Pesan isteri ‘Auf Ibnu Mihlam Asy-Syaibani: “Puteriku, kini
engkau meninggalkan tempat kelahiran menuju rumah baru dan orang baru
yang belum pernah engkau ketahui keadaan dan wataknya. Maka, jadilah
engkau sebagai pengabdi yang baik bagi suamimu, supaya dia menjadi
pengabdi yang baik juga bagimu. Perhatikan baik-baik sepuluh perkara
daripadaku supaya ia menjadi modal bagi hidupmu.”
Begitulah kasihnya isteri ‘Auf terhadap anak gadisnya, tetapi
kasihnya itu bukan mengadakan majlis besar-besaran dan serba mewah,
kasih sayang dizahirkan melalui kaedah menyalurkan nasihat berguna buat
anaknya melayari alam rumah tangga supaya aman sejahtera dan bahagia.
Pesanan pertama kepada anaknya: “Jadilah engkau
sebagai pendamping hidupnya yang selalu menerima apa adanya. Sebenarnya
nasihat isteri ‘Auf itu bertepatan kehendak agama kerana sikap qanaah,
bersedia dengan hati lapang terhadap kemampuan suami, menu keharmonian
rumah tangga”. Erti kata lain, isteri tidak sesekali membebankan
suami yang di luar batas kemampuannya. Inilah seharusnya ada pada diri
seorang isteri solehah.
Seterusnya pesanan kedua beliau: “Bergaullah engkau bersama suamimu dengan cara mendengar dan mentaatinya.” Seorang Ulama’ pernah mengatakan: “Seseorang
isteri itu hendaklah memberikan layanan pada suaminya, memelihara anak,
mengatur urusan rumah tangga sebaik mungkin. Hendaklah dia memberikan
layanan pada suami dengan layanan yang wajar dan sesuai keadaan.”
Isteri ‘Auf berkata lagi: “Tunjukkanlah dirimu
di hadapan matanya sebagai seseorang yang paling menarik baginya dan
tampilkan dirimu di hadapan hidungnya sebagai seseorang yang paling
harum.” Kebijaksanaan dan kesediaan isteri menonjolkan imej
peribadi dalam aspek lahiriah dan dalaman mampu mewujudkan hubungan
lebih intim pasangan suami isteri. Ia ibarat suatu tembok pengukuh dalam
membina keluarga bahagia melalui landasan diredai Allah.
Beliau juga berpesan supaya memperhatikan
penjadualan waktu makan yang betul dan tepat serta menjaga ketenteraman
masa tidur. Jadi, jika diteliti apa dipesan isteri ‘Auf kepada anak
gadisnya, sesuai dan relevan dijadikan sebagai pedoman kita semua.
Pesanan lain, “Sesungguhnya kelaparan seseorang
akan menyebabkannya mudah beremosi dan kurang tidur pula menyebabkan
seseorang itu mudah melepaskan kemarahan.”
Ini adalah langkah proaktif isteri mengelakkan suasana kurang baik dalam
berkomunikasi dan berhubungan dengan suami. Memang lumrah manusia,
emosi menjadi kurang stabil dan mudah dibelenggu rasa kurang tenang
apabila perut lapar atau kurang tidur. Lagilah bahaya kerana emosi
negatif boleh meletup tanpa disangka.
Justeru, apa yang disarankan isteri ‘Auf adalah jalan pintas untuk membendung anasir negatif daripada muncul dalam rumah tangga. Mengamalkan budaya mencintai kebersihan juga ditonjolkan dalam wasiatnya supaya anaknya menjaga kebersihan tempat tinggal, keamanan harta suami dan berikan perhatian kepada suamimu serta keluarganya.
Justeru, apa yang disarankan isteri ‘Auf adalah jalan pintas untuk membendung anasir negatif daripada muncul dalam rumah tangga. Mengamalkan budaya mencintai kebersihan juga ditonjolkan dalam wasiatnya supaya anaknya menjaga kebersihan tempat tinggal, keamanan harta suami dan berikan perhatian kepada suamimu serta keluarganya.
Jika kita amati pesanan itu, kita akan jumpa peringatan terbaik
mengenai penjagaan persekitaran rumah tangga yang ceria dan bersih. Juga
terselit ingatan supaya isteri menjadi seorang yang beramanah menjaga
harta benda dalam rumah tangga.
Pesanan beliau selanjutnya dikira penting dipelihara rapi oleh isteri. Kata beliau: “Janganlah engkau membuka rahsia suamimu kepada orang lain dan jangan engkau melanggar perintahnya”. Islam menegah isteri menceritakan hubungannya dengan suami atau hal rumah tangga kepada orang lain.
Yang terakhir katanya: “Janganlah engkau berasa
susah ketika dia dalam keadaan senang dan janganlah engkau berasa senang
ketika dia dalam keadaan susah, kerana yang pertama termasuk moral yang
tidak sesuai dan yang kedua termasuk merosakkan suasana. Jadilah engkau
orang paling mengagungkan suamimu, agar dia menjadi orang yang paling
memuliakanmu.”
Begitulah pesanan bermanfaat dan cukup indah
dikemukakan isteri ‘Auf Ibnu Syaibah kepada anak gadisnya. Ibu bapa
sewajarnya menitipkan pesanan untuk dijadikan panduan kepada anak yang
akan melangsungkan pernikahan demi kesejahteraan rumah tangga mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan