24 April 2010

Seni dapat menenangkan fikiran....

Banyak cabang seni, melukis, menulis, menyayi, mendesign, menangkap gambar...tapi yg paling aku suker mendesign. Rasa cam best pulak ble dapat design something. Tak kisah la design tu dihargai atau tak dihargai, tapi yang pasti ble kita dapat hasilnya, akan rasa kepuasan yg tak boleh digambarkan...

Sebenarnya tak sabar tunggu short course AP minggu depan kat Bangi, sepatutnya hari sabtu dan ahad ni, tapi oleh kerana ramai lagi yang belum wat payment terpaksa dipostpone minggu depan.. can't wait.....semangat aku berkobar-kobar.....lepas ni boleh la aku amik tender untuk buat kad kawen dan bunting.....


Amalan-Amalan untuk keluarga yang bahagia

1) Dirikan solat dan banyakkan berdo'a – Ini adalah salah satu
kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan
"Ya,Allah jadikan hatiku bersih" dan digalakkan doa 12 pintu.

2) Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur
setiap hari, Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah.
Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang
sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3) Solat taubat dan solat istikharah bila ada keperluan– Selain
daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4) Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan
jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah
"Qulhu-allah" sebanyak 3X.

5) Bermaaf-maafan sesama kawan dan pasangan setiap hari – Semasa
meminta maaf perlu sebutkan. Kita mungkin tidak boleh mohon maaf kepada
semua manusia tetapi kita berupaya untuk memaafkan semua orang. Cara
ini mengurangkan beban emosi dan kita akan lebih ceria pada setiap
hari.

6) Bisikan kepada diri perkara yang positif – Jangan sesekali
mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri
sendiri. katakan lah "Aku sebenarnya……(perkara yang elok-elok
belaka) dan ini boleh boleh dipraktikkan kepada anak-anak.

7) Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum
tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci
otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria,
bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian saikologi, apa yang
disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga
keesokan harinya.

8) Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu
kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa).

9) Untuk mencuci hati antara aktiviti terbaik adalah dengan mencuci
tandas. Mengikut sesetengah pendapat ianya dapat membasuh kesombongan
pada hati.

10) Peluk pasangan setiap hari sekurang-kuranya 3 kali dalam tempoh 10
saat . Jangan lama sangat dikhuatiri kita tidak terpaksa ambil cuti
kecemasan (ada faham).

11) Berkata-kata/ menasihat anak kita pada waktu yang sesuai di dalam
membentuk jiwa dan ruhaninya. Waktu yang digalakkan (teachable
moments) adalah seperti berikut:-;
· Sebelum tidur
· Semasa tidur
· Selepas tidur
· Selepas riadah
· Selepas solat
· Selepas mandi air suam

12) Memberi arahan yang jelas kepada anak-anak seperti " Nak,
solat jangan ditinggalkan " dan bukannya " Nak, jadilah anak
yang cemerlang " (umum).

13) Ibu bapa kena imbangkan emosi keluarga, sekiranya bapa memarahi
anak, si ibu perlu memujuk anak dan beri rasional kenapa ayah marah.

14) Jangan galakkan anak menjadi artis/penyanyi walaupun berbakat
(tidak dijelaskan kenapa rasanya kita dah faham).

15) Elakkan dan jangan sekali-kali menyebut perkataan yang negatif
kepada anak kerana doa ibu bapa adalah makbul.

16) Jangan risau anak tidak mendengar kata kita, tapi risaulah kerana
anak-anak melihat perbuatan kita dan mencontohinya.

17) Setiap kali balik ke rumah ucapkan Basmallah 3x dan beri salam
serta senyum. Pastikan suami dalam keadaan positif semasa pulang ke
rumah walaupun penat bekerja. Kaum Bapa bantulah isteri membuat
kerja-kerja rumah.

18) Makan dan minumlah serta buatlah sesuatu dengan tangan kanan
kerana ada 18 enzim yang baik ada pada tangan kanan manakala pada
tangan kiri ada 81 enzim yang menjadi anti bakteria dan sesuai untuk
aktiviti mencuci qubul dan dubur. (sesungguhnya syaitan makan dengan
tangan kiri)

19) Amalkan membuang hadas besar dengan menyengetkan badan ke arah
kiri dan memegang kepala dengan tangan kanan. Ini akan memudahkan lawas
serta mengelakkan penyakit buasir.

20) Makan buah dahulu sebelum makan nasi supaya semua vitamin dalam
buah tidak hilang!!!

21) Untuk lelaki jangan amalkan kencing berdiri (sesungguhnya syaitan
itu kencing berdiri) kerana banyak keburukan seperti mendatangkan
penyakit seperti ED dan sbgnya.

22) Hormatinya buku sebagai guru/ilmu jangan dicampak-campak atau
tidak dijaga. Apatah lagi sekiranya kitab-kitab ilmu.

23) Amalkan bismillah lima banyak khasiatnya (lanjutan kena berguru
dengan Hj Afandi).

24) Tarikh lahir boleh mencerminkan peribadi walaupun bukan 100%
tepat. Anak-anak yang lahir pada 18 hb hingga 23 hb pada kebiasaanya
lebih berupaya menjadi cemerlang atau boleh upaya juga menjadi
sebaliknya terpulang kepada didikannya.

25) Anak kedua lebih berdikari dan biasanya agak tersisih dalam hiraki
keluarga.

26) Amalkan tidur mengiring ke kanan. 27) Menyebutkan Hadis Qudsi
" Allah bertindak sepertimana yang difikirkan oleh hambanya".
Jadi kena sentiasa positif.

28) Ransang anak-anak dengan kata-kata positif sejak dalam kandungan
lagi. 29) Ransang anak-anak semasa mereka bayi dan seterusnya
sehingga dewasa. Apabila dewasa beri kebebasan kepada anak untuk
memberi pendapat dan membuat pilihan.

30) Doa mempunyai kuasa yang hebat. "Doa itu senjata bagi orang
mukmin".

31) Ibubapa kena berubah terlebih dahulu baru boleh meransang perubahan
pada keluarga.

32) Jangan mendera anak-anak, kerana anak-anak yang didera
berkemungkinan besar akan mendera anaknya iaitu cucu kita.

33) Didik anak mengikut personaliti masing-masing, tidak boleh samakan
semua cara kepada semua anak.

34) Orang yang berjaya apabila hari ini lebih baik dari semalam, orang
yang rugi apabila hari ini sama dengan semalam dan orang yang celaka
apabila hari ini lebih teruk dari semalam (hadis Nabi)

12 April 2010

....kOsonG....

Rangkap satu
Kata mula pendahuluanku
Salam mula cara kita
Sejahtera semua

Jangan banyak jangan sikit
Sederhana cukup
Cara aku cara kamu
Sama tak serupa

Pandanganku hanya ke langit biru
Sabar menanti kelam berlalu pergi
Tampil matahari berlari laju
Ku terbang tinggi
Menuju ke bintang itu

Siapa bilang siapa kata
Bulan itu jauh
Siapa sangka siapa tahu
Naik turun aku

Pandanganku hanya ke langit biru
Sabar menanti kelam berlalu pergi
Tampil matahari berlari laju
Ku terbang tinggi
Menuju ke bintang itu

Kau juga aku bukan tak biasa
Dah jatuh dan bangun semula

Semua tahu semua tipu
Benar jadi palsu
Makin dekat makin mahu
Adrenalin laju

Berlari laju
Ku terbang tinggi
Menuju ke bintang itu

Lirik lagu Faizal Tahir yang mempunyai maksud yang mendalam bg orang yang memahaminya.

Kenapa perlu kita kisah dengan apa orang kata. Tag line yang budak ofis aku suke guna "ADA AKU KISAH". Aku pun dah suka dengan tagline tu.

Kesimpulannya, jatuh bangun kita, hanya kita sendiri yang tahu.. Aku teringat kata-kata seorang rakan merangkap sahabat aku sewaktu sekolah, "Kita tidak akan berjaya kalau asyik memuaskan hati orang lain"...tapi selalunya aku mendahulukan orang lain dari diriku sendiri... lepas ni aku kena minta nasihat dari kawan aku semula...



11 April 2010

Doa

"Ya Allah, kurniakanlah daku perasaan cinta kepada-Mu,
dan cinta kepada orang yang mencintai-Mu,
dan apa sahaja amalan yang menyampaikan daku pada cinta-Mu."

"Ya Allah, jadikanlah Cinta-Mu itu lebih aku hargai
daripada air sejuk bagi orang yang kehausan."

"Ya Allah, sesungguhnya aku memohon Cinta-Mu,
dan cinta orang yang mencintai-Mu
serta cinta yang dapat mendekatkan aku kepada Cinta-Mu."

"Ya Allah, apa sahaja yang Engkau anugerahkan kepadaku
daripada apa yang aku cintai, maka jadikanlah ia kekuatan
untukku mencintai apa yang Engkau Cintai."

"Ya Allah, dan apa sahaja yang Engkau singkirkan
daripada apa yang aku cintai, maka jadikanlah ia keredhaan untukku
dalam mencintai apa yang Engkau Cintai."

"Ya Allah, jadikanlah Cinta-Mu sesuatu yang paling aku cintai
daripada cintaku kepada keluargaku, hartaku dan air sejuk pada saat kehausan."

"Ya Allah jadikanlah aku mencintai-Mu,
malaikat-Mu, Rasul-Mu,(serta) hamba-Mu yang soleh."

"Ya Allah, hidupkanlah hatiku dengan Cinta-Mu,
dan jadikanlah aku bagi-Mu seperti yang Engkau Cintai."

"Ya Allah, jadikanlah aku mencintai-Mu
dengan segenap cintaku dan seluruh usahaku demi keredhaan-Mu."

Amiin.. Ya Rabbal 'Aalamiin.

**(Hadis riwayat At-Tirmizi: Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: 'Inilah du'a yang biasa dipohon oleh Nabi Daud a.s.'.)