21 Januari 2013

Petua Mudah Cari Jodoh

Pagi-pagi dah cerita pasal jodoh... InsyaAllah dengan perkongsian petua ini, makin ramai la umat yang bertemu jodoh, termasuk yang tukang tulis ni dipermudahkan urusannya bertemu dengan jodohnya...Mari kita saling doa mendoakan sesama kita... Ameen..Di bawah ni saya sertakan ayat 36 surah yassin berserta dengan maksudnya..


سُبۡحَـٰنَ ٱلَّذِى خَلَقَ ٱلۡأَزۡوَٲجَ ڪُلَّهَا مِمَّا تُنۢبِتُ ٱلۡأَرۡضُ وَمِنۡ أَنفُسِهِمۡ وَمِمَّا لَا يَعۡلَمُونَ

"Maha Suci Tuhan Yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan; samada dari yang ditumbuhkan oleh bumi atau dari diri mereka ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya. (36)"

20 Januari 2013

Cinta GiLa

Dah lama rasanya tak menconteng kt blog ni.. Alhamdulillah, ini first entry utk tahun baru 2013.. Tajuk entry macam extravaganza...tapi tajuk diambil sempena nama tajuk cerekarama malam tadi... Kenapa aku berminat tgk citer ni, sebab dia cerita pasal umur dah meningkat tapi jodoh belum jugak kunjung tiba bagi versi lelaki.. Cerita ni, ringan je.. sesuai untuk santai-santai, takda la berat sampai kena kerut dahi fikir jalan cerita dia...

Cerita ni mengisahkan seorang lelaki yang dh berumur 33 tahun, tapi masih lagi belum ada calon untuk dijadikan isteri. Setiap kali calon yang dibawa jumpa mak ayah dia, confirm kena reject sebab, ayah dia kata, calon yang dia bawa tu bukan perempuan, tapi betina...ada perbezaan diantara perempuan dan betina..Kalau nak tau perbezaan, sila la tgk cerita Musang Berjanggut yang P.Ramlee lakon tu... Cerita ni, lebih kurang sama macam Musang Berjanggut tapi versi moden...

Ok, sambung cerita tadi. Macam-macam cara si lelaki ni buat nak cari bakal isteri.. yang paling tragis, dia sanggup jadi pesakit yang gila mental, semata-mata nak selidik latar belakang gadis yang dia minat ni (gadis ni kerja doktor psikologi).. Sebulan jugak la dia jadi pesakit doktor tu... Nak dipendekkan cerita, akhirnya, lelaki tu dapat jugak berkahwin dengan doktor tu atas aturan orang tua masing-masing..

Moral of the story, carilah wanita yang baik untuk dijadikan isteri... Calon isteri yang baik ada 4 ciri : baik dari keturunan, harta, rupa paras dan agama.. Pilihlah yang baik agamanya, insyaAllah baiklah yang lain.. Apa yang aku tertarik dalam cerita ni, tugas isteri ada 3M...
Apakah 3M itu?
- M yang pertama - MELAYAN SUAMI DGN BAIK.
- M yang kedua MENASIHATI SUAMI DGN BAIK TANPA MENYINGGUNG PERASAAN DAN MARUAHNYA.
- M yang terakhir MENDOAKAN SUAMI KE ARAH KEBAIKAN DUNIA DAN AKHIRAT. 

Hopefully, saya tergolong dalam perempuan dan bukan betina... Peace All!!!