Entri ni sedikit ke arah mentarbiah dan mengkoreksi diriku yang telah lama leka dan lalai dengan kehidupan dunia..
Entah aku pun tak tahu macam mana aku boleh tewas dengan pujukan dunia ni, tapi nasib baik aku cepat tersedar, kalo tak, mesti aku masih lalai dn alpa sekarang ni.
Kadang-kadang sesuatu musibah menimpa diri kita kerana Allah sayang akan hambaNya. Dia tidak mahu hambaNya itu terus hanyut dan lalai dengan dosa-dosa..Tapi sebagai manusia, kita selalu menganggap, musibah yang melanda itu adalah satu yang sangat pahit dan menyeksakan. Seandainya kita melihat musibah yang menimpa itu, dari sudut positif, kita akan bersyukur dan berterima kasih kepada Allah SWT kerana memberi musibah itu kepada kita.
Aku bersyukur diatas musibah yang melanda ke atas diriku, mungkin musibah ini tidak seberat musibah yang diberikan kepada hamba-hambaNya yang lain. Dari musibah ini, aku terus berani, lebih yakin dan mempunyai semangat yang baru. Biar apa pun yang melanda, kita kena bersabar dan percaya bahawa Allah SWT akan menguji hambaNya mengikut kemampuan hambaNya itu sendiri kerana Allah SWT itu Maha Mengetahui dan Maha Pengasih.
Ok la, rasa cukup la aku mentazkirah diriku ini... Semoga istiqomah dalam melakukan kewajipan kepadaNya dan dipermudahkan segala urusan... Ameen