5 Mei 2011

Selamat Hari Ibu

Persoalannya, wajarkah hanya kerana cinta seorang kekasih – yang mungkin baru dikenali setahun, dua tahun atau dua tiga bulan, anda perlu lupakan dan pinggirkan terus kasih sayang ibu dan bapa anda? Wajarkah?

Tak salah nak bercinta tetapi perlu diingat, bukan sampai anda mengenepikan ibu bapa anda. Hubungan yang tidak direstui oleh ibu bapa amat sukar untuk bahagia. Pasti akan ada saja masalah yang melanda. Jika bukan berpunca daripada pasangan, perkara lain di sekeliling anda akan berikan anda kecelaruan fikiran yang akhirnya boleh menyebabkan rumahtangga anda berantakan.

Fikirkan: Anda menikmati kasih sayang suci dan tulus daripada ibu bapa anda selama 15 tahun, 18 tahun, 25 tahun atau 28 tahun sebelum anda bertemu dan akhirnya bercinta dengan kekasih anda. Ibu dan bapa lah yang menatang anda seperti minyak yang penuh. Tidak membenarkan walau seekor nyamuk pun hinggap di badan anda. Menurut segala kehendak dan mereka tidak pernah pun merungut dan akan sentiasa cuba memenuhi permintaan anda walau sesukar mana sekali pun. Sanggup mengikat perut mereka semata-mata kerana anda.

Apakah waras dan logik tindakan anda melupakan segala kasih sayang itu hanya setelah bertemu cinta yang kononnya sejati daripada kekasih anda dua tiga bulan atau dua tiga tahun sebelum ini?

Ingatlah!! Hubungan kekasih malah hubungan perkahwinan boleh berakhir dan hancur tetapi hubungan antara anak dan ibu bapa takkan putus hingga ke akhirat. Suami atau isteri semacam daki yang melekat di badan, boleh dibuang bila-bila masa sahaja tambah bila dah pasti, tidak berguna kepada hidup anda. Tetapi ibu bapa adalah umpama badan anda, segalanya di dalam tubuh anda adalah ibu bapa anda, tak mungkin terlerai dan jika terlerai, hidup sudah tidak bererti.

Ingatlah!! Setitis air mata ibu anda yang jatuh ke bumi kerana sedih dek perbuatan anda, takkan anda tertanggung beban dosanya di akhirat nanti.
Hanya kasih ibu kasih yang sejati. Insaflah!!!

Doakanlah kedua ibubapa selepas solat lima waktu :



Maksudnya : Ya Allah! Ampunilah bagiku segala dosaku dan juga dosa dua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil.

Saya share artikel ni dr blog : http://resipihidup-bersamasuzana.blogspot.com/

Tiada ulasan: