9 Januari 2011

Adakah Anda Terlalu Banyak dan Terlalu Awal Memberikan Cinta?

“Saya dah berikan segalanya dan dia masih lagi tak cintakan saya”, adalah perkara biasa yang kita dengar dari perempuan.

“Macam-macam aku dah beri kat dia,tapi takde apa pun yang berlaku.Hadiah aku dia ambil,cakap terima kasih,aku ni baik orangnya…tapi tetap juga tak cintakan aku”,ini cerita lelaki pula yang biasa lelaki cakap dan lalui.Lelaki bagiiii je,perempuan ambilllll je,Tak pasal-pasal lelaki lain pulak yang dapat perempuan tu!

Permulaan,membuat macam-macam nampak macam normal dan selalunya memang seronok.Lagi pun,dalam bercinta la katakan,bukan ke memang sepatutnya kita buat macam-macam untuk orang yang kita sayang…dan tentu begitu seronok dan nampak patut sangat apa kita buat yang terbaik,bukan orang lain…untuk pasangan kita jugak.

TIDAK! Tidak patut anda melakukan semua itu sehinggalah perhubungan anda mencapai tahap yang sepatutnya dan tertentu.Sebelum tahap itu,anda hanya membuat perhubungan anda ‘sesak’ seperti memaksa bunga kembang sedangkan sepatutnya bunga itu kembang dengan semulajadi.

Memberi terlalu banyak dan awal adalah antara kesilapan besar wanita dan lelaki dalam bercinta.Ok,saya akan jelaskan kenapa perkara macam ni ‘menyesakkan perhubungan, macamana cinta itu berkembang dengan sendirinya,macamana nak tahu bila dan adakah anda memberi atau membuat terlalu lebih,kalau ya macamana nak buat,dan bilakah masanya untuk memberi dan membuat segalanya untuk orang yang anda cintai.

Mula-mula sekali kita mula untuk mengenali apakah cara-cara yang anda telah buat itu yang dikategorikan sebagai terlebih beri.


Terlebih Beri-Kita Mulakan….

Cinta dan Kasih Sayang Terlalu Awal dan Terlalu Banyak

Baru jumpa dua kali dah cakap “I Love You”..Saya cinta kat awak…Saya sayang kat awak…. Jumpa kali ketiga dah macam tak nak balik.Jumpa macam dia berdua je la dalam dunia ni.Minggu kedua pulak pulak,tak cukup dengan jumpa…buat surat lagi,email la..hari-hari macam tu. Jadi lepas ni apa akan jadi pada perhubungan?Tunggu saja perhubungan itu berkecai.

Yati dan Amir jatuh cinta dalam sekelip mata.Baru satu ‘dating’ dah macam tak dapat dipisahkan.Amir belikan bunga;Yati pulak buat sandwich kegemaran Amir setiap hari.Amir bagi kad cinta hari-hari;Yati pun bagi selitkan nota cinta dalam poket Amir setiap hari.
Kemudian satu hari,Amir terlupa beli bunga.Yati amat sedih.Yati pulak terlupa selitkan nota cinta.Amir rasa kurang dicintai.Perasaan curiga mula menyelinap dalam percintaan mereka.Perhubungan mereka seterusnya bertambah retak dan menanti belah.

Komitmen Terlalu Awal dan Terlalu Banyak

Komitmen sebelah pihak walaupun secara sukarela memberi tanda bahawa terdapatnya unsur ‘terdesak’ dalam perhubungan.Lelaki akan buat macam ni tapi tak la selalu.Wanitalah yang akan selalu melakukan perkara ini kerana wujud perasaan takut kehilangan lelaki yang disayanginya walaupun lelaki tersebut tidak menunjukkan komitmen sepertinya dalam perhubungan.
Wanita akan cuba melakukan apa sahaja demi lelaki yang disayanginya dengan harapan ia dapat membuktikan kasih-sayangnya,dan berharap tindakannya akan membawa ikatan yang lebih kukuh dengan pasangannya.Selalunya ‘gagal’.

Hadiah Yang Terlalu Awal

Kalau anda masukkan elemen wang dalam perhubungan,anda akan meletakkan tekanan atas seseorang. Sekiranya anda seorang lelaki, wanita mungkin akan tersalah tafsir niat anda dan mungkin juga melihat ia semacam pertukaran,hadiah untuk sex.Kalau tidak pun,wanita kemungkinan akan rasa selesa dengan hadiah yang bermacam-macam dan kerap daripada anda,bila anda berhenti daripada memberi hadiah,si dia akan rasa kecewa.

Sekiranya anda seorang wanita pula,katalah anda menghadiahkan jam tangan yang mahal untuk pasangan anda di hari jadinya,dan anda juga suka berbelanja besar dan ekslusif,ia boleh merisaukan lelaki.Kemungkinan dia terfikir bagaimanakah agaknya cara anda berbelanja selepas kahwin nanti ya?Perlu diingat,walaupun anda seorang yang kaya,jarang ada lelaki yang mahu hidup bersama dengan seorang wanita yang secara terang menunjukkan cara hidupnya yang boros.

Senang cakap,jangan jadikan elemen wang sebagai tarikan utama dan berterusan untuk mendapatkan cinta pasangan anda kerana akhirnya anda pasti berhadapan dengan perhubungan yang porak-peranda.

Terlalu Banyak Maklumat dan Terlalu Awal

Lelaki dan perempuan selalu jugak memberitahu banyak maklumat tentang dirinya terlalu awal dalam sesuatu perhubungan itu.Katalah baru dua kali anda berjumpa, tak patut sungguh anda ceritakan bahawa anda selalu bergaduh dengan adik-beradik anda,masalah keluarga dan segala perihal peribadi anda kepada si dia.Ini pasti memberikan gambaran yang tidak elok terus kepada anda sendiri di mata pasangan anda.


Bagaimana Terlebih Beri Membuat Percintaan “Sesak”

Hampir serupa dengan tanaman.Anda tak pasti berapa banyakkah baja yang perlu anda letakkan,akhirnya anda terlebih meletak baja dengan harapan tanaman akan lebih sihat dan subur.Akhirnya tanaman tersebut mati kerana terlebih baja.Begitu juga dengan percintaan.Berikut adalah bagaimana terlebih beri boleh merosak dan membunuh perhubungan anda:

1. Sekiranya anda rasa tak cukup dengan apa yang diberikan,atau apa yang anda dapat telah berkurangan,kemungkinan anda boleh rasa tertipu.

2. Akan wujud perasaan terdesak dalam diri anda akibat terlalu ingin melihat hasil atas apa yang telah anda beri dan lakukan.

3. Anda tidak mengendahkan diri anda kerana terlalu menumpukan kepada pasangan anda.Akhirnya pekerjaan,pelajaran atau apa sahaja yang anda lakukan akan terjejas dan kesannya akan balik kepada perhubungan anda.

Dalam situasi yang jauh lebih buruk,membuat dan memberi dengan lebih ini akan merubah diri anda yang sebenar.Situasi ini akan menjadikan anda bukan diri anda yang dikenali oleh rakan-rakan anda,dan juga orang yang mengenali anda.Kemungkinan pasangan anda juga mula perasan bahawa anda yang dia kenal telah menjadi seperti orang lain.

Selain itu,anda boleh juga dipergunakan.Anda buat dan beri segalanya untuk pasangan anda,dalam masa yang sama si dia tidak serius dan hanya mengambil kesempatan dari anda.Ini boleh mewujudkan tekanan jiwa kerana anda tidak dapat memutuskan perhubungan dengannya kerana anda terlalu cinta kepadanya.

Oleh itu,sebelum perhubungan anda mencapai tahap yang sepatutnya dan anda betul-betul pasti dengan keadaan percintaan anda,jangan terlebih beri.Banyak perkara yang perlu anda kaji,pastikan dan perhatikan supaya anda benar-benar yakin anda telah menemui cinta sejati anda dan berbaloi untuk anda memberi dan membuat segalanya untuk perhubungan dan percintaan anda.


Antara Cara Untuk Mengenal Yang Anda Sedang Terlebih Beri

1. Anda telefon si dia lebih dari si dia menelefon anda

2. Segala perancangan anda buat,bila keluar bersama anda saja yang membayar.

3. Anda sahaja yang sering memberikan si dia hadiah.

4. Anda selalu membuat segalanya untuk si dia dan anda rasa di tipu dan marah kerana segala yang anda lakukan tidak dibalas dengan balasan yang setimpal dan tidak dihargai.

