16 Disember 2011

sekadar renungan di pagi dinihari

Kadangkala kita tidak pandai MENGHARGAI kehadiran seseorang dalam hidup kita, kita MENOLAKNYA dan mensia-siakan kehadirannya di sisi kita..

Dan apabila dia sudah KECEWA dengan kita, dia pergi menjauh dari kehidupan kita. Apabila tiba satu masa kita mula menginginkannya, barulah kita SEDAR ... dan mula MENCARINYA semula, namun saat itu sudah TIDAK BERMAKNA lagi kerana dia telah jauh membawa diri..

Manusia akan MENGHARGAI sesuatu apabila dia telah KEHILANGAN sesuatu.. Bagi diriku, biarkan cinta itu pergi.. CINTA SEJATI pasti akan kembali.. Kerana Allah telah menjanjikan jodoh hati bagi setiap hamba-Nya


2 Disember 2011

Tahun baru 1 Muharram

Pejam celik, umurku sudah memasuki angka 3...owh..sudah berumur rupanya aku...kata orang, "age is just number". rupa-rupanya sudah hampir 30 tahun aku dimuka bumi ini... sudah tiba masanya untuk aku muhasabah diri.. apakah aku sudah benar-benar melaksanakan amanah terhadap umurku...

Dari zaman aku belajar, aku mempunyai impian yang sampai sekarang aku belum capai lagi. Inilah impian aku atau azam aku yang tak pernah aku ubah iaitu ingin berpakaian sempurna seperti muslimah yang solehah iatu bertudung labuh dan berjubah. Dari dulu, aku betul2 tertarik dengan muslimah yang memakai jubah dan bertudung labuh, rasa macam tenang bila pandang diorg ni..Hopefully dapat la aku capai impian ku yang satu ini.

Dengan faktor persekitaran, kerja dan faktor dalaman yang paling utama buat aku sukar untuk mencapai impian itu. Selagi hati belum betul-betul bersih, sukar untuk berpakaian seperti itu, sebab aku xnak la pki tudung labuh dn jubah tapi akhlaknya tidak elok.

Amalan-amalan utk menjadi wanita solehah :

1. Mendirikan solat/sembahyang.
Semua manusia yang sudah mencapai umur baligh diwajibkan ke atasnya solat fardhu 5 waktu sehari semalam. Solat fardhu dengan rajin dan lakukannya juga solat sunat sebagai menampung kekurangan yg terdapat pada solat wajib itu tadi.

2. Menjaga solatnya.
Seseorang yg wajib solat dituntut juga khusyuk ketika menunaikan kewajipan itu.Selain khusyuk , menunaikan solat juga dituntut beristiqamah iaitu melakukan solat dengan berterusan mengerjakannya serta menjaga waktunya, ini bermaksud solat itu mesti di awal waktu dan tidak melengah2kan nya.

3. Bersyukur dan redha.
Manusia ini biasa mempunyai tabiat yg buruk kerana apabila ditimpakan ujian atau musibah sering mengeluh dan adakalanya seperti menyalahkan takdir. Tetapi apabila senang dan kaya sedikit mereka cepat lupa diri. Sebaiknya kita bersyukur dan redho dgn setiap pemberian Allah. Janji Allah dlm alquran, apabila kamu bersyukur aku akan tambahkan nikmat kpdmu tetapi sekiranya kamu kufur ingatlah azabku amat pedih.

4. Selalu bersedekah.
Murah hati adalah sifat yang mulia. Kehidupan akan menjadi indah dan bahagia apabila semua orang ada perasaan ingin saling bantu membantu sesama saudara seagama. Sehinggakan malaikat berdoa agar orang yg rajin memberi sedekah itu Allah swt akan gantikan dengan ganjaran yg berlipat kali ganda.

5. Menjaga maruah diri.
Untuk menjadi wanita solehah hendaklan wanita itu menjaga maruahnya dengan menutup aurat dgan betul. Memelihara diri dan kehormatannya serta menjauhi perlakuan yg boleh mendorongnya melakukan kemaksiatan dan perbuatan keji.

6. Takut murka Allah.
Wanita solehah sentiasa patuh kepada ajaran Allah dan menjauhi semua larangan Nya. Walaupun Allah tidak dapat dilihat tetapi sentiasa merasakan Allah itu Maha Melihat semua perbuatan Hambanya. Malu melakukan kejahatan dan kemaksiatan kerana takut akan azab dan pembalasan dari Allah swt.

7.Menjaga amanah.
Sebagai wanita perlulah menjaga amanah yang telah dipikulkan ke atasnya seperti amanah menjadi seorang isteri, seorang ibu, seorang pekerja dan seorang tetangga. Amanah kepada Allah, seprtia didalam surah Fatihah ” kepada Engkau kami menyembah dan kepada Engkau kami memohon pertolongan.

8. Pandai mengaji Al-Quran.
Wanita solehah selain solat, menjaga solatnya dgn istiqamah, menjaga amanah dan memelihara diri ,mestilah juga tahu mengaji Quran dan suka/sering menjadikan Quran itu sebagai sahabatnya. Kerana rumah yg tiadak diperdengarkan alunan bacaan Quran ibarat seperti sebuah kubur.!


23 November 2011

prOgramm!ng : Apa yang penting dalam Playframework

Sesi kedua berkenalan dgn playframework. Apa yang penting dalam playframework ni.

1. Models - biasanya kt dlm ni adalah atribut2 bagi kelas. Cth nya mcm kt bwh ni
package models.sd.common;

import java.util.Date;
import play.db.jpa.*;
import play.data.validation.*;
import javax.persistence.*;

@Entity
public class Address extends Model{

@Required
public Date createDate;
@Required
public String createBy;
public Date lastUpdateDate;
public String lastUpdateBy;
}

2. View - biasanya ia adalah interface atau paparan pada sesebuah aplikasi web seperti html file.

3. Controller - adalah elemen paling penting dlm play kerana, ia yang akan memberi tindak balas kepada model, dan akan memaparkan hasil tindakbalas kpd pengguna. Ni cth kpd controller. Method bg controller ini adalah viewForm dan ia akan render atau paparkn objek member, person dan address.

public class ManageAddress extends Controller {
public static void viewForm(final long id) {
Member member = LookupUtil.getMember(session.get("member.id"));
Person person = LookupUtil.getPerson(session.get("person.id"));
Address address = null;
if (id > 0) {
address = Address.findById(id);
}
render(member, person, address);
}
}

OK..tu la serba sedikit penerangan yang aku nak share. Kalau ada salah tu, sila la komen. Kte share sama2..

prOgramm!ng : mar! berkenalan dgn pLayfRamewOrk

Okay....mlm ni kte berkenalan dengan playframework..tujuan aku tulis kt blog ni utk memudahkan aku nak refer balik ble aku dh terlupa pasal playframework ni.. tp boleh jugak nak share ilmu dgn kengkawan..

Playframework ni -> adalah salah satu MVC framework utk bahasa JAVA (aku benci java sejak zaman belajar, tp sbb dh tanggungjawab aku kena belajar) sama mcm Zend Framework.

Kalau nak berkenalan dgn lebih dekat, p la kt url ni http://www.playframework.org/ sebab nnt kalau aku yg memberi penerangan, ada yang tersalah dan silap pulak.. So mari kite study sama2. Aku pn berbulan-bulan nak paham Play ni...


20 November 2011

Cerpen : Terima Kasih Awak Kerana Sudi Hadir Dlm Hidup Saya

Cerpen ni, aku amik dr dr muslimdoktor.blogspot.com
Cerita dia mmg sweet, tp ending dia sedey sgt2 smp aku pun menangis baca..

*********************************************************************

Dia duduk menghadap laptop di hadapannya. Langsung tidak menghiraukan si dia yang tengah menonton televisyen, menonton ceramah 'bersama Dato Masyitah'. Siaran OASIS astro itu telah pun bertukar kepada Indahnya Iman yang bermaksud akan masuk waktu solat.

Tiba-tiba, si dia bangun dan memandang suaminya yang tengah khusyuk membelek laptop di hadapan. “abang, maghrib dah nak masuk. Kita jemaah ya.”

Si dia yang duduk di hadapan laptop itu senyap. Tersentak sebenarnya. Mana pernah solat. Nak jadi imam?

Huh,lawak antarabangsa betul. Macam mana dia boleh kahwin dengan ustazah ini pun tak tahu lah. Salah abahlah ni, pandai-pandai nak tentukan jodoh orang. Cari yang stok tudung labuh pulak tu.

Okay, salah aku juga sebab pergi teguk kencing syaitan tu sapa suruh. Okay,salah aku lagi, angkut entah mana-mana perempuan untuk hiburan. Okay, salah aku lagi sebab selalu je aku balik lepas subuh sebab pergi kelab dan balik mabuk. Okay, salah aku lagi, duit syarikat abah habis aku joli kan.

Banyaknya salah aku. Jadinya, abah kahwinkan aku dengan Siti Syahirah binti Hj. Amran ni. Bukan itu je, abah hantar aku dengan dia duduk dekat Kepala Batas, Pulau Pinang ni. Itu okay lagi, abah ambil kereta sport aku dan aku kena guna kereta isteri aku ni. Abah suruh aku uruskan syarikat dia dekat ceruk ni. Nak enjoy pun tak boleh, sebab ini Pulau Pinang bukan Kuala Lumpur. Enjoylah aku dengan laptop ni.

Baru sehari duduk rumah ni, aku dah nak gila. Belum seminggu lagi. Kalau sebulan? Huh.

“Abang dengar tak?”. Macam cakap dengan laptop tu je.
“hm,saya sembahyang dekat surau.” Ek, macam mana ayat tu keluar.

Huh,surau pun aku tak tahu dekat mana. Nak lari dari jadi imam sebenarnya.

“saya ikut. Jap saya siap.” Si isteri telah pun hilang di pandangan mata.

Aiman tersentak. Aduh,dia nak ikut pulak. Laptop dimatikan. Dia duduk di sofa sementara menanti si isteri bersiap. Fikiran ligat memikir dekat mana surau?

“Abang, dah siap.” Aiman memandang isterinya yang lengkap bertudung labuh saiz 60 dengan t-shirt muslimah dan seluar track-suit. Cantik!

“Abang..?” Aiman tersedar. “Jom.” Kunci kereta di atas meja dicapai.
“Saya bawa kereta awak, awak tak kisah?” tanya Aiman ragu-ragu.
Syahirah senyum. “harta saya harta abang juga.” Aiman hanya mengangguk.

Dalam kereta hanya dengar radio – hot fm refleksi.

Aiman dah tak tentu arah. Syahirah yang dari tadi perhatikan itu macam nak ketawa . Rasanya asyik ulang-ulang je jalan ni.

“abang, surau belok kiri tu.” Aiman hanya diam. Malu.

Kereta di belokkan pada arah yang diberitahu isterinya. Mereka telah pun tiba di hadapan surau As-Syakirin. Aiman masih tidak mematikan enjin. Syahirah pun tidak keluar lagi dari kereta. Aiman melihat dirinya yang hanya ber-t-shirt dan seluar track-suit. Aduh,mana bawak kopiah ke? Songkok ke?

“err,Ira..” Syahirah menoleh. Mana ada orang pernah panggil dia Ira. Pertama kali dengar.
“ya?” “okay ke saya pakai macam ni? mana tahu kene halau ke nanti?” Syahirah senyum.
“jangan risau yang menilai itu Allah bukan manusia. Kalau niat kita keranaNya, insyaAllah. Pakaian abang ni dah okay dah ni.” Aiman terdiam. Tak pernah sebelum ini dia bercakap dengan orang masuk bab-bab agama.
“jom.” Ajak Syahirah. “hmm.” Enjin kereta di matikan.

Malam itu Aiman duduk di ruang tamu menonton televisyen. Teringat tadi imam itu bagi ceramah tentang solat. “solat itu tiang agama, kalau tak solat umpama kita meruntuhkan agama.” Teringat diari isterinya yang dia jumpa tadi. Ter-baca. “saya nak suami yang soleh! Ya Allah makbulkan doa hamba.”

Aku tak adalah baik sangat. Kenapalah kau kahwin dengan aku. Kesian kau dapat aku jadi suami. Aku jahil agama! aku dah jauh terpesong! Seperti ada suara yang datang dalam fikirannya ‘tapi kau boleh berubah. Allah Maha Pengampun.!’ Televisyen di hadapannya itu dipandang kosong.

Berubah?

Teringat juga dia amaran abang iparnya. “aku bagi amaran dekat kau, jangan sesekali berani angkat tangan kau ni dekat adik aku, lagi, jangan pernah kau buat dia menangis.” Aiman hanya mendengar amaran keras Shahir sewaktu mereka berduaan di dalam kereta sebelum ke rumah mertuanya.

“..ingat! aku dapat tahu hidup adik aku sengsara, hidup kau jugak sengsara! Jangan kau buat perangai buruk kau tu . aku dapat tahu. Aku terus pergi Kepala Batas tu. Kau faham tak?” Aiman hanya mengangguk. Huh, garang!

Syahirah memandang suaminya yang duduk di sofa itu. Dia senyum. Dia ke belakang Aiman dan menutup mata Aiman dengan tangannya. “cuba teka ini siapa?” kata Syahirah dengan suara yang dibuat-buat macam suara lelaki. Aiman yang tengah berfikir itu terkejut tiba-tiba pandangannya gelap. Lama. Senyumnya terukir apabila mendengar suara Syahirah.

