Assalamualaikum... Hari ni, saya nak kongsi dengan sesiapa yang baca blog ni, cara-cara untuk memanjangkan tempoh masa kredit prepaid anda untuk talian maxis sebab saya guna maxis. Tapi bagi sesiapa yang guna RM10 sehari tu, tak payah la rasa-rasanya ikut tips ni. Bagi orang yang macam saya ni, nak topap RM5 sebulan pun liat mmg la sesuai.
1. Taip *100# pada handphone.
2. Akan Keluar Menu banyak-banyak, pilih Seterusnya.
3. Lepas tu, pilih menu Hotlink Specials.
4. Pilih pulak Validity.
- Kat menu validity ni ada 2 pilihan setakat ni.
1. Validity 90 : 90 hari aktif pada RM 8.
2. Validity 365 : 365 hari aktif pada RM33.
5. Kemudian langgan.
6. Akhir sekali semak tarikh prepaid anda.
Terima Kasih dan Selamat Mencuba
24 April 2013
23 April 2013
MNBA: UNTUK JADI BAIK
MNBA: UNTUK JADI BAIK: Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam buat Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Keluarga baginda sall...
Label:
Tazkirah
15 April 2013
5 April 2013
Pola Felt - Kepala Rabbit
Apa itu felt craft? Rasanya semua dah tau felt craft ni, banyak aksesori boleh buat dari kain felt ni. Saya nak kongsi dengan pembaca-pembaca blog pola bagi kepala rabbit. Pola ni saya buat sendiri ye, bukan copy paste dari mana-mana sumber. Untuk lebih lanjut mengenal kraf felt ni, sila berkunjung ke website ni http://www.susndfeltproduct.com
Selamat berkraf!!!
Label:
Felt Craft
2 April 2013
Lagi Resepi Jawa : Kerabu Jawa
2 minggu lepas, saya pulang ke kampung, tiba-tiba teringin kerabu jawa. Saya pun apalagi, cakap kat mak nak buat kerabu dan menuntut ilmu cara-cara membuat kerabu jawa. Ok, ni cara-cara dan bahan-bahan untuk membuat resepi kerabu jawa.
Bahan-bahan :
1. Kacang Panjang
2. Pucuk Ubi
3. Tauge
4. Timun
5. Daun Limau Purut
6. Bawang Merah
7. Bawang Putih
8. Cekur (3 biji)
9. Ikan Bilis atau Udang Kering
10. Hampas Kelapa
11. Cili Padi
Cara-cara Membuatnya :
1. Potong Kacang panjang dalam anggaran lebih kurang 3 cm.
2. Parut timun macam dalam laksa tu.
3. Kemudian masak air sehingga mendidih dan masukkan sayur kacang panjang, pucuk ubi dan tauge.
4. Rebus sehingga masak.
5. Setelah masak, toskan sayur-sayur tadi.
6. Hiris halus daun limau purut.
7. Goreng bawang merah, bawah putih dan ikan bilis.
8. Goreng hampas kelapa tanpa menggunakan minyak (istilah dia saya tak ingat) sehingga hampas agak-agak berwarna coklat, tapi jangan hangit pulak.
9. Tumbuk cili padi dengan bawang merah, putih dan ikan bilis yang digoreng tadi sehingga lumat dan masukkan garam secukup rasa serta masukkan cekur.
10. Setelah lumat, masukkan hampas kelapa yang digoreng tadi hingga dia sebati dengan bahan-bahan rempah tadi. Tapi tumbuk jangan hancur sangat nanti tak sedap. Agak-agak hampas tu antara hancur dn tak hancur.
11. Lepas tu, sayur-sayur yang telah disediakan tadi dimasukkan dalam satu bekas dan masukkan daun limau purut yang dihiris tadi.
12. Akhir sekali, masukkan hampas kelapa yang telah ditumbuk tadi dan gaul bersama sayur-sayur sampai mesra sesama mereka..
Selamat Mencuba!!!

Masak2
Resepi Masakan : Cucur Jagung
Assalamualaikum... Dah lama saya tak tulis pasal resepi yang saya ubah suai. Hari ni saya nak kongsikan resepi cucur jagung versi c!k caL!ph :) Resepi ni sangat mudah disediakan:
Bahan-bahan :
1. 1 tongkol jagung (nak guna jagung dlm tin pn blh, tp tak sedap sangat pada saya la)
2. 1 biji kentang
3. Garam
4. Ikan bilis (dalam 15 ekor)
5. 1 ulas Bawang Merah
6. 2 cawan tepung gandum
7. Air secukupnya
Cara Membuatnya :
1. Hiris jagung macam nak buat bubur jagung tu dan ambil sekali pati jagung tu.
2. Kentang dipotong dadu.
3. Tumbuk ikan bilis yang telah dibuang tahi dia dengan bawang sehingga lumat.
4. Masukkan bahan yang ditumbuk tadi dalam bekas dan tuang sedikit air dan masukkan sedikit garam.
5. Gaul campuran air, garam dan bahan yang telah ditumbuk tadi.
6. Kemudian masukkan jagung dan kentang ke dalam campuran tadi.
7. Akhir sekali, masukkan tepung ke dalam campuran yang telah digaul dengan jagung dan kentang.
8. Panaskan minyak dan goreng.
9. Sedia untuk dihidang.

Langgan:
Catatan (Atom)