30 November 2012

Kerja-Kerja Sukarelawan

18 November 2012 hari tu, aku join Program Volunteering De Zoo anjuran Yayasan SALAM.. Agak baik juga la program ni.. Selama ni, buat kerja sukarelawan untuk manusia, kali ni buat untuk haiwan-haiwan kat zoo pulak. Lokasi program di Zoo Negara.. Ramai juga yang join, kebanyakannya sukarelawan baru. Setiap org dibahagikan kepada kumpulan masing-masing. Dalam satu kumpulan tu, ada 10 orang dan akan diketuai oleh renjer zoo... Kumpulan aku semuanya ok..ada yang doktor, ada yang programmer macam aku, dan macam-macam lagi...Tugasan yang diberi pada kami...bersihkan kandang harimau, unta, seladang...

Masuk je kandang harimau dan singa, berderau rasanya sebab dengar dia mengaum...Ada seekor harimau tu nama dia Ella...Bila renjer tu panggil dia, dia mesti berguling-guling..

Aku dan 3 orang lagi (lupa nama diorg), seorang je aku ingat, Aisya...dia student lagi..aku dan dia kena bersihkan kandang seladang...besar sungguh seladang tu, ada 3 ekor masa tu, susah jugak nak bersihkan kandang diorang ni, bau jangan cakap la...harum semerbak...Lepas dan bersihkan semua, kena siapkan makanan diorang pula, diorang makan rumput dan palet. Nak buat cerita, masa tengah angkat rumput, tiba-tiba si seladang dekat dengan kami, nasib baik la ada pagar, kalau tak ada, mau lari tak cukup tanah... hehe...Seladang tu dekat sebab dia dah lapar sangat, kami pn bagi la dia makan...

Lepas dah siap semua kat kandang seladang, aku dan aisya p lawat 2 orang lagi kat kandang unta.. Kandang unta ni, aku geli sikit...najis dia banyak...lepas tu kandang dia agak basah...Tapi unta yang muda tu manja... 

Tapi memang best dapat buat kerja-kerja macam ni, at least boleh release tension tengok binatang ni. Lagi pun, kita kan kena berguna pada semua makhluk Allah, tak kira la binatang atau manusia.. Pada sesiapa yang berminat sila la like page SIG-SALAM ni...Kita memang tak dapat apa-apa pulangan wang ringgit, tapi dapat kepuasan bila berbakti dengan makhluk Allah ni.. :)
Latar belakang : Kandang harimau dan singa




29 November 2012

Resepi Cik Mek Molek

Sejak dua menjak ni, kerajinan aku untuk ke dapur sangat luar biasa. Ni nak kongsi lagi satu resepi dari pantai timur rasanya, sebab aku belajar resepi ni dari ex-housemate aku merangkap best fren dr sekolah menengah sampai sekarang kan Ina (kalo ko baca mesti terharu kan). Terima kasih Ina ajar aku buat kuih ni. Jom kita start masak.

Bahan-bahan:
1. Ubi keledek yang warna putih.
2. Gula
3. Minyak Masak
4. Tepung Gandum

Cara Membuatnya :
1. Buang kulit ubi keledek dan rebus sehingga lembut (agak-agak boleh dilenyek)
2. Angkat dan toskan ubi keledek yang sudah direbus.
3. Setelah sejuk, lenyek-lenyek menggunakan sudu sehingga lembut.
4. Masukkan tepung gandum dalam keledek yang dilenyek tadi. (aku main agak-agak jer masukkan tepung ni, takda sukatan2)
5. Uli sehingga jadi doh dan boleh dibentuk.
6. Bulatkan doh bulat-bulat kecil.
7. Leperkan doh tadi, dan masukkan gula didalamnya (ala-ala buat buah melaka).
8. Selepas itu, bujurkan doh.
9. Goreng.
10. Siap

Bawah ni gambar kalau dah siap, Aku punya kuih belum siap lagi sebab pagi esok baru nak buat :)
Selamat Mencuba!!!


















