12 April 2010

....kOsonG....

Rangkap satu
Kata mula pendahuluanku
Salam mula cara kita
Sejahtera semua

Jangan banyak jangan sikit
Sederhana cukup
Cara aku cara kamu
Sama tak serupa

Pandanganku hanya ke langit biru
Sabar menanti kelam berlalu pergi
Tampil matahari berlari laju
Ku terbang tinggi
Menuju ke bintang itu

Siapa bilang siapa kata
Bulan itu jauh
Siapa sangka siapa tahu
Naik turun aku

Pandanganku hanya ke langit biru
Sabar menanti kelam berlalu pergi
Tampil matahari berlari laju
Ku terbang tinggi
Menuju ke bintang itu

Kau juga aku bukan tak biasa
Dah jatuh dan bangun semula

Semua tahu semua tipu
Benar jadi palsu
Makin dekat makin mahu
Adrenalin laju

Berlari laju
Ku terbang tinggi
Menuju ke bintang itu

Lirik lagu Faizal Tahir yang mempunyai maksud yang mendalam bg orang yang memahaminya.

Kenapa perlu kita kisah dengan apa orang kata. Tag line yang budak ofis aku suke guna "ADA AKU KISAH". Aku pun dah suka dengan tagline tu.

Kesimpulannya, jatuh bangun kita, hanya kita sendiri yang tahu.. Aku teringat kata-kata seorang rakan merangkap sahabat aku sewaktu sekolah, "Kita tidak akan berjaya kalau asyik memuaskan hati orang lain"...tapi selalunya aku mendahulukan orang lain dari diriku sendiri... lepas ni aku kena minta nasihat dari kawan aku semula...



11 April 2010

Doa

"Ya Allah, kurniakanlah daku perasaan cinta kepada-Mu,
dan cinta kepada orang yang mencintai-Mu,
dan apa sahaja amalan yang menyampaikan daku pada cinta-Mu."

"Ya Allah, jadikanlah Cinta-Mu itu lebih aku hargai
daripada air sejuk bagi orang yang kehausan."

"Ya Allah, sesungguhnya aku memohon Cinta-Mu,
dan cinta orang yang mencintai-Mu
serta cinta yang dapat mendekatkan aku kepada Cinta-Mu."

"Ya Allah, apa sahaja yang Engkau anugerahkan kepadaku
daripada apa yang aku cintai, maka jadikanlah ia kekuatan
untukku mencintai apa yang Engkau Cintai."

"Ya Allah, dan apa sahaja yang Engkau singkirkan
daripada apa yang aku cintai, maka jadikanlah ia keredhaan untukku
dalam mencintai apa yang Engkau Cintai."

"Ya Allah, jadikanlah Cinta-Mu sesuatu yang paling aku cintai
daripada cintaku kepada keluargaku, hartaku dan air sejuk pada saat kehausan."

"Ya Allah jadikanlah aku mencintai-Mu,
malaikat-Mu, Rasul-Mu,(serta) hamba-Mu yang soleh."

"Ya Allah, hidupkanlah hatiku dengan Cinta-Mu,
dan jadikanlah aku bagi-Mu seperti yang Engkau Cintai."

"Ya Allah, jadikanlah aku mencintai-Mu
dengan segenap cintaku dan seluruh usahaku demi keredhaan-Mu."

Amiin.. Ya Rabbal 'Aalamiin.

**(Hadis riwayat At-Tirmizi: Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: 'Inilah du'a yang biasa dipohon oleh Nabi Daud a.s.'.)

31 Mac 2010

Wajah baru.....

Malam ni, aku rasa mcm dh lama sangat tak update blog ni... aku tukar theme blog aku...akhirnya aku ketemu jua theme yang kena dengan jiwaku...padaku warna hitam ni terlalu banyak makna dan memberi berjuta makna kepadaku....hitam juga melambangkan sesuatu yang elegan dan berseni...itulah sebabnya aku pilih hitam...

Pada pandangan masyarakat warna hitam itu melambangkan sesuatu yang penuh dengan noda..sesuatu yang ganas dan segala yang negatif boleh disimbolikkan dengan warna hitam...

Tetapi padaku.....hitam adalah sesuatu yang exclusive dan menarik, melambangkan keunggulan dan banyak lagi la (aku tak boleh nak senaraikan semua)....