Saya tertarik dengan petikan yang terdapat dalam blog MNBA iaitu Bermula dengan diri sendiri dahulu. Ia adalah proses yang baik dan
tepat. Kerana, kebergantungan pada diri sendiri adalah lebih utama
berbanding bergantung pada orang lain. Andai kita bergantung sepenuhnya
pada bakal pasangan kita serta ahli keluarga begitu dan begini, boleh
jadi, kita dapat sebaliknya. Kekecewaan mempengaruhi perasaan.
Pernah suatu ketika dahulu saya bergantung dan percaya kepada seseorang yang agak rapat dengan saya, segala masalah saya ceritakan padanya. Setiap kali masalah itu saya ceritakan, dia mesti membantu menyelesaikannya. Saya sangat gembira kerana ada tempat untuk saya bergantung, tetapi lama-kelamaan, setelah dia mendirikan rumah tangga, sedikit demi sedikit dia berubah dan seakan endah tak endah apabila saya menceritakan masalah saya. Akhirnya saya kecewa dan sedih.
Dari cerita tersebut, dapat disimpulkan, janganlah terlalu bergantung pada manusia, kerana manusia akan berubah. Tetapi bergantunglah kepadaNYA yang sentiasa mendengar masalah kita tanpa mengharap apa-apa balasan. Sesungguhnya, pengalaman hidup mengajar manusia untuk lebih matang dan mengenali pelbagai jenis manusia.
Rabbi Yassir Wa La Tu'assir - Ya Tuhan, permudahkanlah urusanku
(ربي يسر ولا تعسر)
28 Mei 2013
15 Mei 2013
Pengiraan Insuran Kenderaan
Mari belajar cara pengiraan insuran kenderaan, nanti senang nk urus belanjawan bulan2. Kita rujuk kepada satu situasi.
Jenis Kereta : Viva (1000cc)
Tahun Diperbuat : 2007
Harga Nilai Semasa :21,000 (rujuk disini http://www.autoclaims.com.my/agv1/home.php )
Ok, mari mula belajar matematik :)
a = Harga Nilai Semasa * 0.026 + bayaran yang dikenakan mengikut cc kereta.
a = 21,000 * 0.026 + 199.20 = 745.20
b = 55/100 * 745.20 = 409.86
c = 10
Jumlah Insuran = a - b + c
= 745.20 - 409.86 + 10
= 345.34
OK, jadi jumlah insuran yang dikenakan untuk tahun 2013 ialah RM345.34.
Jenis Kereta : Viva (1000cc)
Tahun Diperbuat : 2007
Harga Nilai Semasa :21,000 (rujuk disini http://www.autoclaims.com.my/agv1/home.php )
Ok, mari mula belajar matematik :)
- NCD = Non Claim Discount :
Thn pertama = 25 %
Thn ke-2 = 30 %
Thn ke-3 = 38.33 %
Thn ke-4 = 45 %
Thn ke-5 dan ke atas =55 %
- Bayaran yang dikenakan mengikut cc kereta :
1400 ke bawah ------------- RM 199.20
1401 - 1650 ---------------- RM 225.50
1651 - 2200 ---------------- RM 251.50
2201 - 3050 ---------------- RM 278.20
3051 - 4100 ---------------- RM 304.50
4101 - 4250 ---------------- RM 330.80
4251 - 4400 ---------------- RM 357.80
4401 ke atas ---------------- RM 383.50
1401 - 1650 ---------------- RM 225.50
1651 - 2200 ---------------- RM 251.50
2201 - 3050 ---------------- RM 278.20
3051 - 4100 ---------------- RM 304.50
4101 - 4250 ---------------- RM 330.80
4251 - 4400 ---------------- RM 357.80
4401 ke atas ---------------- RM 383.50
- duti setem :
RM10
a = Harga Nilai Semasa * 0.026 + bayaran yang dikenakan mengikut cc kereta.
b = NCD * a
c = duti setem
b = 55/100 * 745.20 = 409.86
c = 10
Jumlah Insuran = a - b + c
= 745.20 - 409.86 + 10
= 345.34
OK, jadi jumlah insuran yang dikenakan untuk tahun 2013 ialah RM345.34.
Label:
Tips
Langgan:
Catatan (Atom)