“hmmm, Tom Cruise..” main-main Aiman. “salah! Tom Cruise tak reti cakap melayu!” Aiman ketawa. “hm,Hj. Amran.” Syahirah pula ketawa. “salah! Hj.Amran dekat Johor.” “ha! Tahu..tahu..Syah!” Syahirah kerut dahi. “Syah mana?” “Syahirah.” Aiman menarik tangan isterinya agar duduk di sebelahnya.

Cepat sungguh si Syahirah ni mesra. Ingatkan stok yang pendiam. Terkejut juga tiba-tiba si isteri ini nak beramah mesra tapi saudara-mara dia ada kata yang Syahirah ini jenis yang ceria dan dia pula jenis yang boleh je ‘masuk’.

“Abang buat apa?” “tak ada apa-apa. Saya nak tanya awaklah..” “tanya apa?” “er..kenapa awak terima lamaran abah untuk kahwin dengan saya?”

“Sebab Allah.” Aiman diam sebentar. “tak faham.” “Saya buat solat istikharah. Minta petunjuk dari-Nya.” Aiman senyap. Rasanya tak ada apa yang hendak di katakan lagi. Sebak tiba-tiba.

Seminggu berlalu….

“Abang,saya tak reti masak” kata Syahirah yang tengah bercekak pinggang di dapur itu. Terkejut juga Aiman. Nak makan apa kalau isterinya ini tak reti masak. Hari-hari makan kedai bankruplah. Dah lah abah tak bagi duit banyak. Nak berkata sesuatu tetapi tak terluah sebab teringat ayat dalam diari isterinya.

“lelaki bising perempuan tak reti masak! Habis, kalau lelaki tak reti jadi imam itu!”

Walaupun ayat itu di tulis dalam diari dan bertarikh sebelum mereka bernikah lagi tetapi amat terkesan dalam hati Aiman. “macam mana ni abang?” kata Syahirah sayu. Aiman menggaru kepala. Tak tahu nak jawab apa. “tak apalah, lepas ni kita sama-sama belajar masak.”

“maaf ya abang..” Aiman senyum. “tak apa.” Aiman keluar dari dapur.

Syahirah rasa bersalah. Itulah! Umi selalu suruh masuk dapur belajar masak. Buat malu je. Sedang Syahirah berfikir di bar dapur itu Aiman masuk dengan membawa laptop.

“abang nak buat apa bawa laptop ke dapur?” “belajar masak guna internet.” Aiman senyum dan mengangkat kening. Syahirah senyum.

“huish masin.” Komen Syahirah. Aiman mengambil gulai di hadapan isterinya itu. “abangkan yang masak ni.” Kata Syahirah lagi. Aiman rasa dan ketawa. “okay lah ni. ha, awak punya sayur campur ni tawar! Tak rasa apa-apa..” komen Aiman pula.

“okay apa..” “is okay. Gulai itu banyak garam, sayur awak tak rasa apa-apa. Campur je semua. Gulai sayur.” “boleh ke macam itu?” “boleh je.” “okay..” “dah makan cepat. Nanti tak sempat nak siap pergi surau.” Aiman langsung tak sedar apa yang dia cakap.

Ajak orang pergi surau? Ajak isterinya? Huh,sejak bila jadi geng surau ni. Syahirah senyum. Dah ada perubahanlah abah!

“ustaz.” Panggil Aiman pada insan yang baru selesai mengimami solat Maghrib itu. Ustaz itu menoleh. “ya?” “saya nak…”

“nak apa?” Aiman malu untuk berkata. Tapi sedaya upaya dia cuba luahkan.
“anak nak apa?”
“saya nak belajar agama.” Terluah juga. Ustaz itu senyum.
“mari.” Selesai solat Isyak tadi Syahirah terus keluar dari surau. Lama dia menunggu Aiman di kereta.

Senyum terukir apabila melihat Aiman menghampiri bersama seorang lelaki separuh umur.

“ustaz kenalkan isteri saya.” Aiman kenalkan Syahirah pada lelaki itu. Syahirah hanya senyum dan mengangguk.

“baguslah. Muda-muda kahwin sama-sama pergi surau.” Aiman sentak. Walau apapun senyum paksa diberi. “Alhamdulillah ustaz, Allah beri suami yang soleh macam Aiman ni.” kata-kata Syahirah membuatkan Aiman terdiam.

“Alhamdulillah, semoga kalian berbahagia hingga ke syurga.” “terima kasih ustaz.” Aiman bersuara. Ustaz itu menepuk bahu Aiman.

“baiklah, saya balik dulu. Assalammualaikum.”
“waalaikumsalam.” Jawab Syahirah dan Aiman serentak.

Aiman duduk di birai katil dengan mata memandang Syahirah yang tengah mengemas bajunya ke dalam bagasi.

“lamanya abang pergi..” Aiman tersedar.
“hmm,seminggu je.” Ya,dia kata dengan Syahirah ada urusan kerja sebenarnya dia mahu ke pondok agama untuk belajar agama dengan ustaz yang dia jumpa sewaktu di surau kelmarin.

Rasanya dia perlu berubah. Sampai bila dia nak mengelak untuk menjadi imam dalam keluarganya. Sampai bila dia nak terus jahil. Sampai bila dia nak membiarkan isterinya keseorangan tanpa bimbingan seorang suami. Sampai bila dia nak terus hipokrit mengikut Syahirah ke surau tetapi tak tahu apa-apa. Sudah tiba waktunya dia berubah.!


“seminggu tu lama tauu..” lirih Syahirah.
“pejam celik- pejam celik sekejap je tu..”
“kalau pejam tak celik- celik?” tersentak Aiman apabila mendengar ucapan isterinya itu.

Sudah, rasa berat pula dia nak tinggalkan si Syahirah ni. Aiman memandang Syahirah. “apa awak cakap ni?” lembut dan ada nada risau di situ. Syahirah ketawa halus.

“gurau je lah. Abang ni cepat betul sentap.” Aiman diam.
“tak yah lah kemas beriya-iya. Nanti yang lain saya kemas.” Isterinya tarik muncung.
“tak mau lah, nanti kurang pahala.”

Sudah dua hari Aiman di pondok agama itu. Memang air matanya di situ asyik mengalir sahaja. Teringat dosa lampau yang pernah di buat.

"Ya Allah… banyaknya dosa hamba."

Selesai solat berjemaah dengan rakan-rakan di pondok, dia menelefon isterinya. Salam berbalas.

“awak sihat?” Aiman duduk di tangga surau papan itu. Syahirah bersuara riang.
“Alhamdulillah sihat. Abang tak rindu saya ke? Dah masuk hari kedua baru nak call? Abang tahu tak saya bosan duduk rumah sorang-sorang? Saya dah dua hari tak sembahyang jemaah tau? ”

Aiman hanya senyum mendengar coleteh si isteri. “..ha, lagi satu abah kata abang mana ada kerja luar, baik abang cakap abang pergi mana?” tiba-tiba suara Syahirah bertukar sebak.

“..saya tahu,saya bukan sapa-sapa dekat abang, tapi tak patut abang tipu saya..” air mata Syahirah mengalir. Aiman terdiam. Syahirah juga diam. Terkejut Aiman tiba-tiba terdengar esakkan.

“awak nangis ke?” Diam lagi. “awak, saya…” Syahirah memintas. “tak apa. Saya faham.” Air matanya di seka.

“ abang sihat tak?” “Alhamdulillah sihat.” Diam. “Abang jangan lupa sebelum tidur baca surah Al-Mulk” pesan Syahirah.

“baik sayang.” Terdiam Syahirah. Aiman senyum je.

“lagi?”
“er..abang jangan lupa baca doa tidur sebelum tidur..” Aiman ketawa.
“next?”
“..kalau terjaga pukul dua tiga pagi, solat tahajjud..” Aiman hanya mengangguk.
“lagi?”
“..selalu beristigfar”
“okay. Lagi?”
“..ingat Allah dalam setiap perbuatan.”
“alright, next?”
“sentiasa berselawat.”
“okay.”
“abang ni last.”
“apa dia tu?” soal Aiman lembut.
“doakan rumah tangga kita sampai syurga.” Aiman senyap sekejap.
“sure.”

Dari jauh Aiman telah nampak senyuman isterinya di hadapan pintu. Selesai membayar tambang teksi Aiman mengheret bagasi berodanya. Syahirah telah pun keluar menyambutnya siap bertudung. Mereka bersalaman.

“Assalammualaikum, awak.” Sapa Aiman.
“waalaikumsalam, abang.” Nada ceria. Syahirah bersalaman dengan Aiman. Terpegun juga dia melihat Aiman yang hanya bert-shirt kolar dan berseluar slack serta berkopiah (mungkin Aiman tak perasan).

Wajah Aiman seolah ada sinar keimanan. Sangat tenang! Aiman perasan isterinya memerhatikannya.

“er,,awak pandang apa?” Syahirah tersentak.
“eh, tak.. abang nampak lain.”
“apa yang lain?” Aiman memandang dirinya dan baru perasan akan kopiah di kepalanya.
“oh..” jawab Aiman dan menarik kopiahnya.
“jom masuk.” Mereka beriringan ke ruang tamu. Aiman telah pun duduk di sofa sementara Syahirah pergi membuat air di dapur. Mata Aiman menebar ke seluruh ruang tamu. Kemas dan bersih.

Walaupun rumah itu kecil tetapi sangat selesa. Entah. Dulu tinggal dekat villa abah tak pernah rasa selesa dan tenang.

“abang nah..” lembut Syahirah menghulurkan gelas itu pada suaminya. Aiman menyambut.
“thanks.”
“abang, nak tahu tak?”dia duduk bawah melutut depan Aiman yang duduk di sofa itu.
“hmm?” Aiman merenung Syahirah. Dia sudah faham dengan sikap Syahirah yang peramah dan banyak cakap ini. Kadang-kadang macam budak-budak.

“ada sinetron baru tau.” Berkerut dahi Aiman.
“oh, apa benda tu?”
“apalah abang ni. itu cerita drama bersiri Indonesia. Tajuknya cinta fitri.”
“oh..” gelas di letak di atas meja.
“kenapa dengan cerita tu?”
“best.” Syahirah senyum hingga nampak lesung pipitnya. Comel! Walaupun penat Aiman masih lagi melayan.
“ apa yang best?”
“lagu.” Ek..
“oh.. jalan cerita tak best.?” sungguh, ini baru pertama kali dalam hidup Aiman berbual mengenai drama Indonesia.

“best jugak tapi sedih.”
“kenapa?”
“entah. Abang nak dengar lagu tema cerita tu.?”
“lagu apa?”
“tajuknya Cinta Kita nyanyian Teuku Wisnu dan Shireen Sungkar” Syahirah mengambil mp3nya di almari yang terletak di ruang tamu itu juga.

Aiman hanya memerhati.

“ .. haa, nah..” dia menghulurkan earphone pada Aiman.
“hm, awak ambil satu..” kata Aiman dan menghulurkan sebelah lagi pada isterinya.
“..er..kita dengar sesama..” teragap-gagap Aiman.
“ok.” Ceria Syahirah menyambut earphone itu. Aiman menarik tangan Syahirah agar duduk di sebelahnya. Mudah untuk dengar mp3 itu.

"Inilah aku apa adanya. Yang ingin membuatmu bahagia. Maafkan bila ku tak sempurna sesempurna cintaku padamu".


“saya baru download tadi..” Syahirah senyum. Aiman turut senyum.

Sungguh dia tak pernah buat benda luar alam untuk melayan lagu dari seberang.

"Ini cintaku apa adanya, yang ingin selalu di sampingmu. Ku tahu semua tiada yang sempurna di bawah kolong langit ini “


"Abang kita jadikan lagu kita nak?”

Aiman diam seketika. Huh, lagu ni rasa macam nak nangis je Aiman dengar. Tak tahu kenapa.

“hmmm.”

"Jalan kita masih panjang. Ku ingin kau selalu disini. Biar cinta kita tumbuh harum mewangi. Dan dunia menjadi saksinya. Untuk apa kita membuang-buang waktu dengan kata kata perpisahan."


Kedua-dua mereka melayan perasaan dengan lagu tersebut. Tanpa disedari Aiman telah melatakkan tangannya di bahu sofa dan spontan menarik isterinya ke dalam pelukannya. Khusyuk melayan lagu.

"Demi cinta kita aku akan menjaga cinta kita yang telah kita bina. Walau hari terus berganti hari lagi. Cinta kita abadi selamanya…"


Aiman tersentak apabila terdengar azan. Pantas dia menarik earphone itu. Dia menoleh ke kiri. Syahirah dah tidur.

“eeerr.. awak…” Aiman cuba mengejutkan isterinya lagi.
“awak…bangun. Dah azan Asar ni..” Syahirah bangun dengan mengosok matanya.
“abang saya ABC la. Abang solat lah..” Aiman pelik. Apa benda pula dia nak ABC ni.
“awak, dah Asar. Kalau nak makan ABC jap lagi kita keluar.” Syahirah memandang Aiman.

“Allah bagi cuti. Sakit perempuan.” Aiman teragak-agak.
“oh.. haa. Okay. Saya solat dulu.” Aiman telah pun bangun untuk menuju ke bilik.
“abang.” Langkah Aiman mati. Dia menoleh.
“doakan rumah tangga kita sampai syurga.” Syahirah senyum dan gaya menadah tangan.
“sure.”


“abang,saya nak cari buku masak..” Aiman hanya mengangguk dengan tangannya yang ada dua beg kertas barang yang dia beli dan Syahirah beli tadi.

“..nanti jumpa abang dekat kaunter lah.” Kata Syahirah lagi dan terus berlalu. Aiman hanya senyum dan menghantar dengan pandangan mata. Aiman berjalan ke buku-buku Islamik. Terdetik hatinya tafsir Al-Quran. Aiman pergi ke kaunter pertanyaan dalam kedai buku itu.

“ada boleh saya bantu encik?”
“hm, ada tafsir tak? Hmm.tafsir Al-Quran?”
“maaf encik tiada stok.” Aiman senyum paksa.
“okay. Thanks.” Kenapa tiba-tiba rasa sebak ni. Tiba-tiba, Syahirah datang.
“ abang tak beli apa-apa?”
“tak. Awak dah jumpa buku?” Syahirah senyum dan menunjukkan buku itu pada Aiman.
“tadaaa… nanti kita try dekat rumah ok?”
“okay.” Aiman membayar buku itu. Sewaktu mereka telah keluar dari kedai buku itu. Pekerja kedai buku itu berbisik.

“wah,romantiknya mereka!”
“tahu tak apa. untungkan wanita itu dapat suami yang punya lah handsome dan baik!”
“mana kau tahu baik?”
“tadi dia nak beli tafsir Al-Quran.”
“oh, memang padanlah. Perempuan itu pun alim je.”
“sweet kan. Suami dia just pakai t-shirt berkolar dan seluar slack, isterinya just pakai baju kurung dengan tudung labuh. Baju dorang warna match. Jalan pegang tangan”

“superb! Romantic!”
“kan Allah S.W.T telah berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur’:26)

“betul-betul.”

Aiman sibuk membuat kerjanya di ruang tamu. Lama dia bercuti selepas pergi ke pondok hari itu. Justeru, banyak kerja yang perlu di lakukan.

“abang..” sapa Syahirah manja. Aiman senyum.
“kenapa?”
“nah..” Syahirah menunjukkan sesuatu pada Aiman. Aiman mengambil dan berfikir.
“birthday saya rasanya belum lagi..” “abang buka lah dulu. Saya dah ngantok. Jangan tidur lewat-lewat tau. Nanti dah masuk bilik tolong perlahankan air-cond. Nite abang. Assalammualaikum.” Syahirah nampak penat. Mana tidaknya sehari suntuk berjalan. Setelah Syahirah masuk ke bilik. Perlahan-lahan Aiman membuka balutan itu.

“subhanallah, tafsir Al-Quran..” terasa macam nak mengalir air mata Aiman. ‘Al-Quran, the love letter from Allah’ – isterimu. Aiman turn off laptopnya. Kertas-kertas yang bertaburan diperkemaskan. Setelah selesai berkemas bahan-bahan kerjanya Aiman mengambil tafsir itu dan masuk ke bilik. Samar-samar. Hanya lampu di sisi katil sahaja yang menyala. Dia lihat Syahirah sudah lena tidur.

Mungkin penat sangat. Aiman senyum. Dia meletakkan tafsir itu di atas meja make-up. Seluar dilipat. Aiman menuju ke tandas. Dia perlu melakukan sujud syukur kerana dia memang beriya-iya hendakkan tafsir Al-Quran itu. sewaktu pekerja kedai itu mengatakan sudah habis stok dia seakan kecewa teramat, entah. Tidak tahu kenapa perasaan itu timbul. Sungguhlah kemanisan iman itu sungguh manis.

“Aiman!! Kamu nak jadi apa ha ni!” tengking Dato Rahimi merangkap abahnya. Aiman hanya tunduk. Sejak menjadi suami Syahirah dia banyak sangat mendiamkan diri. Dia tak banyak cakap.

Selepas pulang dari pondok agama hari dia tak cepat marah atau melenting.

“kamu dengar tak ni?! hari tu kamu pergi mana? Kamu buat hal lagi ya? ni akaun syarikat kenapa jatuh teruk ni!” Dato Rahimi mencampak fail itu di meja pejabat Aiman.

“abah, ekonomi dekat sini buat masa ini tak stabil..” Dato Rahimi memandang sinis anaknya.
“bukan kamu joli kan semua duit tu?”
“Abah..” “dah! Abah tak tahu kamu buat macam mana, abah nak kamu settle kan semua bil-bil ni! “

Tercengang Aiman mana dia ada duit banyak tu.

“abah, saya tak da duit banyak tu.”
“abah tak peduli. Kamu buat apa yang patut!” Dato Rahimi terus keluar dari pejabat itu. Terduduk Aiman. Ya Allah… tiba-tiba telefon Aiman berbunyi. Shahir. Ada apa abang iparnya ini telefon.

“Assalammualaikum.” Lemah Aiman menjawab.
“waalaikumsalam, weh Aiman. Kau balik rumah kau sekarang.!”
“er, kenapa along?”
“kau balik je!” Tersentap Aiman tatkala talian di matikan. Tak tahu pula dia yang abang iparnya ini datang Kepala Batas. Ada apa ya?

Aiman mengambil briefcasenya. Satu, satu masalah dia dapat. Laju Aiman memandu kereta isterinya itu. Hari ini Syahirah tak kerja cuti sekolah jadi dia pun cuti lah. Syahirah seorang ustazah yang mengajar subjek Sirah. Justeru, Syahirah menyuruhnya membawa kereta dia.

“Along.. tolonglah jangan buat kecoh dekat sini..” rayu Syahirah.
“eh, kau diam lah dik..” Aiman melangkah masuk ke rumah.
“Assalammualaikum.”
“hah, sampai pun kau..” Aiman menghulurkan tangan untuk bersalam dengan abang iparnya tetapi lelaki itu tidak melayannya. Aiman menarik kembali tangannya.

“kenapa along?”
“aku nak bawak Syahirah balik..” Sentap Aiman mendengar. Matanya memandang Syahirah yang telah pun berair mata.

“..ta..tapi kenapa?”
“kenapa kau tanya? Kau tahu tak? Aku pergi dapur, tak ada makanan langsung! Macam mana kau sara adik aku ha? Lepas tu, aku dengar syarikat kau dah muflis kan?!” herdik Syahir. Sebak Aiman dengar.

“along tak boleh buat macam ni..”
“apa tak bolehnya! Tak akan kau nak adik aku sara kau pulak! Aku ingatkan abi kahwinkan kau dengan dia kau dah berubah rupanya hampeh je.”
“along,kenapa along cakap macam tu?” Syahirah yang tadi berair mata membela Aiman.
“kau diam. Dah sekarang aku nak bawa dia balik dekat rumah keluarga kami!” Syahir menarik tangan Syahirah.

Syahirah sedaya upaya menarik kembali tangannya.

“saya tak akan pergi! Tempat seorang isteri di sisi suami!”
“hoi, Aiman. Baik kau izinkan. Tak akan kau nak biar isteri kau ni mati kebulur!” Marah Syahir lagi. Ya Allah, tabahkan hati hamba. Habis satu masalah di pejabat sekarang masalah isterinya pula. Betul juga apa yang abang iparnya cakap. Dia nak bagi makan apa dekat isterinya ini. Memang kali ini dia muflis tersangat!

“abang..tolong…” sayu Syahirah meminta pertolongan Aiman.
“saya izin..” sebak.
“..saya izinkan awak balik.” Terus Syahir menarik adiknya keluar. Air mata Aiman jatuh juga. Mata di pejam.
“abang….” Teriak Syahirah sayu sempat menoleh Aiman yang membelakanginya. Aiman terduduk. Ya Allah beratnya dugaan-MU…

Aiman baru selesai solat Maghrib. Sayu hatinya melihat rumahnya itu sunyi. Memang dia tidak ke surau. Rasa nak demam je. Puas dia memikirkan macam mana nak dapat duit nak selesaikan bil-bil nya. Sedang dia termenung di atas sejadah itu telefonnya berbunyi. Terus button hijau di tekan tanpa melihat nama pemanggil. Aiman terkejut mendengar esakkan di talian itu.

“awak..” Esakkan itu masih lagi berbunyi.
“Ira..awak..”
“sampai.. sampai hati abang..” Aiman senyap.
“saya buat macam ni agar awak senang…”
“tak ada istilah senang kalau saya kene tinggalkan abang sorang- sorang lalui kepayahan.”
“awak tak faham..” sayu Aiman jawab. Suara serak Syahirah berbicara lagi.
“abang… biarlah susah senang kita bersama.” Aiman senyap.
“abang, tolong lah abang. Saya nak jadi isteri yang solehah.” Aiman masih lagi senyap. Air matanya mengalir. Terharu dengan kata-kata isterinya. Di saat semua orang menyalahkannya tapi Syahirah tidak.

“abang…tolong jangan senyap macam ni.. saya bersalah sangat ni..”
“sayang tak perlu rasa bersalah.” Terdiam Syahirah. Ya Allah….
“abang, cuba tengok kertas yang saya tampal dekat meja study saya itu..” Aiman bangun dan menuju ke meja tempat isterinya melakukan kerja- kerja.
“cuba abang baca..”

Rasulullah SAW bersabda: “Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada mukmin yang lemah. Segala sesuatunya lebih baik. Tampakkanlah terhadap hal-hal yang bermanfaat bagimu dan minta tolonglah kepada Allah dan janganlah engkau menjadi tak berdaya.” (Muslim)


Aiman beristigfar. Mata di pejamkan seketika.

“sayang..abang betul-betul tak kuat..” buat pertama kalinya kalimah abang itu terluah juga.
“abang, tolonglah. Saya nak berada di samping abang saat susah dan senang.”
“tapi abang tak kuat nak berhadapan dengan along dan semua orang.”
“abang, along hanya insan biasa. Abang ada kuasa untuk membawa saya kembali.…”

Aiman hanya diam.

“istikharahlah abang, minta petunjuk-NYA…. Assalammualaikum.”

Syahirah dah tak sanggup nak berbicara lagi. Talian di matikan. Aiman menarik nafasnya. YA ALLAH……



*************************



Nasihat Nabi SAW kepada Ali RA :

"Wahai Ali, bagi orang ‘ALIM itu ada 3 tanda-tandanya:

1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yang haram.
3) Merendahkan diri.

Wahai Ali, bagi orang yang JUJUR itu ada 3 tanda-tandanya :

1) Merahsiakan ibadahnya
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yang menimpanya.

Wahai Ali, bagi orang yang TAKWA itu ada 3 tanda-tandanya :

1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.

Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda-tandanya :

1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah SWT


**********************


“Assalammualaikum..” Aiman menoleh.
“waalaikumsalam, eh ustaz.” Mereka bersalaman. Ustaz itu senyum.
“baca artikel apa itu?”
“Nasihat Rasulullah pada Ali.”
“oh, Alhamdulillah. Dari tadi ustaz nampak kamu duduk sini. Tak balik?” Aiman senyum.
“tenang duduk dekat masjid ni.”
“dari Subuh tadi. Dah nak masuk Maghrib ni, isteri kamu tak ikut?” Aiman sentap.
“hm,dia balik kampung.”
“oh..eh, ustaz nak pergi toilet sekejap. Kamu bacalah buku ini dulu.” Aiman menyambut lembut buku nota kecil itu. Tangannya menyelak muka surat pertama.

"Yakin pada Allah bukanlah mengharap terkabulnya segala harapan, Yakin pada Allah adalah meletakkan keredhaan pada ketentuanNya, Rasa bahagia dengan ujian walaupun perit, Air mata yang menitis terasa bernilai buat menyiram api neraka. Indahnya tarbyyah Allah, tersiram rahmat dan hikmah. Diuji kita sebagai tanda sayangNya."


Terkedu Aiman.

Ya Allah… Telah dua hari dia tidak berjumpa dengan isterinya. Tipu kalau dia kata dia tak rindu pada wanita yang banyak mengubah hidupnya itu. Memang perit sangat dia rasa. Urusan syarikat pula berkerja keras dia agar dapat projek untuk membayar semua bil-bil syarikatnya. Abah memang dah tak nak tolongnya. Yelah, dulu banyak kali abah tolong, tapi dia yang mensia-siakan. Tapi itu dulu… sekarang lain…

Assalammualaikum, abang dah makan? – Syahirah.
Aiman membaca message itu dan senyum. Dia tahu Syahirah tidak mahu bercakap voice to voice dengannya. Merajuk tapi still tanya khabar melalui pesanan ringkas (sms). Comel je isterinya itu merajuk.
Waalaikumussalam, Alhamdulillah sudah. – Aiman

Lepas beberapa minit.

Syarikat abang dah okay? – Syahirah.
Doakanlah ada projek yang masuk. – Aiman

Solat Dhuha lah abang. Solat itu membuka rezeki. insyaAllah, kalau kita sabar berdoa dan berusaha Allah akan tolong. – Syahirah.

Aiman senyum membaca message itu. insyaALLAH. – Aiman.

“Assalammualaikum, abi.” Aiman menelefon ayah mertuanya, Haji Amran.
“waalaikumsalam. Aiman, kenapa ni?” nada risau.
“abi,saya… saya..” tak terluah oleh kata-kata.
“Aiman, abi faham. Sekarang kamu buka email kamu. Abi ada hantar satu video. Kamu hayati dan kamu fikir lah baik-baik. Bersabar ya Aiman.”
“terima kasih abi.” Selepas salam berbalas.

Talian di matikan. Syukur, abinya seorang yang memahami. Aiman membuka emailnya. Abinya agak moden kerana seorang dekan di sebuah universiti terkemuka di tanah air. Wajarlah, alongnya tak mahu adiknya Syahirah itu hidup melarat. Matanya tertala pada email versi video itu.

"Kamu hayati dan kamu renung-renungkanlah. Kesian, abi tengok Syahirah. Dia sangat memerlukan kamu."

Air matanya jatuh lagi saat melihat video itu. Sungguh, dia hampir melepaskan tanggungjawabnya sebagai seorang suami. Astaghfiruallahalazim.

Erat Syahirah memeluk suaminya saat Aiman masuk ke dalam rumah abinya tadi. Haji Amran hanya senyum melihat mereka.

“abang please.. jangan tinggalkan saya lagi..” esak Syahirah. Aiman yang terkedu itu mengesat air mata Syahirah.

“shhtt, abang dah datang ni. jangan nangis lagi ya.” mata mereka bertentangan. Syahirah mengangguk dan memandang abi dan uminya.
“jaga dia baik-baik Aiman.” Pesan Hj. Amran.
“terima kasih abi, umi..” sayu sahaja Aiman bercakap. Teringat nasihat abinya itu. Mujur alongnya ada conference dekat Seoul, Korea. Tak perlu dia berdebat dengan alongnya itu. Terima kasih Ya Allah, KAU permudahkan urusan ini.

“kami balik dulu abi, umi.” Aiman bersalaman dengan kedua mertuanya itu di turuti Syahirah. “Assalammualaikum.”
“waalaikumsalam.”
“saya sayang abang.” Luah Syahirah sewaktu mereka dalam kereta perjalanan untuk pulang ke rumah. Aiman yang tengah memandu itu senyum.
“saya pun sayang awak juga.” Syahirah senyum senang.
“Ira…” panggil Aiman.
“ya?” Syahirah memandang suaminya yang tengah memandu itu. Aiman diam sekejap.
“thanks.”
“thanks untuk apa?”
“sebab awak saya dah banyak berubah.” Syahirah ketawa kecil.
“bukan saya lah tapi Allah. Allah yang ketuk pintu hati abang.”
“tapi kalau abang tak jumpa inspirasi hati abang ni, abang tak berubah..” kata Aiman. Syahirah senyum.
“saya hanya pengantara je. Semua itu telah tertulis di Luh Mahfuz.”

Aiman mengangguk dengan mata yang masih lagi focus memandu.

“thanks lagi sekali.” Dahi Syahirah berkerut.
“untuk apa pula?”
“settlekan bil-bil syarikat tu..”
“kita suami isteri kene saling membantu.”
“mana Ira dapat wang banyak macam itu?” Syahirah senyap.

Sebenarnya itu wang yang di kumpul sebelum kahwin lagi untuk dia menunaikan haji dan untuk kos perubatan barah hatinya yang dia rahsiakan daripada abi, umi dan along . Dia bersyukur Allah beri penyakit itu, dia rasa beruntung kerana dia akan sentiasa mengingati mati dan bertaubat atas setiap kesalahannya. Biarlah,hanya dia dan Allah yang tahu derita bahagia ini. Aiman memandang Syahirah sekilas.

“sayang..mana awak dapat wang banyak macam itu?” Syahirah terkelu.
“hm,rezeki Allah.”
“dari mana? Tak akan turun dari langit kot?” soal Aiman lembut.
“abang, jom kita makan dekat restoran tu, lapar pula rasanya.” Syahirah menunjuk ke arah sebuah retoran di sebelah kiri itu. Aiman terus lupa apa yang dia soal tadi. Kereta di belokkan. Sewaktu makan di restoran itu mereka bertukar cerita dan ketawa. Tiba-tiba , Syahirah terbatuk. Aiman terkejut. Syahirah terkejut tangannya berdarah selepas dia menutup mulut tadi. Aiman terus menerpa ke arahnya.

“awak.” Terkelu lidah Aiman sewaktu melihat darah itu. Syahirah senyum.
“biasalah ni, panas tu yang berdarah tekak tu.”
“kita pergi klinik.” Syahirah dah pening.
“tak apa. Ni panas ni. Dah biasa.”
“no… nampak serious ni.” ujar Aiman yang melutut di sisi Syahirah yang duduk di kerusi itu. Syahirah ketawa perlahan yang dibuat-buat.

“abang ni, panas je lah ni. saya nak pergi toilet jap.” Sedaya upaya Syahirah cuba melangkah. Kepalanya tiba-tiba berdenyut. Sakitnya Ya Allah.

Aiman tak tahu nak buat apa. Hanya dengan pandangan dia menghantar isterinya itu. Sebak tiba-tiba hatinya. Ya Allah, semoga semuanya baik-baik sahaja.

“abang, bangun..” Syahirah menggerakkan Aiman di sebelahnya.
“..Encik Aiman, bangun..” kejut Syahirah lagi. Kenapa tak bergerak ni. Kuat Syahirah menggerakkan Aiman lagi.
“abang….abang.. bangun…” Aiman membuka matanya perlahan-lahan.
“hmm, kenapa sayang?”
“abang,jom buat qiamullai berjemaah. Kita tak pernah qiamullai berjemaah.” Aiman duduk menghadap Syahirah.
“dah pukul berapa?”
“hmm, 4.30 pagi.”
“jom.” Ajak Aiman. Kini, dia telah yakin untuk menjadi imam tidak sia-sia dia ke pondok agama hari itu. “..sayang ambil wudhuk dulu..”
“okay.”

Sebelum turun dari katil sempat Syahirah mencium pipi Aiman. Terkejut juga Aiman.

“mimpi ke realiti ni?” seloroh Aiman dan memegang pipinya yang dicium tadi.

Syahirah hanya ketawa halus dan masuk ke bilik air. Selesai berqiamullai dan membaca doa Aiman bersalaman dengan Syahirah.

“abang,saya nak minta maaf kalau saya ada terkasar bahasa dan menyakitkan hati abang.” Seperti biasa Syahirah akan sentiasa memohon kemaafan pada suaminya selepas solat.

“..halalkan semua makan minum.” Aiman menarik Syahirah dalam pelukannya.
“abang pun nak minta maaf tersalah kata dan menyakitkan hati awak. Abang, minta halal juga semuanya ya.” dahi isterinya di cium.

“Allah makbulkan doa saya untuk dapat suami yang soleh.” Kata Syahirah dan senyum. Aiman hanya senyum.
“hm, nak ikut abang Subuh dekat surau tak?” Syahirah geleng.

“boleh ea abang. Saya nak sembahyang dekat rumah je. Letihlah.” Aiman mengangguk.
“oklah. Nanti abang belikan sarapan.”
“okay, saaaaayang abang !” lirih Syahirah dan senyum.
“sayang awak juga.” Aiman memasukkan keretanya ke dalam porch rumah selepas pulang dari surau. Sebelum keluar dia mengambil plastik yang mengandungi dua bungkus nasi lemak. Aiman keluar dari kereta.

PRRRANGGGGG!!!!!!!!

Terkejut Aiman mendengar pinggan pecah. Terus dia berlari masuk ke rumah. Aiman ternampak kelibat dua orang berbaju hitam dan bertopeng. Pantas dia cuba mengejar dua makhluk yang pecah masuk rumahnya itu. Dia berlari ke dapur. Terkejut Aiman sewaktu dia ke dapur. Darah berlimpahan. Isterinya.

“Sayang !!!!” jerit Aiman melihat Syahirah yang menahan sakit akibat di tikam dengan pisau. Aiman cuba mencari dua orang kelibat tadi, tapi malangnya ada orang telah menerkup mulutnya dengan kain yang mengandungi bahan kimia yang membuatkan Aiman tidak bernafas dan pengsan.


**********

Aiman terpisat-pisat bangun. Kepalanya seakan sakit. Sewaktu mata terbuka dia terdengar suara orang yang hendak masuk ke rumah. Matanya beralih ke kiri. Ya Allah.

“sayang..” Aiman memangku Syahirah yang lemah itu. Entah macam mana dia boleh memegang pisau. Aiman mencampakkan pisau itu. “

ha, ini tuan yang membunuhnya!” terkejut Aiman tatkala anggota polis masuk ke dalam rumahnya.
“bukan saya.”
“dah bawak dia. Cuba periksa nadi mangsa.” Tangan Aiman bergari.
“bukan saya!..” Aiman terkejut melihat abahnya juga turut di disitu.
“Abah! Bukan Aiman!!! Abah!!” anggota polis itu membawa Aiman keluar rumah. Abahnya hanya menggeleng dengan air mata berlinangan.
“kalau kamu tak suka dia pun janganlah sampai macam ni…” sayu abahnya berbicara.

“bukan Aiman bah!!” Sewaktu keluar. Memang dah ramai orang di luar rumahnya. Aiman memandang abi,umi dan alongnya.

“abi, bukan saya, umi!!” meronta-ronta Aiman.
“sedangkan orang gila tak mengaku dia gila, inikan kau yang waras nak mengaku kau bunuh adik aku!” herdik abang iparnya yang mata merah mungkin sebab menangis. Aiman cuba meronta.

“bukan saya! Abi!! Umi!! Percaya saya..”
“cepat bawa dia!” arah alongnya.

"Ya Allah dugaan apa yang KAU berikan ini. Ya Allah izinkan hamba dapat berjumpa dengan isteri hamba. Ya Allah…………. Semoga dia selamat. Air mata Aiman jatuh tika pandangan rumahnya makin hilang. Sayang… Bantu hamba Ya Allah………"

Haji Amran melawat menantunya di penjara.

“abi..percayalah saya..” Haji Amran senyum.
“sabar Aiman, kebenaran akan terungkap, bersabarlah..”
“abi, macam mana keadaan Syahirah?” Haji Amran senyap. Air matanya bergenang.

Sebak dadanya. “abi kenapa dengan isteri saya?” Haji Amran hanya senyap dan senyum terpaksa. “bersabarlah Aiman, berdoa banyak-banyak. Doa itu senjata muslim gunakan sebaik- baiknya.” Haji Amran bangun dari kerusi itu.

“abi,jawab saya abi. Syahirah macam mana?” mengalir air mata Aiman tatkala ayah mertuanya tidak menjawab soalan.
“abi,kene pergi dah ni. banyak-banyakkan bersabar. Ingat Allah sentiasa. Assalammualaikum.” Haji Amran terus keluar dari bilik itu. Lemah lutut Aiman mendengar kata-kata abinya itu.

Ya Allah, hamba tak kuat…..

“abang, cuba tengok kertas yang saya tampal dekat meja study saya itu..” Aiman bangun dan menuju ke meja tempat isterinya melakukan kerja- kerja. “cuba abang baca..” Rasulullah SAW bersabda : “Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada Mukmin yang lemah. Segala sesuatunya lebih baik. Tampakkanlah terhadap hal-hal yang bermanfaat bagimu dan minta tolonglah kepada Allah dan janganlah engkau menjadi tak berdaya.” (Muslim)


“Encik,saya nak sejadah dan tafsir Al-Quran..” kata Aiman pada warden yang menjaganya itu.

Alhamdulillah,sepanjang dia di penjara itu. warden-warden di situ berlembut dengannya.

Terima kasih Ya Allah, KAU melindungi aku......

Aiman bersolat sunat. Selepas itu dia membaca Al-Quran. ‘Al-Quran, the love letter from Allah’ – isterimu. Air matanya terus mengalir sewaktu membaca ayat-ayat suci itu. Basah tafsir itu dengan air matanya. Allah…

Belajar DIAM dari banyaknya BICARA Belajar SABAR dari sebuah KEMARAHAN Belajar KESUSAHAN dari hidup SENANG Belajar MENANGIS dari suatu KEBAHAGIAN Belajar KEIKHLASAN dari KEPEDIHAN Belajar TAWAKKAL dari UJIAN Belajar REDHA dari satu KETENTUAN..


“Alhamdulillah.” Berulang-ulang ayat itu keluar dari mulutnya. Haji Amran hanya senyum melihat wajah menantunya itu.
“bebas juga saya abi..” kata Aiman.
“Alhamdulillah, Allah tunjuk kekuasaanNya dengan anggota polis yang menemui kain yang menerkup kamu itu dan dompet perompak yang tercicir itu.” Aiman senyum.

Terima kasih Ya Allah.

"Abi,jom jumpa Syahirah.” Bicara Aiman ceria. Haji Amran tersentak. Dia hanya mengangguk. Aiman duduk di bahagian sebelah memandu. Abahnya telah berangkat ke umrah, sebagai tanda bersyukur Aiman tak bersalah. Aiman hanya senyum sepanjang jalan. Tak sabar hendak bertemu isterinya. Rindu. Hampir sebulan dia tak bertemu. Haji Amran berhenti di hospital.

Aiman terkejut.

“abi, kenapa di sini?”
“turun dulu Aiman. Jom.” Ajak Haji Amran. Aiman hanya menuruti. Sewaktu tiba di depan wad Aiman terkejut melihat ramai orang. Dia merenung dari luar sebuah bilik itu. Dia nampak abang iparnya dah duduk menangis. Dia nampak uminya tengah menangis. Dia nampak doktor. Perlahan Aiman melangkah ke arah bilik itu.

“maaf, dia tak dapat di selamatkan.” Lemah lutut Aiman dengar. Bukan. Salah ni. Aiman menghampiri katil.
“barah hatinya dah kriktikal, effect. Dia tak dapat nak survive. Bersabarlah.”

Ya Allah… Air matanya cuba di tahan. Sakit!

Dia lihat Syahirah baring tenang di atas katil itu. Aiman mengangkat sedikit kepala isterinya itu dan dikucup dahi isterinya lembut. Selepas itu, kakinya sangat lemah. Ya Allah beratnya ujian ni..

“TAK!!!!!” jerit Aiman dan terduduk. Dia menangis. Haji Amran menenangkan menantunya itu.
“sabar Aiman…bawa mengucap.”
“bukan Ira abi..bukan dia…” tangis Aiman. Haji Amran mengusap bahu Aiman.
“dah di tentukan ajalnya..” sebak Haji Amran.

“tak…tak…bukan dia..” sayu Aiman mengungkap. Sekali lagi dia memandang wajah jenazah isterinya itu. Sakit. Ya Allah sakitnya rasa ini. Sakit sangat! Kenapa Ya Allah. Syahirah………. Air mata lelakinya deras mengalir.

*********************


Aiman menutup buku agama yang di bacanya itu. Buku itu di letak di sisi katil. Pelipisnya di gosok. Ya Allah. Sedar tak sedar hampir masuk setahun setengah Syahirah pergi menemui Ilahi. Sungguh, hampir 5 bulan dia cuba kembali ke realiti. Abah dan abinya puas meredhakan hatinya. Puas mereka menghantarnya berubat. Waktu itu, hanya Tuhan sahaja yang tahu bertapa sedihnya dia kehilangan orang yang disayangi dalam sekelip mata.

Benarlah, ajal maut ketentuan Tuhan. Akhirnya, dia akur. Setiap hari tak pernah dia lupa untuk membacakan Yassin untuk isterinya. Isterinya yang solehah. Inspirasi Hatinya. Aiman turun dari katil dan keluar dari biliknya. Kini, dia kembali tinggal bersama abah dan mamanya di villa mereka.

“Aiman, nak pergi mana?” Dia senyum.
“ma..” Aiman menghampiri mamanya dan dicium tangan wanita itu.
“nak keluar.”
“pergi mana malam-malam ni?” soal abahnya pula. Aiman bersalaman dengan abahnya pula.
“hm, pergi masjid. Aiman pergi dulu. Assalammualaikum.”
“waalaikumsalam.”

Aiman meletakkan kereta sportnya di hadapan masjid itu. Senyumnya terukir. Dia keluar dari kereta. Kaki melangkah masuk di pintu utama masjid. Setelah berwudhuk. Aiman melakukan solat sunnat masuk masjid. Setelah itu dia melakukan solat sunnat taubat dan solat sunnat yang lain. Selesai melakukan solat dia membaca Al-Quran pula.

“Assalammualaikum.” Sapa seorang lelaki separuh umur. Aiman memberhentikan bacaannya. “waalaikumsalam.”
“anak musafir ke? Dah lewat malam ni.” Aiman senyum. Dia tahu dah hampir 12 tengah malam.
“saya ingat nak tidur sinilah pak cik.”
“oh, kalau begitu pak cik balik dulu lah ya.” Aiman mengangguk. Setelah hampir satu juzuk Aiman baca, matanya sudah mahu terlelap. Aiman menyimpan semula Al-Quran itu ke rak. Sejadah di ambil untuk di jadikan bantal. Aiman membaringkan badannya.

“Abang jangan lupa sebelum tidur baca surah Al-Mulk” pesan Syahirah. “baik sayang.” Terdiam Syahirah. Aiman senyum je. “lagi?” “er..abang jangan lupa baca doa tidur sebelum tidur..” Aiman menadah tangannya untuk membaca doa tidur.


Ya Allah, rindunya hamba pada dia. Air mata Aiman mengalir. Dia baring mengiring ke kanan. Mata cuba di lelapkan. Tiba-tiba, mata Aiman terpandang seseorang. Sayang. Aiman bangun. Dia menghampiri Syahirah yang senyum memandangnya dengan siap bertelekung.

“sayang..” Aiman menggenggam tangan Syahirah.
“jangan tinggal abang lagi.” Tangan itu di kucup. Syahirah hanya senyum dan menarik tangan Aiman agar mengikutinya.

Lemah lutut Dato Rahimi dan isterinya sewaktu mendapat berita itu. Cepat mereka bergegas ke masjid yang di katakan pemanggil itu.

“tu lah Dato. Malam tadi saya jumpa dia sebelum arwah meninggal. Dia kata nak tidur masjid. Saya ya kan je lah. Tak tahu pula saya yang ajalnya dah makin tiba.” Sebak Dato Rahimi mendengar.

“terkejut saya pagi tadi melihat dia tidur. Saya kejutkan dia untuk bangun Subuh tapi tak bergerak-gerak, tu saya suruh orang check nadi dia. Dia menemui Ilahi.” Mengalir air mata isteri Dato Rahimi. Ya Allah, semoga roh anak kandung dan menantunya di bawah rahmat-MU. Al-Fatihah.

19 November 2011

Salahkah jika kita BAIK ????

Tajuk dia macam soalan UPSR.. Sebut pasal UPSR, 2 org anak sedaraku dpt 4A 1B dan sorang lg 3A 2B... Aku rasa zaman sekarang ni senang nak dapat 5A sebab mana-mana aku dgr, msti anak2 diorg dpt 5A...

Ptg ni sambil tgk bola MALAYSIA VS MYANMAR utk separuh akhir Sukan SEA aku mengupdate blog ni. Balik kat topik kita tadi, SALAHKAH JIKA KITA BAIK? Jawapannya subjektif, terpulang pada individu. Pada aku baik kena berpada-pada, bak kata pepatah, BUAT BAIK BERPADA-PADA, BUAT JAHAT JGN SEKALI. Aku terlintas tulis pasal topik ni sebab housemate baruku. Dia lg senior dari aku, umur dia 38 tahun tp stil single. Dia ada kisah tersendiri, dia seorang yang sangat baik dan lurus padaku sebab tu la lelaki ambil kesempatan kt dia.

Kakak ni dulu dh bercouple lebih 10 thn, family dh kenal each other, kira mmg nampak la diorg ni bakal kawen..Tp tu la, jodoh sukar nak dimengerti sebab jodoh ni Allah yang tentukan, biar lama mana pn kita kwn or couple dgn dia, tp kalo dh mmg bkn jodoh x kemana juga. Tapi kalau dh mmg jodoh, walaupun baru sebulan kenal, tup2 dgr dh nak kawen..ameen...

Kakak ni selama 10 thn tunggu mamat ni, setia jangan cakap la, ada orang lain nak ngorat dia pun, dia ignore sebab mamat ni. Setelah lebih 10 tahun, mamat ni pun cakap, ada something nk bg taw, tanpa berkata MAAF mamat ni dgn selambanya bagi satu kad kawen kt kakak ni and then ckp dia dah nak kawen, jemput la dtg.. hahaha...

So, moral of the story, jgn terlalu baik sbb org akan ambil kesempatan ke atas diri kita. Dah nak sambung blk tgk football...Gud Luck HARIMAU MALAYA...

13 November 2011

Cukuplah Aku Mencintai Dalam Diam

Terjumpa artikel ni dr blog diarihati.com. Aku tertarikh dengan artikel ni dan nak share dgn sahabat2 yang baca blog ni.

Kalau kita sukakan seseorang,
jangan beritahu si dia.
Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya
Tapi luahkan pada Allah,
beritahulah Allah.
Allah Maha mengetahui siapa jodoh kita ..

Cintai Dia Dalam Diam,
Dari Kejauhan Dengan Kesederhanaan & Keikhlasan

Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH!

Tetapi jika kelemahan masih nyata dipelupuk mata maka bersabarlah, berdoalah & berpuasalah.

Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang,
Allah SWT mempunyai Cinta dan Kasih yang lebih besar dari segalanya & Dia telah menciptakan sseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu kelak.

Ketika kau merasa bahawa kau mencintai seseorang, namun kau tahu cintamu tak terbalas
Allah SWT tahu apa yang ada di depanmu & Dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu.

Cukup cintai dalam diam
bukan kerana membenci hadirnya
tetapi menjaga kesuciannya
bukan kerana menghindari dunia
tetapi meraih syurga-NYA
bukan kerana lemah untuk menghadapinya
tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus dan menyelusup

Cukup cintai dari kejauhan
kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkan dari ujian
kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan
kerana mungkin membawa kelalaian hati-hati yang terjaga

Cukup cintai dengan kesederhanaan
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan
menumbuhkan harapan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan

Cintailah dengan keikhlasan
Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati
tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..??

Jangan memberi harapan pada yang belum pasti, kelak ada insan yang bakal dilukai,
Jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki, nanti hati yang kecewa sendiri.

Sebaliknya, gantunglah segenap pengharapanmu kepada Yang Maha Memberi, nescaya dirimu tak sesekali dizalimi, kerana Dia mendengar pengharapanmu setiap kali & Dia menunaikannya dgn cara-Nya yang tersendiri.

Cukup cintai dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan & keikhlasan. Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan.

Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan serahkan rasa itu pada Yang Memberi dan Memilikinya biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya.

If you really love her, you won’t touch her.
Not even the slightest bit.
You’ll protect her dignity and sacredness as a muslimah.
Just hold her in your heart for a few more years ..
then you can do it the halal way


Sebelum tiba waktunya untuk kamu halal bersama si dia, tahanlah hatimu. Tahanlah perasaanmu. Jika perasaan itu tidak tertahan lagi, coretkan segala isi hatimu tentang cinta & rindu, tentang doa & harapanmu padanya dalam tulisan. Dan simpanlah warkah yang tidak beralamat itu sebaik mungkin.

Apabila tiba saatnya kamu disatukan, maka serahkanlah segala isi hatimu itu padanya. Dia pasti bahagia menerimanya, tetapi jika waktu itu belum tiba. Biarlah ia menjadi RAHSIA antara dirimu dan Sang Pencipta sahaja kerana kelak jika dia bukan milikmu, bakarlah coretan itu bersama hilangnya wajah si dia dari hatimu…

8 November 2011

Tips (Mengenal Diri Sendiri Melalui Tarikh Lahir Daripada Dr.Fadzilah Kamsah)

1. Pemimpin
2. Lembut
3. Kemas (Cerewet)
4. Rajin
5. Boleh berbincang
6. Angin
7. Patuh
8. Bisnes
9. Glamour

Contoh: 20 05 1981

2 + 0 = 2

Maka kotak pertama adalah 2..Kemudian campurkan kesemua nombor..

2 + 0 + 0 + 5 + 1 + 9 + 8 + 1 = 26

Kemudian hasil campur yang lebih dari 9 akan dicampur lagi seperti:

2 + 6 = 8

Maka kotak kedua adalah 8..Selepas itu kotak pertama akan dicampur ngan kotak kedua

2 + 8 = 10

Oleh kerana hasil campur lebih dari 9 maka dicampur lagi

1 + 0 = 1

Maka kotak ketiga ialah 1..hasilnya..

2: Lembut
8: Bisnes
1: Pemimpin

Maka anda sudah cerminkan diri anda, mungkin sifat-sifat ini ada dalam diri anda dan mana tahu mungkin suatu hari nanti dengan sifat ini anda akan menjadi seorang yang berguna. Tp jangan la totally percaya, sy pn dh cuba..result dia, 8 : Bisnes, 8 : Bisnes dan 4 : Rajin.

So, mmg nak bukak bisnes la camni....

30 Oktober 2011

Mengenal Baju Kurung - Part 2

Jom kite sambung semula part 2 mengenal baju kurung. Part 2 ni, dia ajar mengenai cara mengukur kain untuk dijadikan baju kurung. Rujuk gambar yang disertakan. Tapi ikut la saiz baju kurung yang korang pakai ye.

Ukur setiap bahagian yang ditunjukkan dan lebih kan sebanyak 3/4" untuk tujuan jahitan. So korang ukur la ikut saiz baju yang hendak dibuat. Ukur guna pita pengukur..

Ok la saya mahu tidur dulu.. Nanti bila kelapangan, saya sambung balik utk cara pemotongan pula. Kalau sesiapa yang tak sabar nak tunggu tu, sila la klik di link sumber di bawah ini.

Sumber dari http://naninana.tripod.com/

Mengenal Baju Kurung - Part 1


Bila mata aku xboleh nak dipejamkn...Aku pun conteng la blog ni.....Tapi kandungan Cara buat Baju Kurung ni aku ambil dari blog lain.. Aku pun baru belajar buat baju kurung, tu pun guna kain cotton jer..kain lain aku x tau. Sebelum tu, mari kita berkenalan dengan bahagian2 baju kurung. Rujuk la gambar yang saya lampirkn ni (diambil dari blog lain)

A. Badan - Kain dilipat 2, potong, jadi satu keping depan dan belakang
B. Tangan - 2 keping, kiri dan kanan
C. Kekek - 2 keping, kiri dan kanan
D. Pesak - kiri 2 keping, kanan 2 keping = 4 keping lah
E. Leher - satu je

Part 1 kita belajar ni jer...nanti kalau banyak2, xblh nak tangkap pulak.



29 Oktober 2011

Muka Blog Ku Yang Baru

Pagi ni, aku rasa malas nak tgk coding2 yang memeningkan kepala..so aku mengemas rumah, mengemop lantai, basuh baju dan makan....

Lupa pulak, lagi satu aktiviti yang aku buat lepas siap buat kerja2 rumah, aku renovate blog aku yang hitam tu...bukan bermaksud aku xsuke hitam (hitam tetap di hati) tapi saje nak tukar angin, nak jd purple gurlz...rasa2 bkn gurlz kot, women....hehe....

Kita kena berubah dan lupakan segala perkara yang lepas utk lebih berjaya di masa akan datang...Tapi ye la, nak buat perubahan tu sangat susah, tp ingt perubahan ke arah kebaikan, bukan ke arah keburukan....


13 Oktober 2011

Berbicara Pasal Cinta......

Di pagi yang redup ni, sementara menunggu hendak pergi kerja, tiba-tiba datang pulak mood jiwang.... Apa yang korang semua faham tentang cinta... Mungkin prinsip aku tentang cinta berlainan dengan makhluk di muka bumi ni...

Pada aku, cinta itu satu anugerah dari Allah yang memang ajaib. Kerana cinta manusia boleh berubah dari seorang yang kurang baik kepada seorang yang baik atau sebaliknya. Tapi cinta yang betul-betul suci adalah cinta kepada Allah, dan ibubapa.

Semua orang pernah bercinta, mungkin aku pun salah seorg jugak yang pernah mengalaminya, tapi tidak kesampaian. Dalam bercinta, matlamat aku hanya satu iaitu hidup bersamanya dengan ikatan yang sah iaitu menjadi suami isteri. Kadang-kadang kita terpaksa melepaskan cinta kita kerana perbezaan taraf, agama, harta dan pendidikan. Mungkin dengan melepaskannya kita akan memperolehi kebahagian yang lebih hebat dari kebahagiaan semasa bersamanya.

Janganlah cuba untuk mengubah pasangan mengikut kehandak kita kerana lama kelamaan ia akan memberi kesan yang buruk dan akan menyebabkan hilang kebahagian. Terimalah pasangan itu seadanya dan belajarlah cara untuk memahami pasangan..

Pengalaman ini sebenarnya adalah perkara yang pernah aku alami. Melepaskan seseorang yang kita sayang kerana perbezaan prinsip dalam bercinta dan ada sikit sebab aku dn dia sama-sama ego...

20 September 2011

Lagi Resepi Jawa - Ikan Talapia Masak Kencur

Ni memang faveret aku la. Dulu aku tak suke sangat ikan talapia ni. Tapi bila dimasak kencur, mak mertua lalu pun tak nampak. hehehe... Ini resepi dan cara membuatnya.

Bahan-Bahan :
1. Ikan Talapia
2. Cili Padi
3. Daun Kencur (orang melayu panggil daun cekur)
4. Biji Kencur
5. Garam
6. Santan Kelapa
7. Bawang merah
8. Bawang Putih

Cara Membuatnya :
1. Ikan talapia yang telah disiang, digoreng separuh masak (jangan terlalu garing sangat)
2. Tumbuk cili padi, bawang merah, bawang putih dan biji kencur hingga lumat.
3. Masukkan sedikit santan kelapa dan masak bahan yang ditumbuk tadi.
4. Setelah bahan yang ditumbuk itu sudah masak, masukkan ikan talapia yang digoreng tadi.
5. Masukkan sedikit lagi santan yang pekat
6. Masukkan daun kencur.
7. Setelah mendidih, tutup api.
8. Siap untuk dihidang.

Lagi Resepi Jawa - Sambal Goreng

Bahan-Bahan :
1. Tempe
2. Ubi Kentang
3. Fucuk
4. Soon (mcm bihun)
5. Bawang merah
6. Bawang putih
7. Asam Jawa
8. Garam
9. Gula
10. Kicap
11. Cili Besar

Cara Membuatnya :
1. Tempe dan ubi kentang dipotong kecil-kecil.
2. Rendam soon dalam air hingga lembut.
3. Goreng tempe dan ubi kentang yang telah dipotong hingga garing.
4. Goreng fucuk dan rendam dalam air.
5. Setelah fucuk sejuk, gunting kecil-kecil.
6. Gunting juga soon menjadi pendek.
7. Mayang bawang merah dan bawang putih.
8. Hiris cili besar.
9. Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih dan cili besar yang telah dihiris.
10. Setelah masak, masukkan kicap, air perahan asam jawa, garam dan gula secukup rasa dan tambah sedikit air.
11. Selepas itu, masukkan tempe, ubi kentang, fucuk dan soon yang telah digoreng tadi.
12. Gaul hingga sebati.
13. Siap untuk dihidang.

Lagi Resepi Jawa - Punten

Aku pun tak tau la kenapa, aku asyik tulis pasal resepi jawa je. Tapi aku rasa, resepi ni, chef wan pun tak tau.. Resepi turun-temurun embah aku. Nama dia pun agak kelakar, tapi memang itu la namanya iaitu PUNTEN.

Ni cara-cara membuatnye :

Bahan-Bahan :
1. 4 pot beras
2. 1 biji kelapa
3. Garam
4. Minyak Masak
5. Serbuk Perasa (Ajinomoto)

Cara-cara Membuatnya :
1. Masak nasik seperti biasa tapi kali ni, gantikan air dengan santan (macam buat nasi lemak)
2. Masukkan sedikit garam dan serbuk perasa
3. Lepas nasi tu agak-agak hampir masak, masukkan satu sudu besar minyak masak (ikut berapa banyak nasi yang kita masak)
4. Lepas nasi tu masak, tumbuk nasi tu hingga hancur
5. Nasi yg telah hancur dimasukkan ke dulang, ditekan dan diratakan. (Nanti dia jadi ala-ala macam nasi himpit yang telah dipotong.
6. Biarkan dia sebentar agar sejuk
7. Lepas sejuk, potong dia macam biasa

Lagi Resipi Jawa - Sambal Tahun

Hari ahad minggu lepas, aku mengidam nak buat sambal tahun (nama ni glamer dikalangan org jawa) Aku pun xsangka, aku boleh buat. Ni semua gara-gara, aku ternampak kulit lembu kat rumah embah..

Tadi buka puasa, housemate aku, cuba makan sambal tahun yang aku masak tu, pastu dia cakap sedap dan nak belajar cara membuatnya...Dah la housemate aku tu orang Kelantan. Lepas ni, glamer la sambal tahun ni kat kelanta....

Cara-cara membuat Sambal Tahun :

Bahan-Bahan :
1. 1 cawan cabai burung (ikut suke anda, kalo nak pedas, tambah la byk2)
2. Lengkuas (ikut suke jugak)
3. 3 biji Bawang Merah
4. 3 biji Bawang Putih
5. Garam secukup rasa
6. Gula
7. Santan Kelapa yang pekat
8. Kerang (ni pun ikut suke sama ada nak letak perut lembu ke, kulit lembu ke, udang ke, ikut selera anda la)

Cara Membuatnya :
1. Cabai Burung direbus sehingga masak, kira-kira dalam 30 minit dan dibuang air rebusan.
2. Lengkuas dimayang dan direbus sehingga masak, kira-kira 1 jam dan dibuang air rebusan.
3. Mayang bawang merah dan bawang putih.
4. Masak bawang merah dan bawang putih yg telah dimayang dengan sedikit santan sehingga naik bau.
5. Lepas tu, masukkan cabai burung dan lengkuas yang siap direbus.
6. Tambahkan lagi santan dan masukkan kerang atau ikut selera anda.
7. Setelah mendidih, tutup api dan hidang.

19 September 2011

Andai mahu menerima cinta Adam…

Untuk Hawa pula..

Andai mahu menerima cinta Adam…

1. Jangan dilihat pada kereta mewahnya semata-mata. Lihatlah pada aktiviti malamnya. Andai liar hidupnya tika malam menjelma, fikirlah sebaiknya andai mahu menerima. Kerana maksiat itu lebih mudah tatkala kelam malam sudah tiba. Khuatir juga subuhnya terus leka dibuai mimpi nan indah…

2. Jangan dilihat pada pakaian berjenama semata-mata. Lihatlah pada bahagian kakinya. Andai mudah lututnya ditayangkan tatkala lincah dipadang bola, fikirlah sebaiknya andai masih mahu menerima kerana aurat suami itu hanya selayaknya dilihat oleh si isteri…

3. Jangan dilihat pada tampan paras semata-mata. Lihatlah pada mulutnya tatkala berbicara. Andai dia mudah menghambur carutan dan sumpah seranah. Fikirlah sebaiknya andai masih tegar memilihnya. Khuatir pabila bersama kelak. Kesalahan kecil anda akan menerima hamburan cacian yang menyeksakan.

Lelaki dan wanita hari ini tidak lagi seperti mereka yang dahulu. Sebelum ini, wanita berhijab itu sesungguhnya memang mulia zahir batinnya. Tetapi hari ini, mereka yang bertudung barangkali hanya untuk menyembunyikan kelemahan diri. Begitulah juga sang lelaki. Kadang-kala berkopiah. Dari mata nampak sungguh alim tetapi dalam hatinya..??

Andai mahu mencari Hawa..

Wahai kaum Adam..

Andai mahu mencari Hawa..

1. Jangan dilihat pada purdah mahupun tudung semata-mata. Kerana hawa hari ini tidak lagi seperti dulu. Lihatlah pada telapak tangannya. Andai mudah telapak lembut itu hinggap pada kulit lelaki lain tanpa lapik. Fikirlah semasaknya untuk menyuntingnya. Sesungguhnya memegang bulu anjing itu lebih baik dari menyentuh kulit lelaki atau wanita yang boleh kita kahwini.

2. Jangan dilihat pada baju labuh mahupun jubahnya semata-mata. Lihatlah pada sebujur bibirnya. Andai kata-katanya berbisa atau kuat suaranya. Fikirlah semasaknya andai hati masih teringin menyuntingnya. Khuatir kelak dia membawa fitnah buat si suami. Menabur buruk diri si suami.

3. Jangan dilihat pada cantik ayu wajahnya semata-mata. Lihatlah pada sepasang indah mata miliknya. Andai tidak redup menunduk pandangan. Fikirlah semasaknya andai ingin terus menyunting dirinya. Khuatir bila sudah bersuami matanya masih terus meliar memandang segak rupa lelaki lain yang bukan bernama suami.

Bila saya sudah tua

Minggu lepas cuti 3 hari, so apa lagi balik kampung la sebab adik nak balik kg, ambil barang.. Tol kat LATAR dah beroperasi, tapi ok la x mahal, cume 2 ringgit saje..

Balik kampung hari tue, mak takde kat rumah sebab mak p rumah embah kat sungai tiang. Temankan embah duk sorang-sorang.

Itula kan nasib kite bila dah tua, kalau yang anak ramai kira ok la, tua nanti ada yang jage.. tapi yang xde anak, yang xkawin, sebatang kara jer... hopefully aku xla macam tu.. hopefully dapat la anak-anak yang soleh dan solehah yang dapat jage aku masa aku dah tua nanti. takde la hantar p rumah orang2 tua...

Kita tak tau nasib kita bila tua nanti, tak tau siapa jodoh kita, anak-anak kita.. rezeki kita. Bila tengok orang tua, aku terfikir diriku bila tua nanti...Kepada anak-anak tu, jangan la derhaka pada orang tua, jangan sesekali berkahwin dengan orang yang ibu bapa tidak restu, diorg lagi banyak makan garam dan tak mahu anak mereka merana...

6 September 2011

Kek Coklat Kukus

Hari ni baru masuk kerja, semalam aku MC sebab demam...huhu...mcm kelakar pulak...Hari semalam dlm sejarah...aku MC....Ni pun tgh ketiadaan mood kerja...Baik aku kongsi resipi kek coklat. Resipi ni paling sempoi, cool dn senang jer sebab anak sedara aku pun taw buat...Ni la resipi yang selalu aku buat bile balik kampung....

Bahan-bahan :

3 biji telur ayam
2 cawan gula
1 cawan minyak masak
1 cawan serbuk koko/koko cair
1 cawan susu pekat
1 cawan air panas
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat

Cara-caranya :

1. Pukul telur dan gula hingga kembang
2. Masukkan susu pekat dan serbuk koko
3. Pukul hingga sebati
4. Masukkan tepung dan soda bikarbonat sedikit demi sedikit
5. Masukkan air panas dan minyak
6. Pukul lagi sampai diorg sebati
7. Ambil pengukus, dan kukus selama 45 minit

Lepas nie, aku nak tulis pulak cara-cara buat baju kurung. Aku baru belajar raya aritu...hehe...Sharing is Caring

25 Ogos 2011

Selamat Tinggal P1 WIMAX....

Hari ni, aku hendak menamatkan perkhidmatan WIMAX, bukan sebab service dia x ok, tp aku rasa mahal sgt kot. Sebab before ni, aku share ramai2, tp skrg aku sorg jer guna sebab aku telah bermigrasi ke tempat lain...kt ampang. Housemate pn masing-masing dah ada broadband...

Tp sepanjang aku guna WIMAX ni, dia punyer service sangat baik. Laju pun laju, tapi bile diorg tgh wat maintainence jer connecting x ok..Tp customer service dia pn ok.

Ni nak p ke Ampang Park nak isi surat termination dan pulangkan modem dia kat sne.. Lepas tu aku nk p amik CELCOM broadband...blh la nk surf kt kampung. Kalau WIMAX ni, service dia tak sampai kat kampung ku...

So kepada kengkawan yang nak terminate WIMAX ni, bagi area Ampang, sila pulangkan modem anda dan isi borang termination dia alamat berikut yer:

MIRCO MEGA COMPUTER CENTRE SDN BHD
Lot 3.59, 2nd floor, Ampang Park Shopping Centre
Jalan Ampang
50450 Kuala Lumpur,WP Kuala Lumpur

Business Hour:
Monday - Friday: 10.00am to 1.00pm & 2.00pm to 6.00pm
Saturday: 10.00am to 1.00pm & 2.00pm to 6.00pm
Sunday & Public Holidays: Closed

Terima Kasih WIMAX....Jasamu selama 2 tahun akan ku kenang sampai bile2...

22 Ogos 2011

Bila umur sudah boleh mengundi

Tgh-tgh surf, terjumpa satu blog ni, aku nak share same-same apa yang aku jumpa ni dari blog http://solaharith.blogspot.com/

Kenapa apabila umur dah lepas usia mengundi saja, semua orang nak tanya dah berpunya ke belum? dah ada kawan ke? dah ada tanda ke? bila nak bertunang? bila nak merasa makan nasi minyak? Macam mesingan. Malah, frekuensi spesis pertanyaan macam ni, semakin tinggi setelah tahu kita ni pelajar tahun akhir. Apatah lagi, masa-masa bertandang ke kenduri saudara-mara. Tahan sajalah.

Tak tahulah kenapa diajukan soalan spesis-spesis begitu.Kalau orang-orang tua tu, mungkin dah percaya kita mampu untuk ke peringkat perkahwinan. Bagi kawan-kawan, mungkin tengah seronok gula-gulakan orang kot. Jawapannya: senyum saja, any statement karang memerangkap diri. Huhu.

Pengalaman kalau dah sampai orang merisik (via orang tengah) tu, memang jatuh rahang tak tahu nak susun kata, lidah kelu untuk berbicara, serba salah tahap giga. Nak kata ya, diri ni belum bersedia. Masih taraf P (pelajar). Nak menolak, tak sampai hati pula. Akhirnya,berterus terang merupakan jalan terbaik. Biarlah ibarat menarik benang dari tepung, benang tidak putus, tepung tidak berserakan.

Bukannya tak pernah terlintas perasaan nak cari the so-called teman hidup. Memang aci tipu tahap tak ingatla kalau nak kata tak pernah terfikir langsung. Nak kata jenis memilih sangat entahlah. Rasanya macam taklah sangat. Bukannya ada senarai berkajang yang bertulis ciri-ciri isteri yang nak pun.

Tapi apabila meneliti diri, meneliti bahawa perkahwinan itu bukan hanya atas cinta, namun tanggungjawab juga hadir sama, persoalan-persoalan tentang perkahwinan hadir dalam benak fikir. Sanggupkah aku memikul tanggungjawab besar sebagai seorang suami/isteri dan bapa/ibu sekarang? Kalau belum bersedia, biarlah dulu urusan perkahwinan ini. Buatlah persediaan dahulu, sebelum ke tahap perkahwinan.

Untuk menempuh gerbang perkahwinan, bukan hanya cinta dan duit yang menjadi tumpuan utama. Ilmu juga sama pentingnya. Lengkapkanlah diri dengan ilmu sedikit-sebanyak tentang ilmu-ilmu rumahtangga, sebelum memberikan lampu hijau untuk diri mencari teman hidup. Saya amat memuji usaha seorang kawan saya yang membuat persediaan yang lama sebelum berkahwin. 3 tahun saya rasa. Beliau banyak membaca buku-buku tentang perkahwinan dan juga berbincang dengan keluarga. Alhamdulillah, sekarang, mereka bakal menimang cahaya mata yang pertama tidak lama lagi. Tidak sabar untuk melihat seorang lagi bayi yang akan mewarnai batch kami.

Nah, terserah. Perkahwinan yang hanya menimbang faktor cinta tanpa menghiraukan aspek keluarga, tanggungjawab, peranan hanyalah mengundang padah. Semoga kita tidak terbawa-bawa dengan keadaan persekitaran yang ghairah mencari pasangan hidup tanpa berfikir panjang. Tersentuh saya apabila menonton drama Pesantren Cinta (cerita yang sarat dengan unsur tazkirah dalam dialognya), mak Katie berkata: Udahlah Pa, jangan sesekali mendahului hak Allah dalam menentukan jodoh anak kita. Jodoh itu hak Allah. Namun, perlu diingat, tanpa usaha dan hanya menyerahkan kepada takdir, jodoh takkan datang bergolek. Ikutlah lunas-lunas yang digariskan agama Islam yang syumul ini.

18 Ogos 2011

Mari berfikir tentang business......

Dah 18 hari kite berpuasa, tapi insyaAllah hari ke-20 aku baru nak terawih kt surau dekat rumah sebab sebelum ni terawih kat rumah jer... Ni tgh waktu break ni, so menggatalkan tangan tulis kt blog.

2 minggu berturut-turut aku berbuka puasa kat kg, ntah kenapa tetiba dtg mood rajin balik kg ni, maybe sbb jalan nak blk kg dah cantik dn xperlu lagi lalu jalan yang sangat mencabar lagi kt Ijok tu....:)

Mgu lepas balik kg, aku belajar buat baju, tapi baju kurung je la...tu pun siap kena sindir dgn adik bongsu, ayah dn emak. Diorang cakap, tula, dulu suruh masuk kelas menjahit, xnak p....hehe..aku just senyum je la...mcm kerang busuk. Mmg padan muke pun, dulu suruh belajar menjahit, aku cakap xbest la, itu la, ini la, last2 skrg aku pulak terhegeh-hegeh nak belajar... Semua ini ku buat sebab tempah baju kt kl sgt la mahal, RM50 gitu... dr situ la, kepala hotak aku berpusing dgn ligatnya nak buat busines menjahit baju... Ye la, aku xnk makan gaji seumur idup, aku plan nnt nak berhenti kerja dn buat busines sendiri like menahit baju dn buka tadika... itulah impianku dr dl, nak buka tadika...doakn saya ye.....

Mgu dpn blk kg, nak siapkan buat baju raya...yeyeye.....baju buatan sendiri, dengan bangganya aku pakai...mgu depan jugak nak buat biskut raya, biskut semperit dn buat kek coklat faveret anak-anak buahku....

27 Julai 2011

Selamat Menyambut Ramadhan

Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan 'Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:


* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.


Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.


Oleh itu saya terlebih dahulu MEMOHON AMPUN DAN MAAF jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja maupun yang di sengaja, semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, Insyaallah.


Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak


*Semoga Ramadhan membawa keberkatan kepada semua dan mengukuhkan ukhwah yang terbina*


*Sekali lagi saya menyusun sepuluh jari memohon maaf atas keterlanjuran kata dan perbuatan, yang menyinggung perasaan saudara saudari dan atas segala kesilapan yang telah berlaku disepanjang perkenalan kita selama ini.*


20 Julai 2011

Hidup lebih bahagia jika kita dihargai

Pernah tak korang rasa macam nak bunuh diri, nak lari dari dunia ini, ha....kalo pernah maknanya diri korang ni kurang dihargai kan... aku pun kadang-kadang rasaa macam tu, tapi alhamdulillah berkat didikan mak bapak aku, berkat dari kawan-kawan yang baik disekelilingku, aku masih mampu utk berfikiran waras.......


Apa salahnya kalo kita cuba belajar untuk menghargai org lain... Bukan kena bayar pun kalo nak menghargai org lain, juz say thank you dn puji..... tapi jgn pulak tak ikhlas ye....


Aku suka kalo org lain menghargai apa yang aku buat... tak kisah la benda tu kecil atau besar, yang penting kita rasa dihargai dn rasa diri ini berguna hidup di dunia....


Aku betul2 menghargai sikap ambil berat adik-adik dn abang2ku... aku sangat bertuah kerana mempunyai mereka.. biar pun mereka semua lelaki, tapi terharu apabila mereka sgt mengambil berat mengenaiku.... Td aku dpt msg dr adikku yang tinggal di S.Alam, dia tny kbrku sbb dh lama aku xmsg dia, dgn satu msg pertanyaan kbr, aku sentiasa rasa diri ini dihargai...


Belajarlah menghargai dan menyayangi org lain, jika kita hendak dihargai dan disayangi =)

jQuery

Nama macam sedap... tapi apakah itu jQuery...haha....aku pun baru nak study.... apa yang aku dh study, jQuery ni ada widget seperti accordian, datepicker, dll.

Tapi ia menarik la bagi aku, sumthing new yang aku kena belajar, boleh menambah kan ilmu aku yang serba kekurang ini.... boleh jugak aku belajar, mana taw nnt nak bukak sykt sendiri kena guna jQuery kn....wish me....

Pukul 10 mlm td br blk dr opis, ada diskusi pasal layout syt...alhamdulillah ok...tp kena betulkan la sikit2..biasa la nobody perfect...but aku open-minded, everything yang org cakap aku terima, as long as tak menghina org lain...setiap org ada idea tersendiri....mlm esok pn kena stay kt opis....nak kena present dpn boss2 pulak...ntah apa2 jer....from now, aku nak jd seorg yg berani dn yakin dgn diri sendiri... belajar menempuh kehidupan yang sebenar...don't be keanak-anak dn jgn ambil kesempatan ke atas diri org lain....


19 Julai 2011

I'm Back.......

Rasa-rasanya hampir 2 bulan aku tak menjenguk blog ni....Bz la katakan....Saje nak jugak masukkan entri baru....Tinggal 12 hari lagi saje lagi aku hendak menamatkan umur 20-an ku...Setahun lepas tu aku bukan lagi 20-an. Sudah hampir tua aku ni rupanya.... Lagi 12 hari jugak la...semua umat islam akan berpuasa... Aku tak sabar nak terawih di tempat baru... Dulu masa kat Putrajaya, Masjid Besi dn Masjid Putrajaya la tempat terawihku dgn ditemani Ayu... Tapi sekarang, aku p terawih dgn adik-adik housemateku insyaAllah...... Azam aku utk puasa tahun ni, aku benar-benar hendak berubah... Lupakan segala yang telah berlaku dan kesilapan yang pernah aku buat... sesungguhnya itu semua adalah cara Allah mendidik hambanya supaya menjadi seorg yg berguna.......

Mgu lepas aku balik kg dengan adikku, dah ada highway baru balik ke kampung, tak perlu lagi aku susah hati nak lalu kat Ijok tu. Jalan yang sangat mencabar....Jalan kampungku pun dh berturap baru, mungkin sbb nk pilihan raya, biasala politik....aku xsuka politik ok....... Soalan yang tak pernah mak aku tanya selama 28 tahun. "Bila nak kawin, dah ada yang istimewa belum". Aku pn senyum je la....al maklum la nak cari lelaki baik zaman skrg bukan senang..... Lelaki zaman skrg, dia aim perempuan gomen, senang sikit nak suh buat loan katanya.... Lelaki mcm ni, mmg out of list aku la... Biarlah tak semewah mana, yang penting rajin untuk belajar dn meningkatkn diri.... aku rasa la kan, jodoh aku ni berada di luar kawasan Malaysia, sbb tu la tak sampai2 lg.....jenaka di tgh mlm........

31 Mei 2011

Betulkan Niat

Saya ada terbaca artikel yang bertajuk '2011 - Tahun Menyelamatkan Institusi Keluarga'. Dalam artikel ini menunjukkan bahawa kes perceraian semakin tahun, semakin meningkat. Dimanakah silapnya. Saya petik satu fakta yang dinyatakan dalam artikel tersebut ialah, “Seperti yang diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyatakan kes pasangan yang bercerai di Malaysia sehingga kini telah mencapai 27, 116.

Salah satu punca perceraian ialah tidak mempunyai persefahaman antara suami dan isteri. Kenapakah bertahun-tahun bercinta, tetapi masih tidak mempunyai persefahaman lagi. Cuba bandingkan dengan zaman ibu dan bapa kita, mendirikan rumah tangga bukan berdasarkan cinta tetapi masih bahagia sehingga ke hembusan nafas terakhir. Malah, tidak pernah kenal pun siapa yang bakal dinikahinya. Ini kerana mereka mempunyai niat yang betul untuk berumah tangga.

Kebetulan tengahari tadi ada tazkirah mengenai niat. Ustaz ada menyatakan segala perbuatan baik yang dilakukan mestilah niat kerana Allah. Jika kita niat kerana Allah, kita akan merasakan perbuatan yang dilakukan sentiasa diperhatikan Allah SWT. Salah satu contoh yang ustaz berikan ialah mengenai perceraian dan perkahwinan. Kebanyakan orang zaman ini, berkahwin adalah kerana cinta dan nafsu dan sedikit rasa tanggungjawab. Bukan kerana Allah. Seandainya perkahwinan itu didirikan kerana Allah dan niat yang betul, si suami akan memandang perkahwinan ini sebagai salah satu jalan untuk menuju ke Syurga dengan mendidik isteri dan anak-anak ke jalanNYA. Manakala, si isteri pula akan menjalankan tanggungjawab dengan ikhlas kerana Allah, bukan kerana meminta balasan dari si suami seperti meminta gelang emas hingga ke siku, rantai leher sehingga tidak nampak leher...Apakah niat kita?

Jadi usahlah terlalu dirisaukan soal jodoh, kerana jodoh telah ditentukan kepada setiap insan. Cuma perlu membuka lorong-lorong untuk jodoh itu. Allah sangat bijak mengatur hambanya, setelah seorang hamba itu benar-benar bersedia dan mempunyai ilmu yang cukup, barulah akan ditemukan jodoh itu. Persiapkanlah diri dan betulkan niat. InsyaAllah....


Lelaki yang soleh

Biasanya, tanda – tanda orang yang soleh adalah:

  • Seseorang secara tekun dan sabar menunaikan kewajiban pokok, seperti solat 5 waktu, zakat dan puasa Ramadhan. Kemudian dia menjalankan ibadah tambahan, baik berupa solat sunat, puasa sunat serta bersedekah dijalan kebaikan.
  • Seseorang yang menjauhi perbuatan dosa besar, seperti membunuh, berzina, sihir, memakan harta riba, menganiaya anak yatim, derhaka kepada orang tua, dan sumpah palsu.
  • Seorang yang sentiasa bersemangat untuk menambah kebaikan, baik ilmu, keimanan dan amalan. Dia tidak merasa puas dengan kebaikan yang sudah diperoleh dan tidak merasa jenuh untuk berbuat yang lebih baik. Setiap kali kita bertemu dengannya, dia akan selalu lebih baik dari sebelumnya.
  • Seorang yang mendedikasikan dirinya untuk sungguh-sungguh untuk menjalankan solat tahajjud di akhir malam. Dalam solat itu dia bacakan ayat-ayat yang mampu dia hafal dari Al Qur’an. Jika boleh, hafalannya selalu bertambah dari waktu ke waktu. Namun tidak bererti jika apa yang dihafalnya, hilang kembali.
  • Seorang lelaki soleh tidak akan membiarkan di dalam rumahnya ada perilaku-perilaku buruk yang boleh mengundang kemurkaan Allah SWT.
  • Seorang lelaki soleh tidak mungkin akan berbuat zalim kepada saudara semuslim, apalagi kepada orang tua, mertua, isteri dan anak-anaknya. Tidak semua suami boleh memenuhi kewajipannya terhadap keluaraga secara adil, tetapi bagi seorang lelaki soleh, dia akan berusaha sekuat kemampuannya. Dia hanya akan berhenti berusaha jika sudah tidak ada lagi jalan yang boleh ditempuh. Jika usaha maksima telah ditempuh, tetapi hasilnya tidak memadai, dengan lapang dada dia akan meminta maaf atas kekurangan dirinya. Singkatnya, mustahil dilakukan oleh seorang lelaki soleh untuk membiarkan keluarganya menderita, bahkan terlintas dalam fikirannya pun tidak. Seorang lelaki soleh akan menghargai pendapat atau pandangan isterinya dan keluarganya, meskipun tidak semestinya akan selalu menurutinya.
  • Seorang lelaki soleh bersikap lapang dada dan memaafkan kekurangan isteri dan anak-anak beserta keluarganya. Seorang lelaki soleh tidak akan membuka aib-aib keluarganya di depan umum. Membuka aib keluarga sama dengan membuka aib diri sendiri. Seorang lelaki soleh tidak akan mengkhianati kepercayaan keluarganya. Didepan keluarganya dia baik, dan ketika jauh dari keluarganya pun, dia tetap baik.
  • Seorang lelaki soleh tidak takut kepada isteri atau anak-anaknya serta keluarganya, tetapi takut kepada Allah yang selalu mengawasinya. Berbeza dengan banyak lelaki yang manis di depan isteri dan mertuanya, tetapi sebaliknya ketika jauh dengan isteri. Dan yang paling utama, seorang lelaki soleh bersedia bertanggungjawab menghadapi tuntutan Allah di akhirat ketika ditanya tentang anak-anak dan isterinya.
Oleh itu, kepada kaum wanita, jika anda ingin mendirikan rumah tangga, carilah lelaki yang soleh. kerana secara teori kita boleh berkahwin dengan siapa saja yang kita sukai. Tetapi ciri – ciri suami yang benar-benar akan membimbing kita meraih tujuan kebahagiaan itu hanyalah lelaki soleh.

Jika pernikahan hanya untuk hidup bersama-sama, makan minum bersama, berketurunan, serta bersenang-senang bersama, tentu dengan lelaki manapun boleh. Namun percayalah, lambat laun akan bermasalah jua kerana niat perkahwinan itu tidak betul.

Kerana kepupusan lelaki-lelaki soleh yang boleh dijadikan suami, maka ramailah wanita yang masih belum berumah tangga..

23 Mei 2011

3 perkara paling asas dalam fotografi

Disini, saya nak kongsikan dgn korang apa yang saya baca dari blog Tarmizi Shukor ttg 3 perkara paling asas dalam fotografi iaitu :

1. Shutter speed
2. Aperture
3. ISO

Kena kuasai ketiga-tiga konsep ni, kalau tak, terjadilah gambar blur, tak sharp, terlalu terang/terlalu gelap dsb.

Shutter speed, aperture dan ISO mempengaruhi exposure. Gelap atau terang sesuatu gambar bergantung kepada exposure.

Shutter Speed


  • Shutter speed adalah jangka masa shutter terbuka. Semakin lama shutter terbuka, semakin banyak cahaya masuk dan sebaliknya.

  • Dikira dalam unit saat bermula dari BULB (shutter terbuka selagi menekan shutter) 30 saat hingga 1/8000 saat.

  • Untuk mengelakkan gambar blur, gunakan shutter tidak kurang dari 1/60. Kalau korang guna di bawah 1/60, cth 1/50, gunakan tripod

Aperture


  • Aperture merupakan bukaan iris pada lens.

  • Dikira dalam unit F, bermula pada F1.4 – F32 – bergantung pada lens, ada lens mempunyai aperture bermula dari F1.4 dan ada yang bermula dari F3.5

  • Semakin besar nilai aperture (cth: F22), semakin kecil bukaan lens dan semakin sedikit cahaya yang masuk dan sebaliknya, semakin kecil nilai aperture, semakin besar bukaan dan semakin banyak cahaya masuk.
ISO


  • ISO pulak kesensitifan sensor terhadap cahaya. Kalau dulu orang pakai filem dan setiap filem tu ada gred atau nombor seperti 100, 200, dan 400 bergantung kepada tempat yang kita nak shot. Kalau korang nak shot kat tempat yang cerah, biasanya filem 100 atau 200 dan sebaliknya, kalau korang nak shot dalam keadaan yang kurang cahaya seperti waktu malam, korang kena pakai filem 400 dan keatas.

  • Pada zaman sekarang, filem dah digantikan dengan sensor. So sensor tu kita boleh adjust ISO nya, tak macam dulu, korang kena beli filem yang berasingan.

  • Semakin tinggi ISO, semakin sensitif sensor/filem terhadap cahaya, so korang boleh ambik gambar di tempat yang gelap tanpa menggelapkan gambar tersebut dan begitulah sebaliknya.

  • Tapi kena ingat, semakin tinggi ISO, ‘noise’ juga akan semakin kelihatan.

Ini, saya nak share e-book utk asas digital : download disini

Rasulullah menangis kerana sikap wanita


Rasulullah ceritakan pengalaman saksi balasan dahsyat ketika isra' mi'raj, Ali berkata: "Saya dengan Fatimah pergi menghadap Rasulullah SAW. Kami dapati beliau sedang menangis, lalu kami bertanya kepadanya, apakah yang menyebabkan ayahanda menangis, ya Rasulullah?" Baginda SAW menjawab: "Pada malam aku diisrak hingga ke langit, di sana aku melihat perempuan dalam keadaan amat dahsyat. Dengan sebab itu aku menangis mengenangkan azab yang diterima mereka."

Ali bertanya: "Apakah yang ayahanda lihat di sana?" Rasulullah SAW menjawab: "Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otak kepalanya menggelegak. Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair di-curah ke dalam halkumnya (tekak).

"Aku lihat perempuan yang digantung kedua kakinya terikat, tangannya diikat ke ubun-ubunnya, disuakan ular dan kalajengking. Aku lihat perempuan yang memakan dagingnya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Aku lihat perempuan mukanya hitam dan memakan tali perutnya sendiri. "Aku lihat perempuan yang telinga pekak dan matanya buta, diisikan ke dalam peti yang diperbuat daripada api neraka, otaknya keluar daripada lubang hidung, badan bau busuk kerana penyakit kusta dan sopak.

"Aku lihat perempuan yang kepalanya seperti babi, badannya seperti himar berbagai kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, kala dan ular masuk ke kemaluannya, mulut dan pelepasnya (punggung). Malaikat memukulnya dengan corong api neraka." Fatimah pun bertanya kepada ayahandanya: "Ayahanda yang dikasihi, beritakanlah kepada ananda, apakah kesalahan yang dilakukan oleh perempuan itu?"

Rasulullah menjawab: "Fatimah, adapun perempuan tergantung rambutnya itu adalah perempuan yang tidak menutup rambut daripada bukan muhrimnya. Perempuan tergantung lidahnya ialah perempuan yang menggunakan lidahnya untuk memaki dan menyakiti hati suaminya. "Perempuan yang digantung susunya adalah perempuan yang menyusukan anak orang lain tanpa suaminya. Perempuan kedua kakinya tergantung itu ialah perempuan yang keluar dari rumahnya tanpa izin suaminya.

"Perempuan tidak mau mandi setelah haid nan nifas ialah perempuan yang memakan badannya sendiri, juga kerana ia berhias untuk lelaki bukan suaminya dan suka mengumpat orang. "Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka kerana ia memperkenalkan dirinya kepada orang asing, bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat lelaki lain. "Perempuan diikat kedua kakinya dan tangannya ke atas ubun-ubunnya, disuakan ular dan kala kepadanya kerana ia boleh sembahyang tetapi tidak mengerjakannya dan tidak mandi janabah. "Perempuan kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah ahli pengumpat dan pendusta. Perempuan rupanya seperti anjing ialah perempuan yang suka membuat fitnah dan membenci suaminya.

Seterusnya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Perempuan menyakit hati suami dengan lidahnya pada hari kiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat di belakang tengkoknya." Abu Bakar as-Sidik mengatakan, aku dengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Perempuan menggunakan lidah untuk menyakiti hati suaminya ia akan dilaknat dan kemurkaan Allah." Usamah bin Zaid menceritakan, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Aku berdiri di atas syurga, kebanyakan yang masuk ke dalamnya adalah golongan miskin dan orang kaya tertahan di luar pintu syurga kerana dihisab. Selain daripada itu ahli neraka diperintahkan masuk ke dalam neraka, dan aku berdiri di atas pintu neraka, ku lihat kebanyakan yang masuk ke dalam neraka adalah perempuan."

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya aku saksikan kebanyakan ahli neraka adalah perempuan." Rasulullah SAW ditanya, mengapa ya Rasulullah? Baginda SAW menjawab: "Perempuan mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ihsannya, Jika engkau membuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia belum berpuas hati dan cukup."

P.S : Aku bersyukur kerna Allah telah menyedarkan aku dari melakukan kesilapan dan berharap aku tidak tergolong dalam golongan di atas.


21 Mei 2011

Memang kerja lelaki meluruskan wanita, tapi…

Saya terbaca blog rakan saya masa tadika, Asma’ Aminuddin berkenaan tanggungjawab lelaki yang perlu meluruskan wanita yang bengkok. Di dalam blognya, dia menulis bahawa, ada yang menyatakan ‘tak aci’ kepada lelaki yang hendak cari perempuan yang sudah ‘lurus’ sahaja. Tetapi Asma’ menyatakan bahawa, lelaki cari yang ‘lurus’, agar kehidupan rumah tangganya tidaklah bengkang bengkok masa hendak menjalankan proses pe’lurus’an seorang isteri.

Jadi Asma’ kata, hendaklah perempuan-perempuan berusaha meluruskan diri mereka sendiri masa bujang ni.

(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.” Surah An-Nuur ayat 26.

Memang tugas lelaki memimpin wanita, mendidik isteri dan mentarbiyahnya. Tetapi yang perlu disedari oleh isteri adalah, mereka akan mempunyai anak pula untuk ditarbiyah. Suami nantinya perlu mencari nafkah. Tambah pula bila isteri juga bekerja. Jadi masing-masing ada kesibukan masing-masing.

Baru hendak me’lurus’kan diri lepas kahwin?

Ha… Fikir-fikir panjang sikit.

Bukankah lebih mudah kalau dah usaha untuk ‘lurus’ dari sebelum kahwin?
Tidaklah pening kepala si suami. Nak tarbiyah anak lagi, nak cari nafkah lagi, isteri pun nak kena tarbiyah juga. Kan dah tak cukup tangan?



19 Mei 2011

Pesan Imam Hassan Al Banna

Bagi para daie dan murobbi, mari kita tunaikan sepuluh wasiat ini. Ia adalah resipi mujarab buat pengubat umat. Kaedah yang teruji sepanjang perjalanan waktu hingga kini. Mari kita prioritaskan dan amalkan.

1. Bangunlah segera untuk melaksanakan shalat apabila mendengar azan walau bagaimanapun keadaanmu.

2. Baca, telaah dan dengarkanlah al- Qur'an, berzikirlah kepada Allah dan janganlah engkau senang menghambur-hamburkan waktumu dalam masalah yang tiada faedahnya.

3. Bersungguh-sungguh untuk boleh berbicara dalam bahasa arab yang fasih.
(InsyaAllah, mahirkan bahasa melayu dahulu kerana medium dakwah kita yang paling utama di Malaysia ialah umat islam melayu. Tetapi harus diingat, bahasa arab juga penting kerana ia adalah bahasa Al Quran)

4. Jangan memperbanyak debat dalam percakapan kerana itu tidak akan mendatangkan kebaikan.

5. Jangan banyak tertawa kerna hati yang selalu berkomunikasi (berzikir) dengan Allah sifatnya aman dan tenteram.

6. Jangan suka bergurau kerana umat yang berjihad akan senantiasa berusaha bersungguh-sungguh.

7. Jangan mengeraskan suara di atas suara yang diperlukan pendengar, kerana hal itu akan menganggu dan meyakiti.

8. Jauhilah ghibah (mengumpat) atau menyakiti hati orang lain dalam bentuk apa pun dan janganlah berbicara kecuali yang baik.

9. Berkenalanlah dengan setiap saudara yang saudara temui kerana asas dakwah kita adalah saling kenal-mengenal dan berkasih sayang.

10. Pekerjaan utama kita adalah tertumpu pada waktu yang tersedia, maka tolonglah saudaramu untuk memanfaatkan waktunya, dan apabila kalian punyai keperluan maka sederhanakanlah dan cepatlah diselesaikan.