23 Oktober 2014

Tutorial Adobe Photoshop 1 : Pengenalan Asas Antaramuka

Artikel ini adalah bertujuan untuk rujukan kepada sesiapa yang baru bermula mengenali Adobe Phosotshop. Sedikit perkongsian yang ingin saya tuliskan. Perkongsian ini adalah merujuk kepada tutorial-tutorial yang saya baca dari internet dan bahan bacaan yang lain. Semoga dapat memberi manfaat kepada semua. Dalam tutorial ini, saya menggunakan Adobe Photoshop CS6.

Antaramuka bagi Adobe Photoshop CS6 Portable.



Rajah diatas adalah antaramuka bagi adobe photoshop yang saya gunakan. Dalam antaramuka tersebut terdapat 5 bahagian utama iaitu:

A : Tool Bar - Kebanyakan tool yang digunakan terdapat di sini. Sekiranya tool bar ini tiada, pergi ke Menu Bar > Windows > Tools.
B : Kanvas - Disini adalah kawasan untuk kita melakukan kerja (melukis, mewarna dan sebaginya).
C : Palette - Palette mengandungi fungsi yang dapat membantu untuk mengawal dan mengubahsuai imej. Biasanya, secara default, palette akan disusun mengikut kategori dan kumpulan. Sekiranya palette yang diperlukan tiada, anda pergi ke Menu Bar > Windows dan pilih yang diperlukan.
D : Option Bar - Ia terletak dibawah Menu Bar. Sekiranya option bar tiada, pergi ke Menu Bar > Windows > Options. Options Bar akan berubah mengikut tools yang dipilih.
E : Menu Bar - Ia adalah menu paling penting kerana ia mempunyai menu utama seperti File, Edit, Image, Layer dan sebagainya.

Untuk tutorial pertama, saya berhenti setakat ini, jika terdapat kesilapan atau kesalahan, sila tulis diruang komen, saya pun manusia biasa yang banyak kesilapan. Sharing is caring (",)v.

21 Februari 2014

Bila Mahu Kawen????

artikel original dr http://angelwearsgucci.blogspot.com/2011/12/bila-mahu-kahwin.html

Tu dia. Dah keluar dah soalan cepu intan.

Soalan yang bukan sahaja panas, tapi hampir-hampir membuatkan telinga saya bernanah mendengarnya.

Bila mahu kahwin Inche gabbana..? (Err. Ya betul, saya masih bujang. Terlajak.)

Tertekan. Sumpah. Hampir ke mana-mana sahaja yang saya pergi, soalan ini pasti akan ditanya. Dan yang menariknya, yang bertanya tidak kira usia dan latar belakang. Baik tua atau muda, jantan atau betina. Semuanya begitu berminat mahu mengetahui bilakah saya akan mendirikan rumah eskalator. Eh. Rumah tangga.

Pernah sekali ketika menyertai sebuah program berbentuk ruhiyy (Baca: Kejiwaan) di sebuah tempat yang dirahsiakan namanya, wahai, saya terasa begitu janggal dan terasing kerana golongan seperti saya ini (Baca: Bujang terlajak) adalah golongan yang minoriti. Dan ditakdirkan seorang lagi rakan bujang yang selalunya bersama-sama saya tidak dapat hadir ke program tersebut. Maka haruslah saya yang menjadi sasaran serangan bom tangan, mesingan dan juga sumpit beracun. Setiap kali topik Baitul Muslim atau tarbiyyah keluarga keluar, pastilah saya yang menjadi bahan usikan. Terpaksalah saya tersenyum kambing gurun seorang-seorang.

Sehinggakan di akhir program, terpacul di mulut saya:

"Ustaz, lepas ni ana dah tak nak datang la prog ABC ni. Asyik-asyik ana je yang kena!"

Berseloroh. Senyum tawar.

Malah di opis tempat saya bekerja, ramai yang tidak percaya yang saya tidak mempunyai pasangan atau sedang bertemujanji dengan sesiapa. Bagi mereka, itu satu perkara mustahil untuk seorang lelaki panaaassss seperti saya. *koff koff strepsils koff koff* Ehem ehem. Semalam seorang setiausaha dari jabatan lain datang berjumpa saya. Katanya, ada peminat gelap yang mahu menjadikan saya sebagai anak menantunya. Terjegil biji mata.

Bertambah kritikal apabila sudah menginjak usia, err, XY tahun ini, semakin ramai rakan-rakan sebaya yang menamatkan zaman bujang mereka. Belum dikira junior beberapa tahun yang tampaknya sudah lebih maju dan jauh ke depan daripada saya. Baru-baru ini ketika seorang rakan menjemput saya untuk datang ke majlis walimatulurusnya, secara jujurnya saya separuh terkejut kerana di Sekolah Bintang dahulu, perwatakannya adalah sedikit kekanak-kanakan dan tubuh badannya yang kecil menjadikan dirinya seperti adik kepada rakan-rakan lain. Separuh lagi tidak terkejut kerana yalah, di usia ini, memang normallah untuk berkahwin.

Saya menulis di laman perkahwinan MukaBukunya:

"Barakallahu lakuma! Weyy mana acciii kau langkah bendull..! Haha.. Congratz bro..! ;D"

Buat-buat ceria padahal peluh besar mengalir laju.

Belum lagi dikira kegilaan dan keterujaan saya kepada kanak-kana pipi tembam gemuk-gemuk kiut miut nak mati heyyy! Err. Selalunya anak-anak ikhwah la yang menjadi mangsa kerakusan saya mencubit dan mencium mereka di konferens-konferens riang yang saya sertai. Kasihan. Ketika ini jugalah ikhwah mengambil kesempatan untuk mengenakan saya.

"Uish, ada gaya la! Bila lagi..??"

"Ha, bila pulak nak ada anak sendiri..?"

"Dah nak sampai masa dah tu. Alhamdulillah, mabbrrroookk akhi...!"

Adeh.

Seorang akh yang juga bujang, datang dengan solusi yang agak khalakar.

"Ana memang dah nak kahwin dah wiken ni. Tapi ada daurah kan, so terpaksa tangguh dulu..."

Semat bukan..? Pipi kemerah-merahan, peluh penuh di dahi.

Dah tu Inche gabbana, awat liat sangat hang nak berbini..?? Awqat keteqaq sangat nih...??

Tu dia.

Kalau anda mahukan jawapan jujur daripada saya, entahlah. Saya pon tidak tahu mengapa saya masih belum menaiki tangga seterusnya. Jawapan mudahnya sudah tentulah semuanya adalah perancangan Allah. Jodoh pertemuan di tangan Tuhaaaann. Simptom-simptom penafian. Escapism.

Malah kalau anda perasan, amat jarang sekali saya menulis isu ini. Mungkin inilah yang pertama. Dan err, tidak mustahil yang terakhir. Pertamanya kerana saya merasakan diri saya amat tidak layak untuk membicarakannya. Mana mungkin seseorang yang tidak pernah merasa keenakan atau keunikan kuih puteri berendam, mahu berbicara tentang keistimewaannya bukan..?

Sehinggakan apabila hadek-hadek mengusik saya, tiada jawapan yang dapat saya berikan melainkan "Insha-Allah, Amin!." Wahahaha.. Gelak simpati. Dan kadang-kadang hadek-hadek ini yang menjadi mangsa. Setiap kali mereka berseloroh tentang Baitul Muslim ini, mereka akan cepat saya bakar dan panggang hidup-hidup. Hohoho.. Pada saya, tiada faedahnya mereka berbicara tentang hal ini kerana amat sukar untuk membayangkan perbincangan sebegitu akan membuahkan amal yang muntij.

Pelik sungguh anda ni Inche gabbana. Apa anda ni malaikatkah, tidak punya nafsu dan impian untuk mendirikan rumah tangga..??

Uish. Hakikatnya, saya adalah seorang manusia biasa. Lelaki pula tu. Sudah tentu naluri kejantanan kelelakian saya mendesak bertubi-tubi untuk saya dirikan rumah tangga dengan segera.

Kerana saya bukannya gay. Kalau saya gay sudah tentu saya tidak punya keinginan untuk mendirikan rumah tangga seperti manusia biasa yang lainnya. Tetapi saya bukan gay maka saya ingin mendirikan rumah tangga seperti manusia biasa yang lainnya. Hoh.

Cik Adik Perempuan juga sudah berkali-kali mengajukan persoalan yang sama. Bilakah dia dapat bermain dengan anak-anak saudara yang comel gebu-gebu..? Peluh. Mujurlah Puan Mama dan Inche Papa jenis yang tidak berapa kisah orangnya. Tidak pernah mereka memaksa saya untuk mendirikan rumah tangga. Mereka memberikan kebebasan penuh kepada saya untuk membuat keputusan. Puan Mama pernah juga kadangkala bertanya sama ada saya mempunyai gelpren atau tidak. Dan pernah juga menawarkan khidmat untuk mencarikan calon bakal menantu. Pandang kiri, pandang kanan. Err, saya...?

Saya tahu, tidak kurang ikhwah yang pelik, malah geram mungkin, mengapa saya masih belum lagi berbaitul Muslim. Sukar untuk saya jelaskan. Mereka menyangka saya sengaja melengah-lengahkan tindakan yang super penting itu. Mereka fikir saya memandang enteng dengan kepentingan untuk berkahwin dengan segera. Mereka sangka saya tak nak kahwin!

Bukan begitu.

Pengalaman ditarbiyyah di London mungkin sedikit-sebanyak mempengaruhi siapa diri saya sekarang ini. London, berbeza dengan kawasan-kawasan lain mungkin. Isu perkahwinan jarang sekali dikeutarakan. Fokus utama adalah memancing, menangkap dan mentarbiyyah hadek-hadek. Banyak kerja lain yang perlu diuruskan. London memerlukan penggerak-penggerak yang komited. Tiada masa untuk memikirkan perkara-perkara lain.... Sehinggakan soal berbaitul Muslim ini dibiarkan seperti duit syiling sepulosen di tepi jalan.

Ketika orang lain sibuk berbincang tentang kahwin, faedah berbaitul Muslim, bla bla bla.. Kami sibuk berbincang tentang gerak kerja, program-program yang mahu diuruskan, perkembangan adik-adik... Begitu sibuk dan rancak membincangkan isu-isu penyusunan tenaga dakwah dan tarbiyyah, sehinggakan isu berbaitul Muslim ini dilihat sebagai isu sekunder, malah tertier mungkin. Tidak penting. Bukan awlawiyat untuk dibincangkan.

Masalahnya adalah apabila kami mula diracuni dengan pemikiran bahawa dengan berkahwin itu akan melambatkan dakwah. Akan menyukarkan kerja-kerja dakwah. Sehinggakan apabila ada ikhwah yang berbicara tentang isu Baitul Muslim ini, kami mencebik, menjuih bibir tanda tidak setuju dan memandang rendah pada mereka ini. Kerana kami merasakan perkahwinan di saat itu adalah tidak produktif untuk dakwah.

Allahu Allah. Betapa entengnya pemikiran kami ketika itu. Betapa mudahnya kami memandang rendah pada ikhwah kami sendiri, hanya semata-mata mereka memenuhi kehendak kemanusiaan mereka! Astaghfirullah...

Tetapi pada belah duit syiling yang satu lagi, saya faham benar mengapa kami mengambil pendekatan sebegitu rupa. Baitul Muslim bukan perkara main-main. Baitul Muslim adalah perkara yang sumpah seriyes. Anda mahu mendirikan rumah tangga dengan seorang manusia lain yang berlainan jantina, yang amat berbeza perangai dan karakternya mungkin. Dan itu adalah suatu pertaruhan yang amat tinggi risikonya.

Dan kita sedang membicarakan soal Baitul Muslim, dan bukannya perkahwinan yang biasa-biasa. Ia adalah penyatuan dua jiwa yang sefikrah; menggabungkan dua penggerak dakwah yang sama-sama mahu mengejar aspirasi agung dalam menggapai keredhaanNya yang hakiki. Sayugia tanggungjawab dan amanah yang datang bersamanya juga lebih besar dan berat, lebih berat daripada bapak beruang polar di Antartika.

Seorang suami dalam Baitul Muslim tidak boleh tidak, bertanggungjawab bukan sahaja memastikan dirinya kekal tsabat setelah berkahwin, malah wajib pula memastikan tarbiyyah pasangan dan anak-anaknya nanti juga terbela dan terjaga. Waduh-waduh, ini kerja beraaaattt dong! Makanya, seorang akh itu perlu betul-betul bersedia sebelum melangkah ke alam yang penuh mencabar itu. Of koslah, kalau nak tunggu sampai benar-benar sempurna dari segi persediaan, alamatnya sampai ke kubur pon tak merasalah melalui gerbang perkahwinan.

Tetapi cukup bersedia untuk menghadapi cabaran-cabaran dan mehnah dalam perkahwinan. Kerana berkahwin itu tidak semudah memakan biskut rangup lagi lazat famous Amos itu. Tidak. Anda bakal mendirikan rumah tangga dengan seorang insan yang kemungkinan besar akan kekal bersama anda sebagai isteri yang setia sehingga ke akhirnya! Seorang itu sahaja sepanjang hayat. Sudah pasti besar dan berat ujiannya!

Firman Allah:

    "Dijadikan indah pada pandangan manusia, kecintaan kepada apa-apa yang diinginkan iaitu wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan disisi Allah tempat kembali yang baik"

[ali-Imraan, 3:14]

Seperti yang pernah saya nukilkan di dalam post 'Pesanan Bergaya Buat Ikhwah', seorang ustaz pernah mencabar kami bahawasanya dia tidak akan respek dengan ikhwah selagi mana mereka tidak melalui dua jenis ujian; ujian pekerjaan dan ujian perkahwinan. Da seorang akh yang sudah beranak-pinak menambah satu lagi jenis ujian ke dalam senarai tersebut; ujian anak-anak.

