31 Mei 2011

Betulkan Niat

Saya ada terbaca artikel yang bertajuk '2011 - Tahun Menyelamatkan Institusi Keluarga'. Dalam artikel ini menunjukkan bahawa kes perceraian semakin tahun, semakin meningkat. Dimanakah silapnya. Saya petik satu fakta yang dinyatakan dalam artikel tersebut ialah, “Seperti yang diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyatakan kes pasangan yang bercerai di Malaysia sehingga kini telah mencapai 27, 116.

Salah satu punca perceraian ialah tidak mempunyai persefahaman antara suami dan isteri. Kenapakah bertahun-tahun bercinta, tetapi masih tidak mempunyai persefahaman lagi. Cuba bandingkan dengan zaman ibu dan bapa kita, mendirikan rumah tangga bukan berdasarkan cinta tetapi masih bahagia sehingga ke hembusan nafas terakhir. Malah, tidak pernah kenal pun siapa yang bakal dinikahinya. Ini kerana mereka mempunyai niat yang betul untuk berumah tangga.

Kebetulan tengahari tadi ada tazkirah mengenai niat. Ustaz ada menyatakan segala perbuatan baik yang dilakukan mestilah niat kerana Allah. Jika kita niat kerana Allah, kita akan merasakan perbuatan yang dilakukan sentiasa diperhatikan Allah SWT. Salah satu contoh yang ustaz berikan ialah mengenai perceraian dan perkahwinan. Kebanyakan orang zaman ini, berkahwin adalah kerana cinta dan nafsu dan sedikit rasa tanggungjawab. Bukan kerana Allah. Seandainya perkahwinan itu didirikan kerana Allah dan niat yang betul, si suami akan memandang perkahwinan ini sebagai salah satu jalan untuk menuju ke Syurga dengan mendidik isteri dan anak-anak ke jalanNYA. Manakala, si isteri pula akan menjalankan tanggungjawab dengan ikhlas kerana Allah, bukan kerana meminta balasan dari si suami seperti meminta gelang emas hingga ke siku, rantai leher sehingga tidak nampak leher...Apakah niat kita?

Jadi usahlah terlalu dirisaukan soal jodoh, kerana jodoh telah ditentukan kepada setiap insan. Cuma perlu membuka lorong-lorong untuk jodoh itu. Allah sangat bijak mengatur hambanya, setelah seorang hamba itu benar-benar bersedia dan mempunyai ilmu yang cukup, barulah akan ditemukan jodoh itu. Persiapkanlah diri dan betulkan niat. InsyaAllah....


Tiada ulasan: