20 September 2011

Lagi Resepi Jawa - Ikan Talapia Masak Kencur

Ni memang faveret aku la. Dulu aku tak suke sangat ikan talapia ni. Tapi bila dimasak kencur, mak mertua lalu pun tak nampak. hehehe... Ini resepi dan cara membuatnya.

Bahan-Bahan :
1. Ikan Talapia
2. Cili Padi
3. Daun Kencur (orang melayu panggil daun cekur)
4. Biji Kencur
5. Garam
6. Santan Kelapa
7. Bawang merah
8. Bawang Putih

Cara Membuatnya :
1. Ikan talapia yang telah disiang, digoreng separuh masak (jangan terlalu garing sangat)
2. Tumbuk cili padi, bawang merah, bawang putih dan biji kencur hingga lumat.
3. Masukkan sedikit santan kelapa dan masak bahan yang ditumbuk tadi.
4. Setelah bahan yang ditumbuk itu sudah masak, masukkan ikan talapia yang digoreng tadi.
5. Masukkan sedikit lagi santan yang pekat
6. Masukkan daun kencur.
7. Setelah mendidih, tutup api.
8. Siap untuk dihidang.

Lagi Resepi Jawa - Sambal Goreng

Bahan-Bahan :
1. Tempe
2. Ubi Kentang
3. Fucuk
4. Soon (mcm bihun)
5. Bawang merah
6. Bawang putih
7. Asam Jawa
8. Garam
9. Gula
10. Kicap
11. Cili Besar

Cara Membuatnya :
1. Tempe dan ubi kentang dipotong kecil-kecil.
2. Rendam soon dalam air hingga lembut.
3. Goreng tempe dan ubi kentang yang telah dipotong hingga garing.
4. Goreng fucuk dan rendam dalam air.
5. Setelah fucuk sejuk, gunting kecil-kecil.
6. Gunting juga soon menjadi pendek.
7. Mayang bawang merah dan bawang putih.
8. Hiris cili besar.
9. Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih dan cili besar yang telah dihiris.
10. Setelah masak, masukkan kicap, air perahan asam jawa, garam dan gula secukup rasa dan tambah sedikit air.
11. Selepas itu, masukkan tempe, ubi kentang, fucuk dan soon yang telah digoreng tadi.
12. Gaul hingga sebati.
13. Siap untuk dihidang.

Lagi Resepi Jawa - Punten

Aku pun tak tau la kenapa, aku asyik tulis pasal resepi jawa je. Tapi aku rasa, resepi ni, chef wan pun tak tau.. Resepi turun-temurun embah aku. Nama dia pun agak kelakar, tapi memang itu la namanya iaitu PUNTEN.

Ni cara-cara membuatnye :

Bahan-Bahan :
1. 4 pot beras
2. 1 biji kelapa
3. Garam
4. Minyak Masak
5. Serbuk Perasa (Ajinomoto)

Cara-cara Membuatnya :
1. Masak nasik seperti biasa tapi kali ni, gantikan air dengan santan (macam buat nasi lemak)
2. Masukkan sedikit garam dan serbuk perasa
3. Lepas nasi tu agak-agak hampir masak, masukkan satu sudu besar minyak masak (ikut berapa banyak nasi yang kita masak)
4. Lepas nasi tu masak, tumbuk nasi tu hingga hancur
5. Nasi yg telah hancur dimasukkan ke dulang, ditekan dan diratakan. (Nanti dia jadi ala-ala macam nasi himpit yang telah dipotong.
6. Biarkan dia sebentar agar sejuk
7. Lepas sejuk, potong dia macam biasa

Lagi Resipi Jawa - Sambal Tahun

Hari ahad minggu lepas, aku mengidam nak buat sambal tahun (nama ni glamer dikalangan org jawa) Aku pun xsangka, aku boleh buat. Ni semua gara-gara, aku ternampak kulit lembu kat rumah embah..

Tadi buka puasa, housemate aku, cuba makan sambal tahun yang aku masak tu, pastu dia cakap sedap dan nak belajar cara membuatnya...Dah la housemate aku tu orang Kelantan. Lepas ni, glamer la sambal tahun ni kat kelanta....

Cara-cara membuat Sambal Tahun :

Bahan-Bahan :
1. 1 cawan cabai burung (ikut suke anda, kalo nak pedas, tambah la byk2)
2. Lengkuas (ikut suke jugak)
3. 3 biji Bawang Merah
4. 3 biji Bawang Putih
5. Garam secukup rasa
6. Gula
7. Santan Kelapa yang pekat
8. Kerang (ni pun ikut suke sama ada nak letak perut lembu ke, kulit lembu ke, udang ke, ikut selera anda la)

Cara Membuatnya :
1. Cabai Burung direbus sehingga masak, kira-kira dalam 30 minit dan dibuang air rebusan.
2. Lengkuas dimayang dan direbus sehingga masak, kira-kira 1 jam dan dibuang air rebusan.
3. Mayang bawang merah dan bawang putih.
4. Masak bawang merah dan bawang putih yg telah dimayang dengan sedikit santan sehingga naik bau.
5. Lepas tu, masukkan cabai burung dan lengkuas yang siap direbus.
6. Tambahkan lagi santan dan masukkan kerang atau ikut selera anda.
7. Setelah mendidih, tutup api dan hidang.

19 September 2011

Andai mahu menerima cinta Adam…

Untuk Hawa pula..

Andai mahu menerima cinta Adam…

1. Jangan dilihat pada kereta mewahnya semata-mata. Lihatlah pada aktiviti malamnya. Andai liar hidupnya tika malam menjelma, fikirlah sebaiknya andai mahu menerima. Kerana maksiat itu lebih mudah tatkala kelam malam sudah tiba. Khuatir juga subuhnya terus leka dibuai mimpi nan indah…

2. Jangan dilihat pada pakaian berjenama semata-mata. Lihatlah pada bahagian kakinya. Andai mudah lututnya ditayangkan tatkala lincah dipadang bola, fikirlah sebaiknya andai masih mahu menerima kerana aurat suami itu hanya selayaknya dilihat oleh si isteri…

3. Jangan dilihat pada tampan paras semata-mata. Lihatlah pada mulutnya tatkala berbicara. Andai dia mudah menghambur carutan dan sumpah seranah. Fikirlah sebaiknya andai masih tegar memilihnya. Khuatir pabila bersama kelak. Kesalahan kecil anda akan menerima hamburan cacian yang menyeksakan.

Lelaki dan wanita hari ini tidak lagi seperti mereka yang dahulu. Sebelum ini, wanita berhijab itu sesungguhnya memang mulia zahir batinnya. Tetapi hari ini, mereka yang bertudung barangkali hanya untuk menyembunyikan kelemahan diri. Begitulah juga sang lelaki. Kadang-kala berkopiah. Dari mata nampak sungguh alim tetapi dalam hatinya..??

Andai mahu mencari Hawa..

Wahai kaum Adam..

Andai mahu mencari Hawa..

1. Jangan dilihat pada purdah mahupun tudung semata-mata. Kerana hawa hari ini tidak lagi seperti dulu. Lihatlah pada telapak tangannya. Andai mudah telapak lembut itu hinggap pada kulit lelaki lain tanpa lapik. Fikirlah semasaknya untuk menyuntingnya. Sesungguhnya memegang bulu anjing itu lebih baik dari menyentuh kulit lelaki atau wanita yang boleh kita kahwini.

2. Jangan dilihat pada baju labuh mahupun jubahnya semata-mata. Lihatlah pada sebujur bibirnya. Andai kata-katanya berbisa atau kuat suaranya. Fikirlah semasaknya andai hati masih teringin menyuntingnya. Khuatir kelak dia membawa fitnah buat si suami. Menabur buruk diri si suami.

3. Jangan dilihat pada cantik ayu wajahnya semata-mata. Lihatlah pada sepasang indah mata miliknya. Andai tidak redup menunduk pandangan. Fikirlah semasaknya andai ingin terus menyunting dirinya. Khuatir bila sudah bersuami matanya masih terus meliar memandang segak rupa lelaki lain yang bukan bernama suami.

Bila saya sudah tua

Minggu lepas cuti 3 hari, so apa lagi balik kampung la sebab adik nak balik kg, ambil barang.. Tol kat LATAR dah beroperasi, tapi ok la x mahal, cume 2 ringgit saje..

Balik kampung hari tue, mak takde kat rumah sebab mak p rumah embah kat sungai tiang. Temankan embah duk sorang-sorang.

Itula kan nasib kite bila dah tua, kalau yang anak ramai kira ok la, tua nanti ada yang jage.. tapi yang xde anak, yang xkawin, sebatang kara jer... hopefully aku xla macam tu.. hopefully dapat la anak-anak yang soleh dan solehah yang dapat jage aku masa aku dah tua nanti. takde la hantar p rumah orang2 tua...

Kita tak tau nasib kita bila tua nanti, tak tau siapa jodoh kita, anak-anak kita.. rezeki kita. Bila tengok orang tua, aku terfikir diriku bila tua nanti...Kepada anak-anak tu, jangan la derhaka pada orang tua, jangan sesekali berkahwin dengan orang yang ibu bapa tidak restu, diorg lagi banyak makan garam dan tak mahu anak mereka merana...

6 September 2011

Kek Coklat Kukus

Hari ni baru masuk kerja, semalam aku MC sebab demam...huhu...mcm kelakar pulak...Hari semalam dlm sejarah...aku MC....Ni pun tgh ketiadaan mood kerja...Baik aku kongsi resipi kek coklat. Resipi ni paling sempoi, cool dn senang jer sebab anak sedara aku pun taw buat...Ni la resipi yang selalu aku buat bile balik kampung....

Bahan-bahan :

3 biji telur ayam
2 cawan gula
1 cawan minyak masak
1 cawan serbuk koko/koko cair
1 cawan susu pekat
1 cawan air panas
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat

Cara-caranya :

1. Pukul telur dan gula hingga kembang
2. Masukkan susu pekat dan serbuk koko
3. Pukul hingga sebati
4. Masukkan tepung dan soda bikarbonat sedikit demi sedikit
5. Masukkan air panas dan minyak
6. Pukul lagi sampai diorg sebati
7. Ambil pengukus, dan kukus selama 45 minit

Lepas nie, aku nak tulis pulak cara-cara buat baju kurung. Aku baru belajar raya aritu...hehe...Sharing is Caring