Takut betul saya, sekiranya saya akan tersungkur jatuh dengan ujian-ujian ini. Ya saya mungkin sudah berjaya melalui ujian pekerjaan. Tetapi tiada siapa tahu sama ada saya sudah benar-benar bersedia dengan baju besi, pedang dan perisai saya untuk menghadapi dua lagi ujian itu, yang pastinya lebih mencabar dan membotakkan kepala..! Wahai!

Selain itu, mendengar pengalaman pahit tak berapa manis ikhwah akhawat yang telah berkahwin menjadikan diri ini sedikit fobia untuk melangkah ke alam baru itu. Siapa sangka, perkahwinan dua insan yang sama-sama berjuang dan berkorban untuk perkara yang sama, rupa-rupanya tidak dapat lari daripada badai dan ombak ganas berumah tangga.

Sehinggakan terkadang terlintas di dalam hati, "Inikah hasil perkahwinan ikhwah dan akhawat...?" Astaghfirullah.. Maafkan kedangkalan saya itu. Saya ingatkan, perkahwinan ikhwah dan akhawat pastinya sempurna; bebas daripada masalah-masalah remeh yang sering melanda perkahwinan keluarga lain. Saya terlupa satu fakta yang terlalu amat asas; ikhwah dan akhawat juga manusia.

Selain itu, pengalaman hitam legam, lebih pekat dari kegelapan malam di masa lalu, turut menghantui diri sehingga ke hari ini. Lumpur-lumpur maksiat masih segar dalam ingatan. Maka terasa begitu zalim dan hina untuk mendirikan rumah tangga; terasa tidak layak untuk menikah dengan seorang wanita yang pastinya jauh lebih mulia dan suci daripada diri ini. Setiap kali terfikir hasrat untuk berkahwin, hasrat tersebut amat mudah dipatahkan dengan kisah-kisah silam yang lalu.

Tertunduk malu penuh keinsafan.

Dan ada beberapa lagi perkara yang perlu saya pertimbangkan sebelum membuat keputusan yang maha penting ini. Maaf tidak dapat saya kongsikan di sini. Bukan memberi alasan, cuma ini keputusan yang cukup penting dan besar. Saya tidak mahu membuat keputusan yang gopoh dan terburu-buru, yang akan saya sesali kelak.

Kepada ikhwah yang mengenali diri ini, percayalah, saya mahu berbaitul Muslim. Doakan agar Allah permudahkan urusan saya, biidznillah. Doakan agar Allah tanamkan keyakinan kepada diri saya untuk melangkah ke alam yang penuh misteri ini. Doakan agar Allah akan pertemukan saya dengan ketua bidadari syurga saya, yang akan berpimpinan tangan bersama-sama melangkah masuk ke dalam sorgaNya yang hakiki. Fulamaweh.

Seperti yang saya katakan, saya juga seorang lelaki normal yang cukup sifat-sifatnya. Tambahan pula, hanya dengan berbaitul Muslimlah akan lengkap separuh daripada agama saya. Dan bukankah mereka yang memilih untuk tidak berkahwin dengan sengaja, mereka itu bukan di kalangan umat Nabi Muhammad SAW..? Gulp. Jadi, kena kahwin.

Mengambil iktibar dan ibrah daripada pesanan seorang akh Super Saiya tentang bab berbaitul Muslim ini:

"...kalau nak rasa ketenangan sebenar insyaAllah cubalah utamakan maslahah dakwah.. Yang lain akan setel insyaAllah.

...kalau tak dapat seideal yang dia nak di dunia, nanti claim dengan Allah kat syurga insyaAllah."

Sunggu osem bukan..? Insha-Allah akan saya genggam kemas nasihat dan panduan ini.

"Ya Allah, kau pertemukanlah aku dengan pasangan yang solehah. Kau pertemukanlah aku dengan isteri yang dapat sama-sama berjuang di atas jalan dakwah dan tarbiyyah ini. Kau satukanlah hati aku dengan insan yang dapat berpimpinan denganku ke syurgaMu yang kekal abadi...!"

    "Dan orang-orang yang berkata: "Ya Rabb kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertaqwa."

[al-Furqan, 25:74]

Mahukah saya berkahwin? Of kos, sudah tentu. Bila mahu kahwin..? Entah. Angkat bahu, senyum kenyit mata.

10 Januari 2014

Khutbah terakhir Nabi Muhammad

Khutbah terakhir merujuk kepada khutbah atau ucapan terakhir Nabi Muhammad S.A.W kepada sekumpulan besar pengikut dan masyarakat Islam yang hidup pada zaman Nabi Muhammad S.A.W. Ia berlaku pada peristiwa Haji Wida' Rasulullah S.A.W yakni pada 9 Zulhijjah tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah, Bukit Arafah, baginda menyampaikan khutbah terakhirnya di hadapan kaum Muslimin, di antara isi dari khutbah terakhir Rasulullah itu adalah :

"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

"Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

"Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

"Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.

"Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

"Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku.

"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu."

Dipetik dari Wikipedia...

30 Disember 2013

Menyalin Bahasa Arab dalam Adobe Photoshop

Gadis A : B..tau tak mcm mana nak copy ayat alquran dalam adobe photoshop? setiap kali aku copy mesti jadi macam ni.





Gadis B : Ayat apa yang nk dicopy ni..terbalik..tak sambung pulak tu.
Gadis A: Aku nak copy ayat 'Bismillah' tapi mcm tu jadinya....hehehe
Gadis B : Sini, aku ajar cara nak copy ayat al-quran dalam photoshop... Tapi ni aku guna CS6 yang lain aku tak pasti boleh ke tak. Ni pun aku rujuk dari page DesainDigital.

1. Edit > Preferences > Type











2. Pada Choose Text Engine Options > Pilih Middle Eastern











3. Selepas Pilih Middle Eastern > Klik OK > Restart Photoshop











4. Buka fail baru dan copy ayat 'Bismillah' tadi.






5. Selepas siap copy ayat tadi. Tukar semula setting kepada asal iaitu East Asian.

Gadis A : Terima Kasih B....dan page DesainDigital.
Gadis B : Hopefully dapat membantu :)

3 Oktober 2013

Mengaktifkan 'Delete Confirmation Prompt' di Windows 8

Hari ini, saya nak berkongsi satu ilmu yang baru sahaja saya ketahui iaitu untuk mengadakan (enable) prompt untuk pengesahan menghapuskan sesuatu fail yang tidak diingini (delete confirmation prompt) di Windows 8.

1. Klik kanan pada 'Recycle Bin' yang terdapat pada laptop/komputer anda
 














2. Klik pada 'Properties' dan paparan dibawah akan dipaparkan.





















3. Tanda / 'Tick' pada 'Display delete confirmation dialog' dan klik button OK.
4. Jika selasai, cuba delete fail. Sekiranya semuanya langkah telah dilakukan, prompt dibwh akan dipaparkan.













26 Jun 2013

Manual Pengguna Urusan Tabung Haji Menggunakan Maybank2U

Saya nak kongsikan satu berita baik untuk sesiapa yang ada akaun tabung haji sebab lepas ni, tak payah lagi susah-susah lagi pergi di kaunter-kaunter bank untuk urusan berkaitan tabung haji.

Tabung Haji dah pun menawarkan perkhidmatan dalam talian kepada semua pendeposit TH.

Perkhidmatan dalam talian TH ini boleh diakses melalui;

1) Portal Maybank2U (M2U), www.maybank2u.com.my mulai 15 Jun 2013.
2) Portal mytaha, www.maytaha.com.my mulai 20 Jun 2013.

Tapi ada la cas yang dikenakan. Untuk lebih lanjut sila layari di website tabung haji
dan ni saya bagi shorcut untuk manual urusan tabung haji menggunakan maybank2u. Klik saya.


17 Jun 2013

Tips Dipermudahkan Mendapat Jodoh

Sesungguhnya urusan jodoh adalah ketetapan ALLAH. Kita hamba Nya yang lemah ini tidak ada daya upaya langsung untuk menetapkan jodoh kita melainkan semuanya dalam ketentuan Allah SWT. Namun, apa yang boleh kita buat ialah merayu dan memohon pertolongan ALLAH SWT supaya mempertemukan jodoh kita sebaik mungkin.

Berikut ini disenaraikan beberapa tips yang dapat anda amalkan dalam proses mencari jodoh terbaik anda. Pilihlah mana-mana amalan yang anda suka untuk diamalkan atau anda juga boleh lakukan kesemuanya sekali sekiranya mampu.

1. MEMBACA SURAH YASSIN SETIAP MALAM sebab dalam satu hadith nabi bahawa surah Yaasin ada 10 keberkatan, satu darinya ialah sesiapa yang masih belum berjodoh maka akan diberi jodoh. Baca kalau boleh setiap malam, atau kerap, dan niatkan supaya Allah swt segerakan jodoh dan berikan yang baik dan beriman. Insyaallah mustajab.

2. MEMBACA AL-FATIHAH BERULANG-ULANG KALI, niatkan supaya Allah swt segerakan jodoh. Juga terdapat dalam sebuah hadist, yang mana surah fatihah ada beberapa keberkatan antaranya diberi jodoh, baca berulang-ulang contoh 1x atau 3, 5, 7 atau seberapa yang anda suka dan niatkan supaya Allah swt berikan jodoh yang baik dan soleh.

3. MELAKUKAN SEMBAHYANG HAJAT 3 HARI BERTURUT-TURUT dengan penuh kusyuk dan pengharapan, dan lakukan juga amalan-amalan lain yang baik-baik, contoh sedekah, zikir, ziarah org sakit, yang penting hati sentiasa bergantung harap kepada Allah sahaja, jangan harap dari selain Allah, berdoa dengan sungguh-sungguh, dengan nada suara yang lembut dan merendah diri. Adukan problem anda kepada Allah swt, jika seseorang merahsiakan problemnya kepada manusia, kemudian mengadu hanya kepada Allah, maka Allah swt akan bantu dia, jika dia mengeluh kepada manusia maka Allah swt tidak akan bantu dalam masalah tersebut.

4. BERDOA DI SETIAP SELEPAS SOLAT 5 WAKTU, dengan berdoa untuk minta jodoh sahaja selama 20 minit-30 minit. Berdoa dengan mata separuh pejam. Insyaallah…

5. BANGUN TENGAH MALAM SEMBAHYANG TAHAJUD, kemudian solat taubat 2 rakaat, kemudian solat hajat beberapa rakaat yang anda mampu. Lagi banyak lagi baik. Kemudian berdoa dengan khusyuk, insyaallah..

6. SOLAT HAJAT 2 RAKAAT >Doa, 2 rakaat lagi>Doa, 2 rakaat lagi > Doa, sehingga datang rasa benar-benar yakin yang Allah swt telah makbulkan. Kalau masih tak yakin usahakan pada malam berikutnya sehingga datang keyakinan. Bila anda telah benar-benar yakin bahawa doa anda telah makbul, insyaallah, tunggu ajalah orangnya.(Tawakkal)

7. BETULKAN NIAT KAHWIN KERANA ALLAH, untuk selamatkan diri samada dari maksiat, ingin mendapat zuriat, untuk memudahkan menjalankan perintah Allah. Sabda nabi SAW, Allah menjamin untuk menolong 3 golongan:

1. Seseorang yang berjihad dijalannya
2. Seseorang yang berhutang dan berniat untuk membayarnya
3. Seseorang yang mahu kahwin untuk selamatkan agamanya

8. BERDOA DI WAKTU YG TERTENTU YANG MUSTAJAB atau di tempat-tempat tertentu yang mustajab. Contoh: Diantara azan dan Iqamah, waktu hujan, waktu jam 3-5pagi (tahajjud), dalam masjid, berdoa dengan disertakan ismulazam, sesudah solat 5 waktu, sesudah solat asar sehingga terbenam matahari pada hari Jumaat. dalam keadaan suci, badan, pakaian dan tempat, mengadap kiblat, suara antara kedengaran dengan tidak, meminta seperti seorang fakir yang sangat mengharap dan dalam kelaparan.

9. BERDOA DENGAN MENGGUNAKAN DOA-DOA AJARAN RASULULLAH atau dari Al-Quran adalah doa terbaik dan paling berkat, jika tak pandai doa ajalah dalam bahasa sendiri, Allah swt maha memahami.

10. SELAMAT BERAMAL, JANGAN MAKAN MAKANAN YG HARAM, ATAU GUNA PAKAIAN, TEMPAT APA SAJA YG HARAM subhat, kotor, makruh, makan makanan yang bersih, halal dan suci.

INSYAALLAH, jika anda amalkan tips-tips diatas dengan hati yang bersih dan ikhlas, apa sahaja permohonan, hajat, permintaan anda akan dimakbulkan oleh Allah, yakinlah. Kalau tak yakin cuba dulu, dan lihat sendiri. Jangan minta perkara-perkara yang karut-karut atau perkara mustahil, mintalah perkara-perkara yang baik sahaja. Allah swt maha kaya, dia mempunyai khazanah yang tidak ada kesudahan dan tak pernah berkurang, dia maha pangasih dan maha pemurah pula, dia suka memberi, dia suka manusia meminta dan berharap kepadanya, manusia sahaja yang kebanyakan tidak bijak kerana tidak mahu meminta dari Tuhan yang amat kaya dan pemurah. Meminta kepada sesama manusia adalah ibarat Seorang pengemis yang mengemis kepada pengemis yang lain.

Semoga Allah swt memberi anda jodoh yang terbaik.