26 November 2012

Khasiat Air Lemon

Assalamualaikum... Buat pertama kalinya aku berblog time ofis hour disebabkan task aku dah siap untuk sprint kali ni.. Aku pun mengoggle-goggle pasal air lemon.. Akhir-akhir ni, aku sangat menjaga kesihatan dan kecantikan...hihi..al maklum la dh umur meningkat. Sepanjang pencarian aku pasal air lemon ni, ada satu artikel ni best sangat, dia cerita pasal khasiat air lemon.. Ni aku kongsikan bersama khasiat-khasiat air lemon, bukan je untuk kecantikan, tapi kesihatan jugak..

1. Menambahkan Tahan Ketahanan Dalam Badan: Lemon kaya dengan Vitamin C dan juga Kalium (potassium) yang amat diperlukan badan. Vitamin C juga bagus untuk melawan demam manakala Kalium mampu melancarkan perjalanan fungsi dan perjalanan darah dengan betul. Oleh yang demikian, amalkan meminum segelas air suam dicampur sehiris lemon untuk dijadikan minuman selepas bangun tidur kerana ketika itu, perjalanan dan urat baru mula berasa tekanan kerja.

2. Keseimbangan PH: Lemon merupakan makanan berakali tinggi yang menakjubkan. Percaya atau tidak, lemon bertindak sebagai asid sendiri, tetapi di dalam badan kita ianya alkali (asid sitrik tidak wujud sebagai asid semulajadi setelah metabolisme kita meningkat). Jika anda ingin tahu, keseimbangan alkali dalam badan merupakan kunci kepada kesihatan diri.

3. Membantu Masalah Mengurangkan Berat Badan: Bagi mereka yang mempunyai masalah berat badan yang sedikit gempal, amalkan rutin harian ini untuk memiliki tubuh badan yang diidamkan, kerana lemon mepunyai khasiat serat pektin yang tinggi, dimana ianya mampu melawan kelaparan. Ianya juga menunjukkan bahawa mereka yang kekal alkali di dalam badan boleh mengurangkan berat badan dengan mudah. Oleh yang demikian, bagi mereka yang gemar makan berat di waktu malam, amalkan rutin ini agar kawalan perut anda berada dalam keadaan seimbang.

4. Masalah Penghadaman: Bagi mereka yang berasa ada makanan yang tersekat di ulu hati, cuba tip ini, kerana air suam mampu melancarkan makanan yang tersekat di ulu hati, manakala lemon pula bertindak sebagai mineral dan vitamin yang membantu perjalanan sistem penghadaman anda.

5. Pembersihan Air Kencing: Jus lemon membantu membuang bahan yang tidak diperlukan badan kerana lemon menaikkan tahap kekerapan membuang air kencing dalam satu-satu masa ( ianya bagus untuk badan kerana kencing membuang toksik) . Oleh yang demikian, jika anda amalkan minum Jus lemon, tahap kebersihan air kencing anda akan meningkat dan sihat.

6. Kulit Cerah & Bersih: Seharian kita didedahkan dengan cuaca yang terik dan habuk yang banyak. Mulakan hari anda dengan menghalang kulit anda dari terus rosak dan dari dijangkiti kuman yang tidak menentu dengan minum air lemon. Pasti dalam beberapa lama, kulit anda akan ada perubahan.

7. Mengelakkan Dehidrasi: Air yang mencukupi amat penting untuk membantu perjalanan sistem di dalam badan kita. Lemon membantu menghalang keletihan dan dehidrasi. Apabila badan anda mengalami dehidrasi anda akan automatik merasa keletihan. Fungsi yang mengawal sistem dalam badan yang menghalang dari berasa keletihan dan lesu tidak dapat bergerak dengan betul jika tidak meminum air dengan kuantiti yang banyak dimana ianya akan terus mengurangkan tenaga dalam badan yang membawa kepada stress. 

 So, mari kita sama-sama minum air lemon!!!