16 Mac 2011

Aku Kini

16 Mac 2011 - Pejam celik, dah 1 bulan aku kerja di tempat baru. Banyak perkara baru yang aku belajar, dan pelbagai perangai orang yang aku dapat lihat.

Aku belajar pasal SyBase, install sistem guna Java (bukan Jawa ek)...hehehe...Agaknya, kalau orang yang kerja sebagai Programmer ni, perangai dia memang sukar untuk difahami dan sangat perahsia. Aku pun naik pening dengan perangai Programmer ni, boleh buat gila kalo lama-lama dengan diorg ni..hehe...tp so far xla gile, itu perumpamaan jer...

Alhamdulillah staf-staf kt tempat kerja baruku ni, semuanya jaga solat, kira diorang ni tergolong dalam golongan yang baik-baik la....

Tapi aku biasala, kalo kt tempat baru, nak mesra dengan org tu amik masa lama sikit, mungkin dalam 3 bulan paling awal. Itu la masalah aku kalo kena p kerja tempat baru. Pesal la berat sangat mulut aku nak beramah mesra, tp bila dah mesra susah pulak, nanti sampai x buat kerja....kikiki.....

Musim cuti sekolah ni, ramai kawan-kawan aku kawin dn tunang...aku tumpang gembira dengan diorg, tp aku jugak yang belum berjumpa jodoh...hehehe...memilih sungguh aku ni.. Yela kawin tu untuk seumur hidup, tersalah pilih, makan hati je sepanjang hidup...Tapi aku harap dapat la merealisasikan impian ku pada 20.11.2011.

Sudah dapat kekasih baruku

5 Mac 2011 - Barang yang aku idam-idamkan telah pun aku perolehi... akhirnya setelah bertahun-tahun niat untuk memilikinya, pada hari tersebut aku sudah dapat memiliki DSLR Canon 1000D hasil dari gaji yang telah dikumpul sekian lama...sangat gembira dan bersyukur kepadaNya..

Aku beli cik Cam ni kat Plaza Low Yatt dengan adik aku. Aku pergi sebab temankan adik beli laptop, last-last aku pun terbeli sekali cik Cam ni...huhuhu....
Lepas jer memiliki cik Cam ni, apa lagi dengan terujanya aku pun snap segala mcm gambar, tapi yang paling byk gambar anak sedara aku yang cute-cute la......

Mulai hari ini, aku akan bersungguh-sungguh untuk menjadi seorang tkg amik gmbr. Aku akan join workshop dan merajinkan diri membaca blog-blog berkaitang dgn dslr....

Satu istilah yang telah aku pelajari ialah bokeh - iaitu gambar yang sharp dn blur2... Susah aku nak terangkn....Carilah sendiri yer...

25 Februari 2011

Sahabat Sejati



Rasanya dah bertahun-tahun xdgr lagu ni... dgr lagu ni masa zaman study di UTM.. ni la breakfast sebelum p kuliah, sampai muak roomateku (ainor) dengar aku dok pasang lagu ni.... tp zaman belajar mmg best...rasa cam nak kembali ke zaman belajar....rindu suasana belajar.....=)

Sahabat sejati mmg sukar dicari...tp aku bersyukur sebab masih lagi mempunyai sahabat yang sejati, sentiasa ada di saat aku susah dan senang... sayang sahabatku (timie, ainor, ayuza, wardah) =)