Diambil dari klik sini

7 Jun 2013

10 Nasihat Menjadi Isteri Solehah

Pesan isteri ‘Auf Ibnu Mihlam Asy-Syaibani: “Puteriku, kini engkau meninggalkan tempat kelahiran menuju rumah baru dan orang baru yang belum pernah engkau ketahui keadaan dan wataknya. Maka, jadilah engkau sebagai pengabdi yang baik bagi suamimu, supaya dia menjadi pengabdi yang baik juga bagimu. Perhatikan baik-baik sepuluh perkara daripadaku supaya ia menjadi modal bagi hidupmu.”
 
Begitulah kasihnya isteri ‘Auf terhadap anak gadisnya, tetapi kasihnya itu bukan mengadakan majlis besar-besaran dan serba mewah, kasih sayang dizahirkan melalui kaedah menyalurkan nasihat berguna buat anaknya melayari alam rumah tangga supaya aman sejahtera dan bahagia.

Pesanan pertama kepada anaknya: “Jadilah engkau sebagai pendamping hidupnya yang selalu menerima apa adanya. Sebenarnya nasihat isteri ‘Auf itu bertepatan kehendak agama kerana sikap qanaah, bersedia dengan hati lapang terhadap kemampuan suami, menu keharmonian rumah tangga”. Erti kata lain, isteri tidak sesekali membebankan suami yang di luar batas kemampuannya. Inilah seharusnya ada pada diri seorang isteri solehah.

Seterusnya pesanan kedua beliau: “Bergaullah engkau bersama suamimu dengan cara mendengar dan mentaatinya.” Seorang Ulama’ pernah mengatakan: “Seseorang isteri itu hendaklah memberikan layanan pada suaminya, memelihara anak, mengatur urusan rumah tangga sebaik mungkin. Hendaklah dia memberikan layanan pada suami dengan layanan yang wajar dan sesuai keadaan.”

Isteri ‘Auf berkata lagi: “Tunjukkanlah dirimu di hadapan matanya sebagai seseorang yang paling menarik baginya dan tampilkan dirimu di hadapan hidungnya sebagai seseorang yang paling harum.” Kebijaksanaan dan kesediaan isteri menonjolkan imej peribadi dalam aspek lahiriah dan dalaman mampu mewujudkan hubungan lebih intim pasangan suami isteri. Ia ibarat suatu tembok pengukuh dalam membina keluarga bahagia melalui landasan diredai Allah.

Beliau juga berpesan supaya memperhatikan penjadualan waktu makan yang betul dan tepat serta menjaga ketenteraman masa tidur. Jadi, jika diteliti apa dipesan isteri ‘Auf kepada anak gadisnya, sesuai dan relevan dijadikan sebagai pedoman kita semua.

Pesanan lain, “Sesungguhnya kelaparan seseorang akan menyebabkannya mudah beremosi dan kurang tidur pula menyebabkan seseorang itu mudah melepaskan kemarahan.”
Ini adalah langkah proaktif isteri mengelakkan suasana kurang baik dalam berkomunikasi dan berhubungan dengan suami. Memang lumrah manusia, emosi menjadi kurang stabil dan mudah dibelenggu rasa kurang tenang apabila perut lapar atau kurang tidur. Lagilah bahaya kerana emosi negatif boleh meletup tanpa disangka.

Justeru, apa yang disarankan isteri ‘Auf adalah jalan pintas untuk membendung anasir negatif daripada muncul dalam rumah tangga. Mengamalkan budaya mencintai kebersihan juga ditonjolkan dalam wasiatnya supaya anaknya menjaga kebersihan tempat tinggal, keamanan harta suami dan berikan perhatian kepada suamimu serta keluarganya.

Jika kita amati pesanan itu, kita akan jumpa peringatan terbaik mengenai penjagaan persekitaran rumah tangga yang ceria dan bersih. Juga terselit ingatan supaya isteri menjadi seorang yang beramanah menjaga harta benda dalam rumah tangga.

Pesanan beliau selanjutnya dikira penting dipelihara rapi oleh isteri. Kata beliau: “Janganlah engkau membuka rahsia suamimu kepada orang lain dan jangan engkau melanggar perintahnya”. Islam menegah isteri menceritakan hubungannya dengan suami atau hal rumah tangga kepada orang lain.

Yang terakhir katanya: “Janganlah engkau berasa susah ketika dia dalam keadaan senang dan janganlah engkau berasa senang ketika dia dalam keadaan susah, kerana yang pertama termasuk moral yang tidak sesuai dan yang kedua termasuk merosakkan suasana. Jadilah engkau orang paling mengagungkan suamimu, agar dia menjadi orang yang paling memuliakanmu.”

