16 Mac 2011

Aku Kini

16 Mac 2011 - Pejam celik, dah 1 bulan aku kerja di tempat baru. Banyak perkara baru yang aku belajar, dan pelbagai perangai orang yang aku dapat lihat.

Aku belajar pasal SyBase, install sistem guna Java (bukan Jawa ek)...hehehe...Agaknya, kalau orang yang kerja sebagai Programmer ni, perangai dia memang sukar untuk difahami dan sangat perahsia. Aku pun naik pening dengan perangai Programmer ni, boleh buat gila kalo lama-lama dengan diorg ni..hehe...tp so far xla gile, itu perumpamaan jer...

Alhamdulillah staf-staf kt tempat kerja baruku ni, semuanya jaga solat, kira diorang ni tergolong dalam golongan yang baik-baik la....

Tapi aku biasala, kalo kt tempat baru, nak mesra dengan org tu amik masa lama sikit, mungkin dalam 3 bulan paling awal. Itu la masalah aku kalo kena p kerja tempat baru. Pesal la berat sangat mulut aku nak beramah mesra, tp bila dah mesra susah pulak, nanti sampai x buat kerja....kikiki.....

Musim cuti sekolah ni, ramai kawan-kawan aku kawin dn tunang...aku tumpang gembira dengan diorg, tp aku jugak yang belum berjumpa jodoh...hehehe...memilih sungguh aku ni.. Yela kawin tu untuk seumur hidup, tersalah pilih, makan hati je sepanjang hidup...Tapi aku harap dapat la merealisasikan impian ku pada 20.11.2011.

Tiada ulasan: