aku jumpa cacing2 kat coding kaler itam...takde dah colorful2 mcm dulu...so aku nak lepas kan rindu kt BLOGSPOT pulak...ni la hasil nyer, tapi still guna template yg didownload secara free... tapi aku nak edit sikit layout ni, nampak tak ada gambar gurlz yg tengah sedih tu, aku tgh cari idea nak tukar gambar budak tu...tapi nak letak yg dpt memuhasabah diri aku daan sesapa yang baca blog ni..

Memandangkan otak aku dah terlalu pening dgn cacing2 kt coding, maka skill aku hendak mendesign pun telah sedikit tumpul.. Ni nak kena tajam kan balik ni.. Biar jadi org yang berperasaan. Kan org yang buat coding ni, kurang sikit berperasaan... kurang bersosial..segalanya kurang..

Ni mengingatkn aku kpd kata-kata sorg kawan aku yang dh lama aku xcontact. Dah lama xcontact sbb ada krisis Perang Dunia, padahal xda apa pun, aku je yang emo terlebih... Dia pun programmer juga, entah macam mana life dia skrg. Dia ckp, keja programmer ni mmg tak ada life...dulu aku terpinga-pinga juga, kenapa pulak tak da life kn. Skrg baru aku paham, life diorg dgn laptop, PC, monitor dan seangkatan dgnnye.. Dia ckp lagi, aku mmg xsesuai keja bidang yang berkaitan dgn programming ni..aku lebih sesuai jadi cikgu...tapi ye la kan, graduan lepasan pendidikan pun ada lagi yang menganggur... inikan pula aku yang bukan lepasan pendidikan...pengalaman mengajar pun takde, memang tak akan ada peluang jadi cikgu...Tapi nak buat mcm mana, dh rezeki aku kt bidang ni.... Tapi kena la pandai seimbangkan antara kerja dan life...

Ok la, dh penat mengarut, nak cari balik idea, nak tukar gambar budak tu... Selamat Malam dan Assalamualaikum...

19 April 2012

Manik oh Manik!!!!

Dah lama rasa tak menconteng kt blog ni. Sejak dari minggu lepas, aku sibuk dok cari kelas menjahit manik.. Apa kena ntah mengidam nak jahit sulaman manik ni. Last-last jumpa belajar jahitan manik online..tapi kena bayar la, 50 sebulan. Tapi xpe, aku rasa berbaloi.

Dah 2 hari aku belalar jahit manik secara teori sebab barang2 untuk menjahit manik belum beli lagi, maklum la tengah bulan..Tapi insyaAllah bulan 5 ni nak start buat kat baju dulu, guna teknik silang pangkah kat pergelangan tangan dan bawah badan. Rasa-rasa tengok video tadi macam senang, tapi cuma kena kreatif sikit... Nanti lepas berjaya jahit manik kt baju, nak try jahit kat tudung juma pulak...Rupa-rupanya manik ni ada banyak jenis. Labuci India Bulat la, manik silinder bersegi la..dan banyak lagi. Warna pun macam tu jugak, warna hijau jer ada dalam 10 jenis.

Tu la, dulu lps SPM, mak suruh belajar menjahit, xnk...sekarang baru sibuk nak cari kelas jahit tu la, jahit ni la... Btl la kn, org tua lebih byk makan garam. Diorang lebih tau apa yang baik untuk masa depan. tapi masa tak boleh diulang semula, tapi yang penting ambil lah peluang selagi umur masih berbaki...

Ok, nak p tgk Semanis Kurma, tajuk pun agak best "CINA BUTA".. Assalamualaikum =D


27 Mac 2012

Doa Untuk Wanita


Doa ni diambil dari website darus syifa.. Mari kita amalkan. =)

21 Mac 2012

Manusia Zaman Millenium

Sejak dua menjak ni, kat newspaper byk cerita pasal gadis hilang, gadis kena rogol dgn tunang sendiri dan banyak la lagi, semua nyer pasal gadis2... Kesian aku baca berita pasal gadis2 ni. Risau pun ada, ye la aku ramai anak sedara perempuan dan aku sendiri pun perempuan.. Kadang2 orang yang kite rasa selamat dengan dia pn boleh buat sesuatu yang buruk kat kite...contoh nyer berita hari ini, berlaku kat Kajang (sila refer surat khabar METRO bertarikh 21/12/2012. Seorang gadis dirogol tunang sendiri. Apa jenis tunang la kn.. harapkan pagar, pagar makan padi....aku berdoa dijauhkan semua itu dari aku dan ahli keluarga ku.....semoga kami sentiasa dilindungi ALLAH....

Aku pun kurang pasti dan belum buat research lagi pasal gejala yang berlaku dizaman serba maju dan canggih ni...mungkin sebab pengaruh media atau pun pengaruh rezeki yg diperolehi tidak benar2 bersih.. Rezeki tidak benar2 bersih tu maksudnyer mungkin terima rasuah atau suka curi tulang wktu bekerja, kemudian rezeki yang diperolehi tu dibelanjakan untuk membesarkan anak2. ini juz aku punyer teori dari pemerhatian aku (blm diapprove lg oleh mana2 pihak)... Rezeki tak bersih bukan je kerja sebagai gro atau jual dadah...Jadi kalau berkerja tu, jangan la suke curi tulang, fikir rezeki yang kite perolehi itu akan disalurkan kpd anak-anak, isteri dan keluarga... Jangan harapkan kebaikan dan pujian dari orang, tapi belajar ikhlas kan diri dalam membuat sesuatu pekerjaan... lagi pun bukan selamanya kita hidup di dunia....


29 Februari 2012

Amalan dan Petua Imam Syafie

Empat perkara menguatkan badan…
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas
.
Empat perkara melemahkan badan…
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam
.
Empat perkara menajamkan mata…
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih
.
Empat perkara merosakkan mata…
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat
.
Empat perkara menajamkan fikiran…
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama
.
Empat CARA TIDUR…
1. TIDUR PARA NABI Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit danbumi.
2. TIDUR PARA ULAMA’ & AHLI IBADAH Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.
3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA.Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.
4. TIDUR SYAITAN Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.
.
* Kalau ada kesudian .. Tolong sebarkan maklumat ini kepada saudara Muslim – Muslimat yang lain agar menjadi amalan kepada kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati. Saya kongsikan dari website ni http://mediaserius.com/amalan-dan-petua-imam-syafie/

27 Februari 2012

AIR MATA MENITIS KETIKA MENDENGAR CERAMAH Ustaz Don Daniyal (Anak Asset ...



Buat lah apa pun, tapi sembahyang jangan tinggal --> sembahyang tiang agama!!!!

23 Februari 2012

7 Panduan Mengenali Wanita Dari Cara Jalan

7 Panduan Mengenali Wanita Dari Cara Jalan

1. Jika berjalan, dari belakang kelihatan seperti tidak memijak tanah
Golongan wanita yang jalannya berginjat, konon wanita ini adalah wanita yang tidak jujur, kalau berbual, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain. Wanita yang berjalan seperti ini juga terkenal dengan sikap egonya. Lebih parah, wanita ini biasanya pemboros atau suka membazir wang tanpa berfikir sebelum berbelanja. Padahal, wang yang dimilikinya itu masih banyak kegunaannya. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.

2. Jika berjalan, sering menoleh ke kanan and kiri
Wanita seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri, dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Konon wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.

3. Jika berjalan suka menunduk
Cara berjalan melambangkan wanita seperti ini memiliki sifat yang tertutup. Ia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai untuk menyimpan rahsianya. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditakluk hatinya. Di samping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan kehidupan cinta. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hati wanita dengan cara berjalan menunduk ini, dijamin akan mendapat kebahagiaan. Sebab, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.

4. Jika berjalan menatap lurus ke depan
Wanita seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, bukan senang hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meski pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jangan hairan jika wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang perpengalaman luas.

5. Jika berjalan badan bergerak ke kanan dan kiri
Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia dianggap kecil. Padahal masalah itu sebenarnya memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.

6. Jika berjalan badan tampak tegak
Wanita ini tegas menentukan sikapnya sendiri. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Yang menarik dari wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa meninggalkan sifat-sifat romantiknya.

7. Jika berjalan seperti zirafah
Maksudnya, ketika melangkahkan kaki badannya, ia kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan
mudah tersinggung. Jadi, jika anda berbual dengan wanita seperti ini kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.

Semua panduan ini sebenarnya dah ada dalam buku-buku berkonsepkan rumahtangga, cuma mungkin bagi sesiapa yang tak buka buku tu, harap entri ini boleh membantu. Tapi, suka diingatkan, tak semestinya ianya betul. :)

Sumber Asal: 7 Panduan Mengenali Wanita Dari Cara Jalan | HASRULHASSAN.COM™
Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial


16 Januari 2012

sweet nyer.....

Selepas Kahwin Nanti 
Isteri masak...suami makan... 
Suami imam...isteri makmum... 
Suami baca doa...isteri aminkan...
Isteri merajuk..suami pujuk... 
Hidup akan saling melengkapi selepas kita berkahwin...Indah kan? (^_^) Itulah namanya KEMANISAN sesudah sebuah PENANTIAN ♥ Walaupun PENANTIAN itu satu PENYIKSAAN tapi percayalah sebuah penantian yang disandarkan kepada REDHANYA takkan sia2 dan kita akan merasai satu ANUGERAH yang tak terhingga dari sebuah PENANTIAN yang penuh dengan KESABARAN itu.. dr baitulislam.com

5 Januari 2012

Tahun Baru dah Rupenyer....

Ooooo...dah tahun baru rupa nya.. Ni entri pertama untuk tahun ni. Tahun ni aku rasa lebih better dari tahun lepas..insyaAllah...biasa la kalo tahun baru, konpem kawan2 tanya apa azam baru... Dengan spontan aku cakap, azam tahun baru ku utk tahun 2012 adalah....KAWEN... kelakar pulak...calon pn xdok lg...

Ni baru lepas balik dari surau dekat rumah aku, kebanyakan yang jadi ahli surau ni, orang tua-tua, mana la belia-belia, mgkn sibuk kerja kot. Ada sorang makcik tu cakap, berlari-lari dia nak p surau sebab dia jaga cucu, orang tua pun pandai bahagi masa antara dunia dn akhirat... What ever pun, aku terasa macam zaman study, teringat kat masjid UTM, lama sungguh x melawat..serius rindu kat masjid UTM...

InsyaAllah, azam tahun ni, akan beri masa utk ke surau tiap maghrib dan isyak...insyaAllah...gUd Luck utk diri saya......