Begitulah pesanan bermanfaat dan cukup indah dikemukakan isteri ‘Auf Ibnu Syaibah kepada anak gadisnya. Ibu bapa sewajarnya menitipkan pesanan untuk dijadikan panduan kepada anak yang akan melangsungkan pernikahan demi kesejahteraan rumah tangga mereka.


28 Mei 2013

Bergantunglah PadaNYA

Saya tertarik dengan petikan yang terdapat dalam blog MNBA iaitu Bermula dengan diri sendiri dahulu. Ia adalah proses yang baik dan tepat. Kerana, kebergantungan pada diri sendiri adalah lebih utama berbanding bergantung pada orang lain. Andai kita bergantung sepenuhnya pada bakal pasangan kita serta ahli keluarga begitu dan begini, boleh jadi, kita dapat sebaliknya. Kekecewaan mempengaruhi perasaan.

Pernah suatu ketika dahulu saya bergantung dan percaya kepada seseorang yang agak rapat dengan saya, segala masalah saya ceritakan padanya. Setiap kali masalah itu saya ceritakan, dia mesti membantu menyelesaikannya. Saya sangat gembira kerana ada tempat untuk saya bergantung, tetapi lama-kelamaan, setelah dia mendirikan rumah tangga, sedikit demi sedikit dia berubah dan seakan endah tak endah apabila saya menceritakan masalah saya. Akhirnya saya kecewa dan sedih.

Dari cerita tersebut, dapat disimpulkan, janganlah terlalu bergantung pada manusia, kerana manusia akan berubah. Tetapi bergantunglah kepadaNYA yang sentiasa mendengar masalah kita tanpa mengharap apa-apa balasan. Sesungguhnya, pengalaman hidup mengajar manusia untuk lebih matang dan mengenali pelbagai jenis manusia.

Rabbi Yassir Wa La Tu'assir - Ya Tuhan, permudahkanlah urusanku
(ربي يسر ولا تعسر)




15 Mei 2013

Pengiraan Insuran Kenderaan

Mari belajar cara pengiraan insuran kenderaan, nanti senang nk urus belanjawan bulan2. Kita rujuk kepada satu situasi.

Jenis Kereta : Viva (1000cc)
Tahun Diperbuat : 2007
Harga Nilai Semasa :21,000 (rujuk disini http://www.autoclaims.com.my/agv1/home.php )

Ok, mari mula belajar matematik :)

- NCD = Non Claim Discount :
     Thn pertama = 25 %
     Thn ke-2      = 30 %
     Thn ke-3      = 38.33 %
     Thn ke-4      = 45 %
     Thn ke-5 dan ke atas =55 %
- Bayaran yang dikenakan mengikut cc kereta :
     1400 ke bawah ------------- RM 199.20
     1401 - 1650 ---------------- RM 225.50
     1651 - 2200 ---------------- RM 251.50
     2201 - 3050 ---------------- RM 278.20
     3051 - 4100 ---------------- RM 304.50
     4101 - 4250 ---------------- RM 330.80
     4251 - 4400 ---------------- RM 357.80
     4401 ke atas ---------------- RM 383.50
- duti setem :
     RM10

a = Harga Nilai Semasa * 0.026 + bayaran yang dikenakan mengikut cc kereta.
b = NCD * a
c = duti setem

a = 21,000 * 0.026 + 199.20 = 745.20
b = 55/100 * 745.20 = 409.86
c = 10

Jumlah Insuran = a - b + c
                       = 745.20 - 409.86 + 10
                       = 345.34

OK, jadi jumlah insuran yang dikenakan untuk tahun 2013 ialah RM345.34.

24 April 2013

Panjangkan Tempoh Masa Kredit Prepaid Maxis Anda

Assalamualaikum... Hari ni, saya nak kongsi dengan sesiapa yang baca blog ni, cara-cara untuk memanjangkan tempoh masa kredit prepaid anda untuk talian maxis sebab saya guna maxis. Tapi bagi sesiapa yang guna RM10 sehari tu, tak payah la rasa-rasanya ikut tips ni. Bagi orang yang macam saya ni, nak topap RM5 sebulan pun liat mmg la sesuai.

1. Taip *100# pada handphone.
2. Akan Keluar Menu banyak-banyak, pilih Seterusnya.
3. Lepas tu, pilih menu Hotlink Specials.
4. Pilih pulak Validity.
- Kat menu validity ni ada 2 pilihan setakat ni.
   1. Validity 90 : 90 hari aktif pada RM 8.
   2. Validity 365 : 365 hari aktif pada RM33.
5. Kemudian langgan.
6. Akhir sekali semak tarikh prepaid anda.

Terima Kasih dan Selamat Mencuba

23 April 2013

MNBA: UNTUK JADI BAIK

MNBA: UNTUK JADI BAIK: Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam buat Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Keluarga baginda sall...