30 Ogos 2009

Muhasabah : Hakikat Puasa

Menurut Ibn Qudamah al-Maqdisi, hakikat puasa perlu dizahirkan 5 perkara iaitu:

1. Pengelihatan : Merendahkan pandangan daripada melihat sesuatu yang ditegah & boleh melalaikan hati daripada mengingati Allah.
2. Lisan : Lidah perlu dipelihara dan dijaga daripada berdusta, mengumpat, memfitnah dan sebagainya.
3. Pendengaran : Menahan pendengaran daripada mendengar perkara yang dusta atau umpatan kerana sesuatu yang haram dituturkan, haram juga didengari.
4. Anggota yang Lain : menahan seluruh anggota badan seperti tangan, kaki, perut dan sebagainya daripada melakukan maksiat.
5. Hati : Setelah berbuka, perasaan antara berharap dan takut ibadah puasa tidak diterima oleh Allah perlu menghiasi ibadah puasa.

Sumber:Al-Jami'al-Sahih min Ahadith al-Nisa' oleh Isham bin Muhammad al-Syarif