28 Mei 2013

Bergantunglah PadaNYA

Saya tertarik dengan petikan yang terdapat dalam blog MNBA iaitu Bermula dengan diri sendiri dahulu. Ia adalah proses yang baik dan tepat. Kerana, kebergantungan pada diri sendiri adalah lebih utama berbanding bergantung pada orang lain. Andai kita bergantung sepenuhnya pada bakal pasangan kita serta ahli keluarga begitu dan begini, boleh jadi, kita dapat sebaliknya. Kekecewaan mempengaruhi perasaan.

Pernah suatu ketika dahulu saya bergantung dan percaya kepada seseorang yang agak rapat dengan saya, segala masalah saya ceritakan padanya. Setiap kali masalah itu saya ceritakan, dia mesti membantu menyelesaikannya. Saya sangat gembira kerana ada tempat untuk saya bergantung, tetapi lama-kelamaan, setelah dia mendirikan rumah tangga, sedikit demi sedikit dia berubah dan seakan endah tak endah apabila saya menceritakan masalah saya. Akhirnya saya kecewa dan sedih.

Dari cerita tersebut, dapat disimpulkan, janganlah terlalu bergantung pada manusia, kerana manusia akan berubah. Tetapi bergantunglah kepadaNYA yang sentiasa mendengar masalah kita tanpa mengharap apa-apa balasan. Sesungguhnya, pengalaman hidup mengajar manusia untuk lebih matang dan mengenali pelbagai jenis manusia.

Rabbi Yassir Wa La Tu'assir - Ya Tuhan, permudahkanlah urusanku
(ربي يسر ولا تعسر)




Tiada ulasan: