31 Mei 2011

Lelaki yang soleh

Biasanya, tanda – tanda orang yang soleh adalah:

  • Seseorang secara tekun dan sabar menunaikan kewajiban pokok, seperti solat 5 waktu, zakat dan puasa Ramadhan. Kemudian dia menjalankan ibadah tambahan, baik berupa solat sunat, puasa sunat serta bersedekah dijalan kebaikan.
  • Seseorang yang menjauhi perbuatan dosa besar, seperti membunuh, berzina, sihir, memakan harta riba, menganiaya anak yatim, derhaka kepada orang tua, dan sumpah palsu.
  • Seorang yang sentiasa bersemangat untuk menambah kebaikan, baik ilmu, keimanan dan amalan. Dia tidak merasa puas dengan kebaikan yang sudah diperoleh dan tidak merasa jenuh untuk berbuat yang lebih baik. Setiap kali kita bertemu dengannya, dia akan selalu lebih baik dari sebelumnya.
  • Seorang yang mendedikasikan dirinya untuk sungguh-sungguh untuk menjalankan solat tahajjud di akhir malam. Dalam solat itu dia bacakan ayat-ayat yang mampu dia hafal dari Al Qur’an. Jika boleh, hafalannya selalu bertambah dari waktu ke waktu. Namun tidak bererti jika apa yang dihafalnya, hilang kembali.
  • Seorang lelaki soleh tidak akan membiarkan di dalam rumahnya ada perilaku-perilaku buruk yang boleh mengundang kemurkaan Allah SWT.
  • Seorang lelaki soleh tidak mungkin akan berbuat zalim kepada saudara semuslim, apalagi kepada orang tua, mertua, isteri dan anak-anaknya. Tidak semua suami boleh memenuhi kewajipannya terhadap keluaraga secara adil, tetapi bagi seorang lelaki soleh, dia akan berusaha sekuat kemampuannya. Dia hanya akan berhenti berusaha jika sudah tidak ada lagi jalan yang boleh ditempuh. Jika usaha maksima telah ditempuh, tetapi hasilnya tidak memadai, dengan lapang dada dia akan meminta maaf atas kekurangan dirinya. Singkatnya, mustahil dilakukan oleh seorang lelaki soleh untuk membiarkan keluarganya menderita, bahkan terlintas dalam fikirannya pun tidak. Seorang lelaki soleh akan menghargai pendapat atau pandangan isterinya dan keluarganya, meskipun tidak semestinya akan selalu menurutinya.
  • Seorang lelaki soleh bersikap lapang dada dan memaafkan kekurangan isteri dan anak-anak beserta keluarganya. Seorang lelaki soleh tidak akan membuka aib-aib keluarganya di depan umum. Membuka aib keluarga sama dengan membuka aib diri sendiri. Seorang lelaki soleh tidak akan mengkhianati kepercayaan keluarganya. Didepan keluarganya dia baik, dan ketika jauh dari keluarganya pun, dia tetap baik.
  • Seorang lelaki soleh tidak takut kepada isteri atau anak-anaknya serta keluarganya, tetapi takut kepada Allah yang selalu mengawasinya. Berbeza dengan banyak lelaki yang manis di depan isteri dan mertuanya, tetapi sebaliknya ketika jauh dengan isteri. Dan yang paling utama, seorang lelaki soleh bersedia bertanggungjawab menghadapi tuntutan Allah di akhirat ketika ditanya tentang anak-anak dan isterinya.
Oleh itu, kepada kaum wanita, jika anda ingin mendirikan rumah tangga, carilah lelaki yang soleh. kerana secara teori kita boleh berkahwin dengan siapa saja yang kita sukai. Tetapi ciri – ciri suami yang benar-benar akan membimbing kita meraih tujuan kebahagiaan itu hanyalah lelaki soleh.

Jika pernikahan hanya untuk hidup bersama-sama, makan minum bersama, berketurunan, serta bersenang-senang bersama, tentu dengan lelaki manapun boleh. Namun percayalah, lambat laun akan bermasalah jua kerana niat perkahwinan itu tidak betul.

Kerana kepupusan lelaki-lelaki soleh yang boleh dijadikan suami, maka ramailah wanita yang masih belum berumah tangga..

1 ulasan:

aizuddin berkata...

mnta copy ya .