17 Disember 2012

Aku Pergi Menunaikan Haji 2056M/1477H

Alhamdulillah, akhirnya dapat jugak aku daftar menunaikan haji. Aku daftar di Bank Islam Ampang. Tahun peruntukan aku pergi menunaikan haji tahun 2056. 43 tahun dari sekarang, tuanya la aku masa tu. Tapi target aku, kalau boleh nak pergi waktu muda, dalam umur 40 - 50 tahun, insyaAllah, tapi kalau ada rezeki pergi lagi awal, lagi bagus.. mana la tau tiba-tiba ada dermawan lagi budiman yang nak sponsor...

Mari kita berkira-kira simpanan untuk mengerjakan ibadah haji. Katakan dalam sebulan kita peruntukan RM300 untuk disimpan dalam Tabung Haji, target pergi Haji umur 45
Tempoh : 45 - 31 = 14 tahun
Simpanan untuk setahun : RM300 x 12 = RM3,600 (untuk 1 tahun)
Dalam masa 14 tahun (kalau simpan secara konsisten) : 14 x 3600 = RM50,400

Dibawah ni, aku kongsikan sedikit mengenai Pendaftaran Haji Ahli KWSP.

Apa Pendaftaran Haji Ahli KWSP?
Ia adalah satu kemudahan yang membolehkan seseorang ahli KWSP yang mempunyai simpanan KWSP membuat pendaftaran haji dengan Lembaga Tabung Haji tanpa perlu mendepositkan simpanan minima sebanyak RM1,300.00 dalam akaun Tabung Haji.

Siapa yang layak untuk Pendaftaran Haji Ahli KWSP?

Ahli KWSP yang layak adalah seperti berikut:
i. Warganegara Malaysia/Pemastautin Tetap
ii. Beragama Islam
iii. Mempunyai simpanan KWSP dalam Akaun 1 sekurang-kurangnya RM1,300.00
iv. Belum mencapai umur 55 tahun
v. Mempunyai akaun simpanan Tabung Haji

Bagaimana hendak memohon?
Ahli KWSP perlu hadir di mana-mana cawangan Lembaga Tabung Haji, Bank Rakyat dan Bank Islam dengan membawa MyKad dan Penyata Ahli KWSP.

Tiada ulasan: