Ihsan dari Google. |
Apa itu 'Islamic Company'? Ini aku punya pendapat ok..Rasa-rasanya tak pernah lagi ada istilah Islamic Company, tapi kalo Islamic Finance tu ada la.. Maksud dia lebih kurang la, syarikat yang melaksanakan segala urusan mengikut landasan-landasan agama islam, dari sekecil-kecil urusan sampai la ke besar-besar urusan... Salah satu contoh nye solat berjemaah sebab solat berjemaah ni dapat menyatukan hati-hati manusia dan juga dapat merapatkan lagi ukhwah sesama insan tanpa mengira pangkat, so takda la sifat-sifat yang buruk seperti dengki, iri hati dan seangkatan dengannya akan wujud. Selain itu, menurut kajian berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan, mengapa Islam mensyariatkan solat berjemah dan mengapa solat lima waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama.
Semasa kita solat berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki (tapi untuk sama jantina ok, yang tak sama tu, jgn ngada-ngada nak sentuh-sentuh). Tindakan-tindakan yang dianjurkan semasa solat berjemaah itu mempunyai berbagai kelebihan. Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan kanan kita akan menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh tubuh. Ia berlaku apabila cas yang berlebihan-sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.

Sebenarnya dah lama aku mencari kompeni macam ni..Hobi aku kan melompat-lompat kerja, alhamdulillah kat tmpt sekarang ni, agak lama jugak la aku bertahan. Mungkin sebab task dia berbeza-beza dan memerlukan otakku untuk berfikir jalan penyelesaian. Rupa-rupanya aku ni suka cabaran..tak tau pulak sebelum ni..mana tak nya, walaupun tak dibayar gaji lebih, aku gigih buat coding sampai ke 2 pagi sebab nak tengok hasilnya...tapi sampai sekarang masih lagi belum ketemu syarikat yang buat solat Zohor dan Asar secara berjemaah, walaupun kompeni tu semuanya melayu dan lebih spesifik beragama islam...Mungkinkah akan berjumpa suatu hari, atau mungkin kompeni aku sendiri (berangan sebentar aku jadi CEO).