5. Anda terasa bahawa anda telah mula diambil kesempatan.

6. Anda mula rasa tertekan dan terdesak untuk mendapatkan cinta si dia.Perasaan risau akan kehilangan si dia juga telah mula hadir dalam diri anda.


Terlebih Beri akan menjadi “Gila Cinta” apabila:

1. Keceriaan dalam hidup anda maksudnya hanya apabila anda dapat membuatkan si dia gembira.

2. Anda mengabdikan hidup anda untuk memastikan kejayaan si dia sehingga peringkat tidak mempedulikan kerjaya,hidup anda atau kejayaan anda sendiri.

3. Si dia mula menjauhkan diri dari anda dan anda pula semakin kerap membuat,memberi dan melakukan segalanya untuk memastikan si dia kekal bersama anda.

4. Rakan-rakan anda mengatakan anda telah berubah dan mula menjauhkan diri dari anda.Anda pula tak peduli bila perkara ini berlaku kerana fokus anda hanya pada si dia.

5. Mungkin anda sedar anda sebenarnya dipermainkan,diperbodohkan dan diambil kesempatan,namun anda tidak mempedulikan itu semua dan terus berusaha untuk mendapatkan si dia hanya atas nama cinta.


Macamana Nak Buat?


Sekiranya anda telah mencapai peringkat “Gila Cinta”,sesuatu perhubungan itu tidak mungkin dapat diselamatkan.Sekiranya tidak sampai ke peringkat itu,harapan untuk memulihkan sesuatu perhubungan itu adalah cerah.

Sekiranya pernah anda mengatakan,”I Love You” terlalu awal,atau anda seorang lelaki yang terlalu banyak memberi hadiah terlalu awal,atau juga seorang perempuan yang pernah berkata, “Jangan tak telefon saya malam nanti ya!” secara tidak sengaja dalam perjumpaan pertama,perhubungan anda boleh dipulihkan dan dibetulkan semula.

Ingat lagi tentang baja dan pokok di awal artikel tadi?Apa yang anda perlu buat ialah berhenti membaja dan berharap.Kalau anda telah terlajak dalam terlebih beri,berhenti dan langkah ke belakang semula supaya perhubungan boleh bernafas semula.

Jangan telefon.Kalau boleh,pergi melancong,balik kampung,berehat ke tempat lain dan hantar SATU poskad saja kepada si dia.Kalau anda tak boleh melancong atau ke tempat lain,sibukkan diri anda mungkin dengan kerja atau rakan-rakan untuk beberapa minggu.Jangan risau,anda takkan kecewa.

Ini penting!Berikan ruang untuk perhubungan anda.Biar sedikit masa berlalu tanpa ada tindakan dari anda dan jangan lupa – anda perlu sentiasa ceria.Mungkin sesekali boleh buat panggilan telefon dan sms tapi jangan bercakap terlalu lama.Sekadar bertanya khabar cukuplah..mungkin dua minggu sekali.


Wujudnya ruang seperti ini dalam perhubungan membolehkan kedua pihak memikirkan semula hala tuju perhubungan.Segala tindakan yang tidak sesuai dapat diperbetulkan semula.Tindakan yang tepat dan baik untuk perhubungan dapat dibuat kerana fikiran anda telah kembali normal dan keputusan tidak dibuat berdasarkan emosi.

Kesimpulan

Secara mudah boleh saja dikatakan di sini,Terlalu Banyak dan Terlalu Awal memberikan Cinta sebelum sampai masa dan tahap tertentu,pasti membawa bencana kepada diri dan perhubungan anda.Saya pasti ramai yang telah mahupun sedang melalui perkara ini.
Bagi yang telah melaluinya,ia merupakan pengalaman yang amat berharga dan jangan diulangi kesilapan yang sama.Sesiapa yang sedang melaluinya,anda perlu berfikir semula dan betulkan tindakan anda kerana anda sedang menuju ke arah satu perhubungan yang akan mengecewakan anda.


Tiada ulasan: